www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-09-27

Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing

Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing | Sampai saja musim tak menentu ini, banyak customer cik en bawa kucing yang sakit mata. Ada yang bertaik mata biasa, ada yang dah bengkak dan ada yang terjojol mata. Ada yang lambat bagi rawatan sampai mata kena dibuang. Macam biasa la, cik en berkerja di klinik kerajaan yang mana daerah cik en ini dah jadi macam klinik manusia je. Patient yang sakit kadang kadang sehari mencecah 60 ekor. Jadi ada beberapa operation yang cik en tak boleh nak ambik kerana kekurangan staf. Kesian memang kesian kalau ada yang mengadu kos di klinik veterinar swasta mahal dan tak mampu. Kalau peringkat boleh bantu, memang cik en bantu. Disebabkan kes sebegini cik en menaip juga artikel Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing untuk tindakan awal yang boleh korang ambil sebelum jadi kronik sampai memerlukan belanja yang mahal. Harap artikel Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing ini dapat bantu korang ye!

Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing
Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing

Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing

Sebelum itu cik en nak korang tahu tahap tahap sakit mata ini. Dan macam biasa cik en akan terangkan menggunaka bahasa yang ringkas dan ubat yang korang beli di farmasi. Farmasi manusia tau! Sebab ada yang tanya cik en kat mana farmasi haiwan. Hahaha. Kedai haiwan atau Petshop lain tau! Yang cik en list kat sini yang ada di farmasi manusia. Kiranya ubatan manusia yang selamat digunakan untuk haiwan terutama kucing. Bukan semua tapi ada beberapa saja yang sesuai. 

Jenis Jenis Sakit Mata Pada Kucing

Bertahi mata 

Kes ini ada 2 jenis kucing. Anak kucing dan kucing dewasa yang demam atau tidak sihat. 

  • Anak Kucing 



    • Selalunya tugas mencuci mata dan badan anak kucing ini adalah mak kucing tersebut. Mak kucing yang "baik" akan selalu menjilat (memandi atau membersihkan) anak anak beberapa kali setiap hari. Tahi mata anak kucing akan ada sebab anak kucing selalu tidur. Tapi bila si ibu mula tak jaga anak anak, tahi mata akan berkumpul dan kalau banyak akan jadi infection. Masa ini bila korang dah nampak si ibu mula tak jaga anak, korang kena take over kerja si ibu sehingga anak anak boleh bersihkan diri sendiri. 

    • Rawatan : Kerap cuci mata anak anak kucing menggunakan tuala lembut. Gunakan air suam untuk cuci. Elakkan guna wipe tissue atau tisu basah. Walaupun tisu basah selamat untuk baby tapi tuk mata tak sesuai digunakan. Kecuali gunakan wet tissue khas untuk mata kucing. Kalau nampak dah merah merah, dapatkan ubat titiis untuk mata namanya Neodeca Ear Eye Drop atau Nicol. 


  • Kucing Dewasa Tidak Sihat


    • Bila kucing atau anjing sakit, dorang lebih banyak tidur. Mereka tak boleh nak grooming atau bersihkan bulu dorang. Macam kita juga la kan. Bila demam, nak tidur dan tak malas nak bersihkan diri. So bila dah macam tu, tahi mata kucing akan berkumpul macam anak kucing cik en story kat atas tadi. Cuma tidak merbahaya sangat sebab kucing dewasa mempunyai antibodi yang kuat. 

    • Rawatan : Selalu cuci mata menggunakan air suam. Dan gunakan ubat titis yang sama iaitu Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing. 


Kelopak Mata Bengkak 

Kelopak mata bengkak berlaku disebabkan radangan disebabkan infection atau jangkitan. Masa ini penggunaan Neodeca Ear Eye Drop atau Nicol mula tak berkesan. Sebabnya jangkitan perlu diberi antibiotik untuk lawan. Fungsi Neodeca Ear Eye Drop atau Nicol lebih kepada membersihkan. Masa ini boleh gunakan Terramycin Oitment yang berbentuk gel. Letak ubat mata di dalam mata dan gunakan kelopak mata untuk sapu ke seluruhan mata. Tapi kena cuci dulu dengan air suam. Untuk matikan kuman kuman sebelum treatment dengan Terrymycin. Dan juga boleh beli ubat papain beazyme untuk kurangkan radangan atau bengkak. 

Mata terjojol atau pecah

Kes sebegini selalunya perlu bawa ke klinik veterinar untuk dapatkan suntikan. Kalau vet kata kronik dan perlu dibuang, operation akan dibuat untuk buang mata. Kes sebegini selalunya berlaku pada anak kucing. Dan kebanyakkan tak dapat diselamatkan sebab ramai yang lambat bawa untuk rawatan

Mata luka kerana kemalangan


Kes sebegini macam terlanggar dengan kenderaan, jatuh atau bergaduh dengan kucing lain. Kes sebegini kena tengok dan dibuat pemeriksaan lanjut. Tapi kalau ada tanda tanda diatas boleh guna cara rawatan diatas. Atau terus je bawa ke vet berdekatan ye 

Atau pun korang ada masalah mata kucing yang tak skait tapi abnormal? Korang boleh try baca artikel Kenapa Mata Kucing Tiba Tiba Ada Kelopak Putih Antara Mata 

9 comments:

Rozita Cerita Ita said... [Reply]

artikel yang bagus.. lebih bagus kalau tunjuk gambar ubatannya..

Dedaun Comel said... [Reply]

Kesian nampak kucing2 dengan jangkitan mata ni.. kadang2 tak sanggup nak tengok..

Terima kasih sebab kongsi info ni k. huhu

Pondok Usang said... [Reply]

bagus post nii.. sbb sy ade byk kucing di belakang rumah.. huhu.. =)

Cahaya Hayati said... [Reply]

Good info. Boleh share ngan adik yg bela kucing.

Hana Hadi said... [Reply]

terbaik post ni.. anak kucing slalu skit mata rupanya ibunya xbuangkan taik mata .ngee

timm bill said... [Reply]

mak cik timm selalu cuci dgn air suam..lama2 lega sendiri..haha

Maisarah Humaira said... [Reply]

info bagus ni. kalau ada kucing Mai sakit mata, boleh cuba rawatan ni nanti

Marshalizadotcom said... [Reply]

Tq sharing cik en...berguna ni

Norlaili A Wahab said... [Reply]

Terima kasih info ni ye 👍🏼👍🏼👍🏼

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads