www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-11-22

Sambutan Fiesta NBOS SayangMalaysia di Bagan Datuk Memang Wow!

Sambutan Fiesta NBOS Sayang Malaysia di Bagan Datuk Memang Wow! | Seperti dijanjikan pada entri sebelum ini, cik en menunaikan janji untuk story mory mengenai event yang mana dari pandangan cik en antara yang berjaya dan meriah dengan kehadiran golongan sasaran masyarakat di Perak terutama orang orang Bagan Datuk. Dari pandangan kasar cik en la masa Majlis Perasmian Fiesta NBOS Sayang Malaysia di Bagan Datuk tu, cik en anggarkan hampir ribuan pengunjung yang sama sama memeriahkan aktiviti aktiviti yang ada. Dengan angka itu, boleh la cik en secara pendapat peribadi membuktikan Fiesta NBOS Sayang Malaysia telah menjadi fiesta yang sentiasa mendapat sambutan hangat walau di buat dimana mana di Malaysia ini. So cik en akui juga la kan Sambutan Fiesta NBOS Sayang Malaysia di Bagan Datuk Memang Wow!


Fiesta NBOS Sayang Malaysia yang dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional (NSU), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) kali ini dibuat di SMK Hutan Melintang Bagan Datuk pada 19 November 2017 lepas dan cik en diberi kesempatan untuk bersama memeriahkannya. Siapa tak bangga kan apabila Bagan Datuk Perak menjadi antara salah satu tempat fiesta ini berlangsung. Walaupun cik en berasal dari Kuala Kangsar tapi kami team "Kejor Yeop Kejor".. Aternyeee.. Hahaha. Fiesta NBOS pada kali ini turut menyaksikan Pelancaran produk-produk NBOS di pentas utama seperti 

  • Pusat Transformasi Bergerak (Mobile CTC), 
  • Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M), 
  • Coding@Schools (C@S), 
  • NBOS Rangkaian Strategik, 
  • Program Komuniti Agropreneur Muda, 
  • Visit My Kampung (VMK), 
  • 1Strategic Partner Community (1 SPC) 
  • Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) 

Ianya telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hadir bersama ialah YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan YBhg. Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.


Kelainan penganjuran Fiesta NBOS pada kali ini ialah penerapan semangat SayangMalaysia di mana MOTAC selaku peneraju kempen tersebut di bawah inisiatif NBOS Blue Ocean Tourism (BOT) telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik di Pavilion Sayang Malaysia dan Pavilion Citrarasa Sayang Malaysia yang bermula seawal jam 9.00 pagi lagi. Aktiviti aktiviti yang dijalankan seperti 

  • Pameran Pengalaman Homestay yang mengetengahkan konsep utama strategi perniagaan baru daripada 10 kluster homestay di Malaysia yang mempamerkan produk – produk tempatan dengan keunikannya yang tersendiri. Antaranya ialah
    • Homestay Bagan Datuk, Homestay Maju Manik
    • Homestay FELCRA Seberang Perak
    • Homestay Felda Sungai Klah
    • Homestay Kg Beng 
    • Homestay Labu Kubong, Perak.
Bahan bahan untuk buat Kebebe

  • Pavilion Citrarasa Sayang Malaysia yang mengetengahkan makanan tradisi rakyat Perak seperti Rendang Tok Bagan Datuk, Bihun Madu Klah, Kuih Limas, Soto Bagan Datuk, Kuih Peneram Bukit Gantang, Rendang Itik dan Ketupat Palas, Bubur Anak Lebah, Telur Dadar Ikan Loma, Kebebe dan Jeli Kelapa di bawah seliaan Jabatan Warisan Negara (JWN)
Persembahan JKKN

  • Persembahan kesenian dan kebudayaan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
  • Penganjuran permainan Jigsaw Puzzle #SayangMalaysia bagi dua kategori, iaitu dewasa dan kanak – kanak pada waktu happy hour (jam 11.00 pg - 12.00 tgh dan 1.00 ptg - 2.00 ptg) di bawah seliaan Unit Komunikasi Korporat, MOTAC
  • Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah di bawah seliaan Bahagian Pelesenan Pelancongan, MOTAC
  • Sesi temubual pengunjung Pavilion, pengusaha homestay serta pempamer bersamaMatic.FM, Online TV, YouTube, Celebrity DJ di bawah seliaan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
  • Pameran daripada 3 penggiat industri iaitu Perak Gaharu Tea Valley, Ghost Museum, Magic World di bawah seliaan Bahagian Pembangunan Industri, MOTAC
Selain dari itu ada beberapa pertandingan dan pameran seperti 
  • Pertandingan memasak ala Master Chef
  • Pertandingan sepak ratus
  • Pameran vespa
  • Pameran gasing
  • Pameran Doodle
Pavilion Sayang Malaysia dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, yang telah sama melancarkan inisiatif NBOS #SayangMalaysia Peringkat Kebangsaan.

Untuk fasa kedua penganjuran ini ianya bertemakan Sayang Malaysia sempena dengan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia. So korang bolehlah tengok semua gambar dan cerita warna warni Malaysia di laman sosial dengan hastag #SayangMalaysia. Korang juga di alu alu kan untuk mengunakan hastag #SayangMalaysia ini pada setiap post di social media korang. Keluar gambar makanan ke, tempat menarik ke atau apa apa je la boleh je letak hastag ini. Mana yang single tu boleh la try juga manatau dapat jodoh atau kawan kawan baru. Hahaha

Menara Condong Teluk Intan

Udah dibuat di Bagan Datuk sempatlah ke Menara Condong Teluk Intan ini. Tak sangka sebelah malam ianya lagi cantik. Dengan lampu berwarna warni melambangkan Malaysia yang mempunyai pelbagai adat, budaya, masyarakat dan sebagainya. Jadi alang alang ini, cik en promote juga la, mai je Teluk Intan mai sini ambik gambar dan jangan lupa hastag #sayangmalaysia kalau upload di media sosial korang.

Alang alang masuk perak ini, nak kabo kan, kami di Perak ada 5 loghat. Itu yang buat Perak ini unik dan awesome tau. Macam cik en, comel selalu.. sebabnya Hensem itu bermula dari Almarhum Sultan Azlan Shah lepas tu turun ke Sultan Nazrin Shah dan akhir sekali terus merebak dekat seluruh rakyat Perak. Seterusnya ke rakyat wanita perak juga . Hahhaha. Itulah Negeri Perak. Nak tau tak loghat tu? cuba baca Loghat atau Dialek Rakyat Perak  . Jumpa di entri seterusnya.....

10 comments:

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

meriahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Mrs Pip said... [Reply]

bestnya jalan jalan sambil kenal tempat menarik di Malaysia...

Zharif Azis said... [Reply]

Fiesta NBOS Sayang Malaysia memang da boom ! Sangat meriah. Ramai sangat yang berkunjung walaupon panas lit-lit. Yang penting, banyak gila cabutan bertuah diadakan pada hari kejadian. Harap fiesta NBOS nie diadakan setiap bulan. Eh over tau =D

Zaleha Awaluddin said... [Reply]

wah.. meriah sungguh acaranya :)

atiehilmi dot com said... [Reply]

waa.. banyaknya aktiviti menarik dan tempat yang saya tak pernah tau pun.. nanti nanti boleh try singgah perak.. explore perak plak..

iffah hussin said... [Reply]

Majlis sangat meriah...artis pon spoting sangat, paling best dapat cuba makanan tradisi Perak... ate perut kenyang dan happy sekali!

Raydah said... [Reply]

jmput la singgah join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

Ema Veto said... [Reply]

macam macam hado. ni mau nya sehari jalan tak puas. Hah nanti free, jom lerr singgah blog lubukseni.com

PERMATABIRU said... [Reply]

meriahnya

Norlaili A Wahab said... [Reply]

Wahhh....banyaknya makanan tradisi yg tak pernah dengar. Apa lagi rasa 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads