www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-06-12

Resepi Menu Berbuka : MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Resepi Menu Berbuka : MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT | Anyway cik en tak suka makan siput sedut ini..eh.. bukan tak suka tapi tak pernah langsung makan.. ahahha sebab takut tersangkut bibir dengan lidah. Hahahha. Tapi cik en nak kongsi resepi menu berbuka ini untuk sesiapa yang suka MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT ini.

MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT



Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cipi padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan

Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.

sumber gambar dari google
2053

5 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said... [Reply]

Eh..baru semalam CCL berbuka dengan resepi ni ..tapi masak lemak lala .. CCL tak suka sangat siput sedut ni .. lambat benor nak kena sedutnya

Siqah Hussin said... [Reply]

Sedapnya siput sedut! Suka makan tapi tak tahu sedut. Kena orang lain tolong sedutkan. Hehe

Cik Rose said... [Reply]

wah nampak sedap.. tapi Rose tak pandai masak siput ni.

Lea Azleeya said... [Reply]

Fuhhh nasib baik lea tak minat siput sedut.. Kalau tak mau kene buat jugak ni.. Gambar tu nmpk sedap.. adehh

Norlaili A Wahab said... [Reply]

Yummm...terliur tengok niii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads