www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-09-11

Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan

Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan | Masuk hujung hujung tahun ini, mulalah sampai musim hujan. Bila musim hujan penyakit kucing yang selalu cik en terima adalah selsema dan demam. Kebanyakan pelanggan klinik cik en mempunyai kucing berpuluh puluh ekor. Dan semestinya kalau seekor selsema mesti semuanya berjangkit. Bila semua berjangkit, penuhlah klinik cik en dengan seorang tuan dengan berpuluh puluh kucing. Disebabkan masalah ini, cik en nak bagi satu Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan ini. 

Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan
Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan

Rahsia Elakkan Kucing Selsema Bila Sampai Musim Hujan



  • Sediakan Multivitamin dan berikan sekali sehari untuk kuatkan antibodi kucing.


Sebenarnya kucing yang ada di Malaysia seperti kucing kampung dan kucing kacuk ini suka berjemur dibawah cahaya matahari. Cahaya matahari ini macam recharge bagi dorang untuk sihat. Cahaya matahari pagi mempunyai banyak kebaikan pada tubuh badan manusia seperti menghasilkan Vitamin D yang baik untuk tubuh badan dan kesihatan. Begitu juga pada haiwan. Bila musim hujan, kucing akan mula kekurangan Vitamin D yang mana ketiadaan cahaya matahari yang mana mereka tak dapat memanaskan badan. Kucing bukan seperti manusia yang boleh pakai baju sejuk berlapis lapis dan mereka bergantung dengan bulu mereka untuk control kesejukan. Hahaha


  • Jangan mandikan kucing bila sampai musim hujan


Tak salah nak mandikan kucing tapi tengok juga waktu tu. Janganlah time hujan korang nak mandikan. Kalau busuk sangat atau perlu mandi ambil air suam dan lap di kawasan yang perlu. Lepas tu cepat cepat kering menggunakan hair dryer atau letak di kawasan yang ada haba macam lampu garam.


  • Berikan Makanan Suam atau Susu Suam
Ini antara tips mak cik en sendiri gunakan. Makanan yang hangat mampu memanaskan tubuh. Cuma jangan la bagi yang panas sangat. Cukup suam suam je. Mampu memanaskan tubuh badan kucing.

  • Sediakan tempat panas 
Kalau kucing korang banyak, ianya tak jadi masalah sangat sebabnya mereka akan berkumpul dan berpeluk sesama sendiri untuk dapatkan haba panas. Tapi kalau seekor, korang boleh cuba ajak tidur sekali dalam selimut atau korang rajin bermain dan memeluk mereka. Ataupun sediakan kotak yang disediakan carikan kertas surat khabar. Karbon tulisan pada surat khabar mampu memanaskan kucing. 

Ini tips sebelum kucing korang dapat selesema. Tapi kalau dah kena selsema, korang boleh rujuk entri Cara Mudah Merawat Selesema Kucing (Cat Flu)

2 comments:

Marshalizadotcom said... [Reply]

Tips yang sangat membantu..:)

mamapp said... [Reply]

Kucing pun mcm manusia juga kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads