www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-08-05

8 Tips Menang Bid Dalam Chilindo

8 Tips Menang Bid Dalam Chilindo | Chilindo satu satu web yang buat cik en gian dan terpengaruh. Cik en bukan kaki shopping pun tapi bila dah terjebak rasa macam susah kot nak tinggal. Semua kerja cik en tak menjadi. So ada yang tanya macam ni ko boleh menang intan? Cik en ini bukannya pandai sangat tapi dah boleh baca style bid ini kalau nak menang. Lagipun korang boleh dapat harga semurah RM1 untuk dapatkan barang barang dalam Chilindo ini. So kat sini cik en nak kongsi 8 Tips Menang Bid Dalam Chilindo


Tips Menang Bid Dalam Chilindo

  1. Yang penting adalah tahap kesabaran korang tinggi, semangat bid tu mesti berkobar kobar macam obor Sukan SEA dan tahan dari segi mental dan emosi. Hahahhaha
  2. Pilih barangan berbaloi dengan harga yang korang bid tu. Kena rajin survey kat shopping online lain terutama di Lazada dan 11Street. Sebabnya dari situ korang akan tau harga paling rendah yang ada di pasaran. Kalau harga monopod di Lazada RM10.00 so dalam Chilindo ini korang kena dapatkan bid lagi murah dari tu. 
  3. Andailah kata barang korang bid melebihi dari harga paling rendah yang ada di pasaran atau kalah bid, korang jangan kecewa, stay je kat barang itu sebab selagi ada stok, Chilindo akan repeat saja barangan itu untuk bid. 
  4. Bid pula di saat saat akhir tau. Cik en suka bid 10 saat terakhir. Huhuhu. 
  5. Pastikan internet korang laju berdesuppp.. sebab ia melibatkan bid online. Kalau line ciput cam kura kura mabuk memang kalah la korang. Hang terus page itu nanti. 
  6. Masa yang sesuai untuk bid ini semestinya masa orang tak ramai online. Bagi cik en masa yang paling sesuai adalah 
    • 7 pagi - 8 pagi (orang sibuk pergi kerja dan uruskan anak anak) 
    • 5 petang - 7 petang (orang sibuk balik kerja dan ambil anak anak) 
    • 2 pagi hingga 5 pagi (sebab orang dah tidur) 
  7. Pastikan tak ada gangguan masa bid ini macam orang call la, tengok movie ke sebabnya benda itu akan buat korang terleka. 
  8. Kalau korang nak jimat dari kos penghantaran, silalah bid beberapa barang lagi. Chilindo ini bukan macam Lazada yang lain lain kos penghantaranya. 

Sampai disini tips dari cik en. Mungkin korang yang dah ketagih Bid ada yang nak menambah tips tips lain bolehlah komen di entri ini ye.. Insyallah nanti cik en nak kongsi barang apa cik en terbid dan termenang yang dah sampai kat tangan cik en ye. Ok la. Jumpe next entri di www. nurfuzie.com

12 comments:

Dedaun Comel said... [Reply]

Fuh.. ada strategi rupanya nak shopping online ni... Selalu denganr shopping onlint kat chilindo ni memang murah dan jimat..

Kena cuba ni

Zafirah Nazri said... [Reply]

Wahhh mcm nak try bid lahh

Maria Firdz said... [Reply]

3 kali menang tak pernah check out... Haha

Anum Abdullah said... [Reply]

permainan baru ker?

Cik Ash said... [Reply]

Kalau bid banyak barang adakah cos penghantaran jadi banuak gak ke

Eintan Nurfuzie said... [Reply]

@Dedaun Comel yup.. tp kena pandai la.. pilih barangan berbaloi mengikut harga

Eintan Nurfuzie said... [Reply]

@Cik Ash klu banyak2 kira 1 kos pengahntran je. bermula rm8

lokman amirul said... [Reply]

terima kasih kongsi tips ni.

shalimar yusof said... [Reply]

memg masa tu kena free xde gangguan laaa

Miza Talib said... [Reply]

Thanks cik En siap bagi masa sesuai nak Bid. nak try lah

tenku butang said... [Reply]

wahh.. bagus tips ni.. TB pun nak bid satu barang tu.. tak lepas2.. asik harga mahal aje dapat.. ramai sangat nak baranag tu.. huhuhu

Anonymous said... [Reply]

Daku bid sampai 10 Barang..Penghantarn kalau cod rm12 tok semua brg..Kalu bid 20 Brg pun itula kos haantaarnya..Huahuahua..Paling tinggi bid rm10, Kelambu sangkut bulat tu..Addicted la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads