www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-07-13

Restoran BAKO BAKO Marina Island Lumut Perak

Restoran BAKO BAKO Marina Island Lumut Perak | Semalam mak cik en dan mck simah ada datang melawat cik en di Manjung. Itu pun selepas mereka join wah (mak saudara ) cik en mengutip kepah di kawasan Kampung Telaga Nenas Ayer Tawar yang mana dalam daerah Manjung juga. Sebabkan alang alang sampai di Manjung, cik en bawa la mereka berdua berjalan jalan di sekitar Teluk Batik, Marina Islands dan Lumut. Masuk saja Marina Islands cik en teringat ada satu restoran baru (tidak la baru sangat maybe dalam setahun dua ini) yang sekali dengan Marina Island Fishing Pond . Restoran itu namanya Restoran BAKO BAKO Marina Island Lumut Perak

Restoran BAKO BAKO Marina Island Lumut Perak
Restoran BAKO BAKO Marina Island Lumut Perak

Lama dah cik en tak makan di luar bersama keluarga, so cik en belanja la malam semalam. Ruginya sebab adik dan abah cik en tak ada. So melepaskan mereka berdua merasa cik en belanja. Hahaha. So malam itu, cik en teringin nak makan ikan siakap. So kami memilih makan nasi putih bersama tomyam campur, siakap masak 3 rasa, telur dadar dan sayur kailan ikan masin. Untungnya ikan siakap ini baru ditangkap selepas kami memesan makanan ini. 


Sambil makan itu, kami tengoklah kaki pancing memancing. Lama juga la tengok mereka memancing dan tiba tiba ada salah seorang kaki pancing dapat ikan kerapu hitam (kemungkinan la sebab dari jauh kami teka). Beeesaarr mungkin dalam 15kg macam itu. Seronok pula tengok dan mak cik en yang sememangnya bukan kaki pancing bertanya la lanjut. Berapa cas masuk dan ikan itu boleh bawa balik ke? Cik en dan makcik simah terangkan ikan perlu dipulangkan kalau di tempat lain. Cuma di tempat memancing ini tak pastilah. Mak cik en terus cakap, rugi la... Memancing bukannya kejap.. lama. Bosan je nampaknya. Hahahha. Biasalah kami bukan keluarga kaki pancing so terasa macam membuang masa memancing. Hakikatnya ianya syurga bagi kaki pancing. 

Selesai makan dan bayar cik en pun tanyalah berapa kos dan macamana peraturan disini. Adik cashier tu cakap kat sini ada pakej pakejnya. 3 jam RM100. Ikan boleh dibawa balik atau kalau nak dijual balik pun boleh mengikut berat ikan. Dan ada jackport yang mana kalau ada pemancing dapat naikkan/berjaya menangkat ikan kerapu hitam yang melebihi 30kg akan dapat hadiah RM500. Tapi ikan itu tak boleh dibawa balik. So ikut luck la pemancing yang datang ke sini. 

Marina Island Fishing Pond
Marina Island Fishing Pond

Marina Island Fishing Pond
Marina Island Fishing Pond

So mana yang kaki pancing luar sana nak cuba memancing bila sampai di Lumut atau Teluk Batik ini, bolehlah datang kesini untuk mencuba. Bila dapat ikan, boleh terus Restoran BAKO BAKO ini masak dan makan terus. Bagus juga kan? Dapat ikan fresh gitew. Sesiapa berminat disini cik en kongsi tempat ini


Koordinat : 4.208272, 100.599315
Tempat : Marina Island Fishing Pond (berhampiran dengan Rockbund Fishing Chalet
No telefon : +60 16-447 4605

Berhampiran tempat ini ada satu resort dan hotel yang cik en pernah review sebelum ini. Korang boleh baca di Marina Island Pangkor Resort And Hotel . So mana yang nak honeymoon atau holiday bersama keluarga boleh la cuba baca review cik en yang itu ye. 


8 comments:

timm bill said... [Reply]

amboi, nama pun 'bako', kita bakorrr jer..haha!
timm pun mmg favouritelah klau mkn ikan siakp kena ada tomyam, kailan ikan masin, telur dadar, yummss..seb baik dah dinner dah tdi..

Siti Yang Menaip said... [Reply]

Cik En bilaaaa nak banjeee kite makan sini..!!!

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said... [Reply]

dah dua kali CCL kunjung ke restoran ni , makanan semuanya menyelerakan

PeRdU cINta said... [Reply]

Alhamdulillah seronok dapat makan bersama makcik-makcik...sambil sembang-sembang...

Mrs. A said... [Reply]

Menarik idea macam tu dah pancing terus order masakkan pula

raihanah said... [Reply]

konsep yang lain dari yang lain ni. pancing pastu makan terus situ

aRzMoHa said... [Reply]

fuh menarik juga kedai mana ni...hari tu dah sampai sini tak tahu nak makan kat mana

Mardhiyyah Rosli said... [Reply]

bolehlah ajak family mya makan kat sini bila bercuti di Lumut nanti.

http://www.myarosli.com/2017/07/blog-berbaju-baru.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads