www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-06-27

Masa Kucing Dibeli Kucing Cantik, Selepas 3 Bulan Bela Kucing Itu Jadi ……

Masa Kucing Dibeli Kucing Cantik, Selepas 3 Bulan Bela Kucing Itu Jadi …… | Pernah tak korang dengar “ saya beli kucing 2 3 bulan yang lepas, elok je lawa, bulu cantik, lincah dan sihat tapi lepas saya bela, kucing itu jadi pasif, sakit, bulu tak bermaya dan tidak terurus. Kenapa ye?” Tau tak kenapa? Ianya kerana korang sendiri. Mesti ramai yang melenting kan? So meh cik en kongsi sikit ye. Kenapa Masa Kucing Dibeli Kucing Cantik, Selepas 3 Bulan Bela Kucing Itu Jadi …… ?


Begini, cik en salute dengan orang yang boleh tukarkan kucing yang sakit dan tidak terurus kepada kucing yang gemuk dan sihat. Sebabnya mereka berusaha dan ada pengalaman untuk menjaga kucing kucing ini dan cik en rasa lega untuk lepaskan kucing kucing cik en untuk di adopt. Kalau korang pass untuk tukarkan dari yang sakit pada sihat, barulah korang layak dipanggil owner kucing dan pencinta kucing. Jangan nak menabik diri korang pencinta kucing dan pemilik kucing berbaka Persian original beserta surat beranak tapi kucing korang sakit dan tak tahu apa itu vaksin dan cacing. 

Masa korang beli kucing di kedai, kucing itu diberi makanan mewah, dicuci bekas poo dan pee, dibawa bermain dan selalu diberi rawatan sepatutnya aseperti ubat cacing dan sebagainya. Bila korang beli dan jaga paling awal 3 bulan, kucing korang sakit, bulu berserabut, lemah, kurus dan lain lain semstinya korang tak buat sama semasa kucing itu dikedai. Sebelum ini diberi Royal Canin tapi korang bagi ikan mentah, sebelum ini bulu hari hari disikat tapi kurang tak pernah menyikat malah sikat kucing pun tak ada. Jika sebelum ini ada diberi ubat cacing mengikut jadual sampai kat korang ubat cacing pun kornag tak tahu apa. So macamna la kucing korang nak sihat dan cantuk masa beli tu. 

Kesian kan jadi kucing itu, kira macam dilepaskan pada yang tak bertanggungjawab. Lagi lagi kalau pure breed, lagi banyak korang kena belajar. So kalau rasa baru nak bela itu, apa kata bela dulu yang stray cat ini. Rasa dah berjaya barulah habiskan duit beli baka mahal mahal ini ye.

sumber gambar : google

2017-06-26

Panduan Sangkar Haiwan Kesayangan

Panduan Sangkar Haiwan Kesayangan | Korang ada bela kucing, anjing, arnab, marmut, ular, cicak, biawak, katak atau kura kura sebagai haiwan kesayangan tak? Kalau ada korang digalakkan untuk membaca entri ini sampai habis untuk memberi sedikit info mengenai saiz sangkar yang disyorkan bagi memastikan korang memenuhi 5 prinsip kebebasan haiwan yang termaktub dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015. Kalau korang rasa ianya bermanfaat cik en harap korang boleh share entri Panduan Sangkar Haiwan Kesayangan ini.



Sebelum itu, korang kena baca dulu aspek yang perlu diambil kira dalam penyediaan sangkar haiwan kesayangan ini. Ada 3 aspek iaitu
  • Sangkar dibina atau diletakkan di luar bangunan premis(outdoor) :

    • Terlindung daripada hujan dan angin kencang
    • Mempunyai tempat teduh yang mencukupi
    • Separa tertutup supaya mempunyai kawasan tidur yang terlindung

  • Sangkar dibina atau diletakkan di dalam bangunan premis(indoor) :
    • Suhu
    • Kelembapan
    • Pengudaraan
  • Permukaan dalam sangkar hendaklah di perbuat daripada bahan yang kalis air, mudah dicuci, dan tidak menyebabkan kecederaan kepada haiwan 
Faham ke idok cik en terangkan aspek tu? Kalau rasa dah faham jom kita tengok saiz sangkar yag disyorkan. 

Kucing :
Anak kucing : 6000sm2 La X 60sm2 Le X 50sm2 T untuk 4 ekor
Dewasa : 6000sm2 La X 60sm2 Le X 50sm2 T untuk 1 ekor

La : Lantai 
Le : Lebar
T : Tinggi 


Oh ye, jangan anggap sangkar dan carrier adalah sama ye. Sangkar adalah rumah yang diadiami oleh kucing, carrier pula yang digunakan untuk dibawa ke vet. Carrier tidak termasuk dalam panduan yang diterangkan dalam entri ini ye. Ini antara keluasan, kelebaran dan ketinggian minima termasuk berapa ekor yang boleh dimasukkan. Mungkin ada yang teringin nak buat sendiri sangkar atau rumah kucing ini so ini panduan yang boleh dirujuk dan kalau korang nak tempah rumah kucing korang boleh try tanya kat Nazlee Ismail . Manatau harganya berpatutan pada korang. 

2017-06-23

Hanya SAFI SHAYLA Untuk Saya

Hanya SAFI SHAYLA Untuk Saya | Dari dulu, walau macamana pun tukar jenama syampu yang lain, cik en tetap memilih semula produk Safi ini akhirnya. Dari hanya Safi biasa dulu sehinggalah Safi bergerak selangkah ke  SAFI SHAYLA yang mana ianya sangat dekat dengan masalah rambut bagi wanita bertudung. Jadi tak salah dikata cik en katakan Hanya SAFI SHAYLA Untuk Saya . Tiada syampu lain mampu menandingi SAFI SHAYLA ini.

Hanya SAFI SHAYLA Untuk Saya


Hanya SAFI SHAYLA Untuk Saya
Hanya SAFI SHAYLA Untuk Saya


Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititik beratkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. 




Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.



“SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil. kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, JelasPengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.



Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi kedua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya


Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

“DenganSAFI Shayla PekFleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pekisian semula, atau pun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMwsdan untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI @safimalaysia dan laman web SAFI www.safi.com.my

2017-06-21

Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar

Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar | Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar sememangnya menjadi acara tumpuan sebelum hari raya. Jika dulu hanya pertunjukan panjut saja tapi sekarang ianya dipertandingkan bagi memeriahkan lagi pesta warisan kuala kangsar ini. Mungkin di tempat lain ada juga tapi disebabkan cik en berasal dari kuala kangsar jadi cik en akan kongsikan kemeriahan di Kuala Kangsar je la yerk. Oh ye, ada tadi di facebook cik en tanya apa itu Panjut? Panjut atau pelita hiasan yang mana boleh dibuat seperti rumah dan lain lain mengikut kreativiti masing masing. Dan Pesta Panjut di Kuala Kangsar ini menjadi tradisi turun temurun selain daripada Meriam Talang. Seperti tahun lepas hadiah Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar tahun ini berupa wang tunai keseluruhan RM15,000 anjuran SRCC dengan kerjasama Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Padang Rengas

Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar 

Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar
Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar

Mungkin ada yang terlepas pandang sebelum ini yang cik en pernah keluarkan entri Pesta Panjut Kuala Kangsar 2016 so untuk kali ini cik en mendapat sedikit maklumat daripada pengawai penerangan Kuala Kangsar mengenai Pertandingan Pesta Panjut dan peta lokasi untuk Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar ini. So kome yang ada di kuala boleh la gi melawat tempat tempat yang telah dinyatakan di peta bawah ini

pelan lokasi Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar

Final pada 23 Jun 2017 dan masa ini penjurian akan dilakukan. Esoknya pula korang dah mula stanby untuk tengok Meriam Talang pula. Meriam Talang ini cik en ada pergi tahun lepas. Nak dengar bunyi nye? kena la baca entri Meriam Talang ini pula. 

Insyallah, kalau kesempatan cik en nak tengok gak pesta panjut ini dan meriam talang ini. Sebabnya cik en sibuk sangat lately ini. Tahun lepas pun smepat tengok meriam talang je. Panjut tak sempat tengok. Kalau tak smepat juga cik en layan sepupu cik en buat meriam buluh je la. Lawan kampung kampung. hahhahahha. Ok, jumpe next entri.

10 Tips Penjagaan Anak Kucing

10 Tips Penjagaan Anak Kucing | Dah lama cik en tak kongsi info info veterinar dan tips kucing di blog ini. Di sebabkan cik en sibuk menjaga bahagian permit dan industri. So hari ini cik en curi curi menaip semula untuk tips penjagaan anak kucing lebih lebih lagi korang baru jumpa atau beli anak kucing baru. Di harap ianya dapat membantu korang yang mungkin tiada pengalaman menjaga anak kucing ini.

10 Tips Penjagaan Anak Kucing
10 Tips Penjagaan Anak Kucing

10 Tips Penjagaan Anak Kucing


Seperti manusia juga, kita boleh bentuk seekor kucing dari kecil lagi. Kalau dari kecil kita belai dan sayang, Insyallah kucing itu akan manja dengan kita walaupun bila bedar dah jadi abam kawasan. Hahaha. Kalau dari kecil, kita selalu pukul dan marah marah, kucing itu akan membesar dalam keadaan ketakutan dan mungkin menjadi agresif dan penakut. So bimbingan awal itu penting. Bak kata orang, kitalah yang mewarnai mereka dengan warna warna kebaikan. So tengok cara penjagaan anak kucing ini dan compare dengan apa korang buat. Mungkin boleh diperbaiki dan juga mungkin korang ada pendapat yang lain. Bolehlah share di bahagian komen



  • Tempat Tidur Yang Selesa dan Selamat


Anak kucing ini perlu berasa selamat dan terjamin lagi lagi kalau baru sampai ke rumah yang baru. Ianya memberi kesan yang mendalam pada anak kucing ini. Mungkin korang boleh carikan bed cat yang ada di pasaran. Kalau tak sediakan kotak kadbod atau bakul yang tidak terlalu kecil dan dilapik selimut, tuala lama atau carikan kertas surat khabar. Pastikan ianya hangat selesa dan mudah dibersihkan. Kertas surat khabar mempunya carbon yang mampu memanaskan anak kucing. Lepas itu jangan letak jauh, tinggi atau dalam lubang. Mungkun korang boleh letak di penjuru dinding.

  • 2 Mangkuk Yang Tidak Mudah Pecah


Yang ini untuk bekas makanan dan minuman anak kucing. Cari yang tidak terlalu tinggi dan dalam yang bersesuaian dengan saiz anak kucing. Di sarankan untuk beli jenis seramik. Ianya berat dan tak la bergerak gerak dan susah untuk pecah. Selain itu pastikan ianya bersih dan mudah dicapai.

  • Bekalan Makanan dan Waktu Makan Yang bersesuaian


Anak kucing ini ada beberapa peringkat dan cik en akan kecilkan skop dengan bahagikan kepada umur.

  1. Kurang dari 2 bulan – Disuggestkan beri makanan wet food yang dicairkan. Perut masih kecil dan perlu makan sedikit dan kerap bersama susu. Lebih memudahkan berikan wet food kitten yang ada di pasaran tapi cairkan sedikit lagi. Kuantitinya lebih kurang 45 gram ke 50 gram setiap hari
  2. 2-4 bulan – Masa ini masa anak kucing mula explore, bermain dan membesar jadi banyak pakai tenaga yang banyak so kenalah bagi yang lengkap nutrisi seperti,mineral, kalsium dan phosphorus untuk tulang dan gigi, anti-oksida (taurine, Vitamin A dan E) untuk memperkuatkan system imunisasi serta protein untuk kuatkan otot. So masa ini boleh bagi wet food dalam 50gram ke 90 gram sehari. Masih juga berikan susu tau untuk kalsium. Baik untuk tulang.

Susu yang sebaiknya asalah susu ibu kucing. Boleh cari ibu tumpang atau carilah susu formula di mana mana pet shop. Tidak digalakkan bagi susu lembu kerana susu lembu ada laktosa yang sangat tidak sesuai untuk perut kucing. Kalau TERDESAK bolehlah beri tapi tambah dengan air supaya cair. Kalau cik en susah sangat nak cari di pet shop cik en suggest beri susu kambing yang dicairkan sedikit.

Waktu makan yang bersesuaian pula adalah 3 jam sekali untuk bawah 2 bulan. Bagi makan sedikit tapi kerap ye.

  • Tempat Poo dan Pee


Ini penting, untuk peringkat 3 bulan pertama, korang perlukan tempat najis dan pasir. Masa ini anak kucing masih belum biasakan diri dengan tempat baru.So sediakan tempat poo dan pee dia diempat tersorak (kucing pun tahu malu wei) dan letakkan lapisan surat khabar sebabnya anak kucing baru nak belajar ini selalu termiss. Hahahha. Dan yang penting masa kecil itu jangan marah marah kalau dorang poo and pee diluar bekasnya. Alert keadaan dorang. Kalau Nampak nak mempoo n mempee tu, cepat cepat bawa masuk dalam bekas. Lepas itu korang pelan pelan buat latihan ke tandas. Dah dewasa mereka lebih suka poo dan pee di luar rumah.

  • Pakai Colar bersaiz kecil


Yang ini penting, mereka selalu hilang kan? So dengan colar berbunyi ini, kita senang cam pergerakan dan tempat persembunyian mereka. Ianya untuk keselamatan. Jangan pakaikan colar bersaiz besar dan loceng besar gedabak. Kesian anak kucing itu membawa bebanan. Cer korang pakai rantai besi kat leher yang berkilo kilo beratnya. Mesti leher korang boleh terkehel kan? Macam itu juga aak kucing ini. Hahahhah

  • Bagi nama yang berseuaian


Mesti korang excited bila ada anak kucing baru kan? Benda pertama nak dibuat adalah nama. Macma cik en, nama kucing cik en peah, buruk dan gemok. So mereka akan alert dengan nama masing masing. Lagipun mudah untuk korang berikan makan, ajar ke tandas, bermain dan sebagainya. Nama itu penting oooo.. Sebab dari nama dorang akan lebih cepat mesra dengan korang.

  • Alatan Permainan


Tak perlu nak gi shopping di petshop untuk alatan permainanan mereka. Cukup gunakan apa yang ada disekeliling korang untuk jadikan alat permainana. Seperti kertas yang direnyukkan jadi bola, penyapu lidi dan sebagainya

  • Berdandan


Ingat manusia je ke pandai berdandan, anak kucing juga tau. Lagi lagi anak kucing yang masih tidak pandai grooming bulu sendiri. So korang kenalah jaga kebersihan mereka. Selalu sikat bulu, bersihkan poo and pee di yang melekat, bersihkan tahi mata dan hidung, potong bulu bulu panjang di bahagian bontot dan tapak kaki mereka. Dan yang mana mana korang rasa bersesuaian.

  • Displinkan Anak Kucing


Jangan sesekali nak memukul atau mengejar mereka (cik en pon ada buat juga sebelum ini. Hihihi) sebabnya ianya tidak mendatangkan apa apa kecuali ianya aka nada effect buruk pada kucing itu sendiri. Cukup dengan meenggunakan suara. Panggil nama, marah dengan suara sedikit tinggi dan kasar. Itu dah cukup sebenarnya untuk melatih anak kucing. Tapi jangan lupa kalau mereka berkelakuan baik, berikan pujian dan cium pada mereka. Sweet kan? Hihihi

  • Bawa Ke Veterinar Untuk Dapatkan Khidmat Nasihat


Penting bagi kucing yang baru dibawa balik ini untuk berjumpa vet. Antara rawatan awal yang diberi adalah vaksinasi, parasit, gigi dan lain lain. Yang itu tugas vet pula nak terangkan pada korang ye. Disarankan untuk bawa ke veterinar yang mempunyai doktor bertauliah ye.



Walaupun cik en hanya pembantu veterinary, cik en mempunyai pengalaman selama 5 tahun di bahagian klinik dan banyak berlajar melalui pengalaman dan bantuan doctor veterinary di DVS Perak. Selain itu, cik en banyak buat research sendiri melalui internet, nota nota dan buku veterinar yang diiktiraf. Kebetulan cik en mempunyai minat mendalam dalam bidang ini, tapi cik en tak pergi sambung belajar di UPM untuk kedoktoran kerana salah pilih kos kot. Hahaha. Anak sulung kan? Tak de yang nak membimbing masa pilih kos di IPTA dulu. Apa apa pun, perkongsian cik en di blog ini berdasarkan pengalaman cik en untuk kucing jenis mix breed. Dan untuk pure breed, cik en lebih berhati hati untuk buat rawatan kerana pure breed yang tinggal di Malaysia agak sedikit lemah berbanding mix breed kerana Malaysia bukan tempat asal mereka. Anyway cik en rindu nak bertugas di klinik. 3 bulan terasa 3 tahun kot. Cepat cepatlah kawan kawan cik en habis cuti bersalin mereka. Hahaahhaha

2017-06-19

Isu Kucing Savannah Dato' Aliff Syukri

Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri | Panas sekejap kat media social apabila Dato Aliff Syukri nak melepaskan 2 ekor kucing berbaka Savannah kerana tidak mampu untuk menjinakkan walaupun dah cuba selama beberapa tahun (rasanya la). Dan cik en sendiri ada tengok kawan sekerja cik en di Putrajaya dan dikhabarkan Jabatan Perhilitan juga ke rumah Dato Aliff Syukri untuk memberi khidmat nasihat. So sebagai blogger yang mempunyai niche veterinary dan kucing ini, cik en terpanggil nak beri sedikit pendapat peribadi dari pengalaman cik en sendiri. Ini tiada kaitan dengan Jabatan cik en tau. Dan entri ini bukanya mengecam sesiapa termasuklah Dato sendiri. Ini sebabnya Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri perlu jadi pengajaran kepada sesiapa yang tidak pernah ada pengalaman membela kucing tapi nak bela kucing pure breed dan sesiapa yang demand untuk membela kucing berbaka sahaja dan tolak tawaran untuk menbela kucing jalanan.



Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri 


Cik en pegang konsep wild is wild and tame is tame. Bukan saja kucing berbaka Savannah, kucing hutan juga adalah kucing liar yang mana habitat asal mereka adalah liar. Walaupun ada yang kata, kalau dibela dari kecil yang liar boleh jadi jinak. Ianya bukan senang tau? Walaupun korang nampak di luar negara, ada penjaga singa boleh berpeluk peluk dengan singa ianya bukan mudah bagi penjaga singa itu nak sampai tahap sebegitu. Dan ianya tetap liar dan mereka akhirnya melepaskan singa itu di habitat asal singa itu balik bersama singa singa yang lain. Sesekali saja pun penjaga singa itu datang semula selepas itu. Dan semestinya macam kita menerima tetamu, semestinya ianya excited dan rindu. Apa yang divideokan hanya beberapa minit saja tapi kalau korang tengok dari awal semestinya macam macam penjaga singa itu tempuhi. 

Back balik pada Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri tu, cik en sendiri mengikuti kisah Dodi melalui Instagram. Dan cik en sendiri tak nak komen apa apa pun video dalam instagram itu. Cuma cik en nak kongsi sedikit ye, kucing ini ada 2 jenis. Ada yang manja dan sesuai dibela dan ada yang liar dan sangat tak sesuai dibela. Dan kucing yang manja pun, kalau diperlakukan teruk seperti memukul, mengejar, atau yang lain lain, semestinya kucing yang manja pun akan bertukar jadi agresif dan garang (ini bukan mention pad Dato tau, just contoh je). Kucing tidak mempunyai akal tapi mereka mempunyai perasaan. Perasaan terancam dan takut akan buat mereka bertindak di luar habit dorang. Seperti manusia juga, mereka perlu di belai, kalau nak angkat kucing pun perlulah dengan cara yang betul untuk elakkan mereka rasa sakit, memakai kolar pun perlulah longgar dan ringan dan lain lain la. Kalau korang sendiri, orang rentap tangan korang, mesti korang marah kan? Begitu juga dengan kucing atau haiwan lain. 

Kalau betul betul nak jinakkan kucing atau haiwan liar ini, perlulah bela dari kecil lagi dan tahu macamana untuk menjinakkan atau pendek kata pengalaman. Tapi macam mana pun, bila kucing itu besar, ianya akan back balik pada habit dia. Contoh ye pure kucing hutan. Kehidupannya liar dan makan daging. Kita bela dan bagi makan dry food seperti whiskes, friskies dan lain lain. Mungkin sebulan dua kucing akan ok, tapi lama lama kucing akan lemah sebabnya habit mereka makan daging mentah. Dan sampai satu tahap mereka akan mati. Selain itu, bila mereka sampai masa biang atau mengawan, mereka bukan boleh control control nafsu macam manusia. Mereka tetap nak mengawan dan masa ini mereka akan bertindak agresif. Mungkin kita pemilik mereka yang mereka dah peluk dan bermain pun mereka boleh terkam. Ada juga yang cuba kurungkan untuk elakkan mereka mengawan tapi lama lama mereka akan mati. “mati merangan” kata orang lama. Nak mandulkan? Tak boleh tau, sebabnya pure breed tidak boleh dimandulkan. Dan juga satu lagi fakta, TIADA LESEN BAGI KUCING HUTAN. Kalau ditangkap, kucing dirampas ye.. 

Selain itu, cik en nak kongsi sedikit pengalaman mengenai kucing jenis Persian yang banyak dibela di Malaysia. Tempat asal Persian adalah di tempat yang sejuk. Sesuai dengan bulu yang tebal untuk elakkan kesejukan. Tapi bila di bawa ke Malaysia yang suhunya ada musim tengkujuh dan kemarau, agak tidak sesuai. Lagi lagi musim kemarau, kesian kucing itu kepanasan kan? Kalau nak pun, korang kena sediakan bilik ber aircond pada dia. Begitu juga kucing Sphynx yang tidak berbulu hidup di Mesir. Dibawa ke Malaysia, masa musim kemarau kucing itu ok la, kalau tengkujuh, kesian kucing itu kesejukan. Perlu pula korang carikan baju tebal saiz kucing. Semua nya melibatkan kos. Sedangkan kita nak kucing ini temani dan sayang kita. Kalau kos baju dan aircond itu dibeli makanan yang berkualiti kan lagi bagus. Ataupun diberi pada stray cat di luar.

So bagi cik en la, hargailah kucing kucing yang ada disekeliling kita ini. Kalau korang nampak la pahala yang keluar selepas beri makanan dan bantuan pada kucing jalanan atau stray cat ini, confirm korang berebut nak buat. Kesimpulan kes Isu Kucing Savannah Dato Aliff Syukri ini, cik en rasa, biarlah dato sendiri buat keputusan yang tepat setelah diberi nasihat dan pandangan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perhilitan. Sebabnya pengalaman itu penting untuk buat kita berjaya. Mungkin cik en tak ada pengalaman berniaga macam Dato dan susah untuk cik en sekrang ini nak berjaya dalam perniagaan. Begitu juga Dato mungkin tiada pengalaman mengenai kucing Savannah ini. Sebab itu sekarang ini Dato tak boleh jinakkan Dodi dan isterinya. Tapi dengan khidmat nasihat yang ada mungkin Dato boleh buat sesuatu yang lebih baik untuk diri Dato dengan kucing Dato

Ha, tiada kecaman kan dalam entri ini kan? Just pendapat cik en sahaja melalui pengalaman cik en. Ok la. Jumpe next entri semua.

2017-06-14

Tema Emerald Green Bakal Jadi Pilihan Raya 2017

Tema Emerald Green Bakal Jadi Pilihan Raya 2017 | Tahun ini mesti Tema Emerald Green menjadi pilihan kebanyakan orang. Walaupun dari awal cik en tengok tema hijau menjadi pilihan tapi warna Emerald Green ini nampak lebih classy dan tidak terlalu shinning macam pokok pisang. So cik en boleh agak warna ini bakal menjadi top untuk raya tahun ini. Oleh kerana itu, cik en nak padankan satu suit dari hujung rambut ke hujung kaki bersama aksesori yang sesuai. So jom kita tengok Tema Emerald Green Bakal Jadi Pilihan Raya 2017 ngam atau tidak dengan korang


Tema Emerald Green Bakal Jadi Pilihan Raya 2017

Untuk kali ini cik en suka yang simple dah tak banyak gunakan warna. Sebab itu cik en combinekan Emerald Green dengan green, cream dan putih. Tudung cik en ambil yang warna warni bagi untuk naikkan seri sedikit di bahagian muka. Simple tapi menyerlah. Jom tengok apa yang cik en cuma mix and match kan. Semuanya ini ada di Lazada tau! So korang klik je di gambar klik disini untuk tahu lebih detail.

Baju Kurung dari Amar Amran Kurung Moden Qhalisa (Emerald Green)


klik sini


Jelitasara X Lazada Pure Silk Long Shawl (Vanilla Cream)


klik sini



KASUT U EV 702-01812 Lady / Women shoes • Kasut Wanita / Heel Sandals • Tumit Tinggi / Elegant Heel - Beige

  


klik sini


Arche Peridot Protective Therapeutic Cluster Gemstone Bracelet (Green)

klik sini
FANCICO Popular Resin Flower Pendant Necklace




Dalam pemilihan ini, cik en memilih baju kurung kosong bewarna Emerald Green dan cik en tambahkan aksesori yang bersesuaian dengan baju itu, Pemilihan warna dengan putih menjadinya lebih natural di pagi raya nanti. Andai kata korang ada warna tema yang tersendiri dan nak tempah dah tak sempat, korang boleh usha usha di Raya Fashion sale di Lazada bermula 19 Mei 2017 Hingga 30 Jun 2017 ini untuk korang dapatkan diskaun hampir 80% tau! Selain dari fesyen ini, korang boleh juga usha di Marhaban Ya Ramadan Dan Riang Ria Raya untuk dikaun hampir 90 %

2017-06-13

R.I.P Karl Heinz Weigang 1935 - 2017

R.I.P Karl Heinz Weigang 1935 - 2017 | Terkejut dengan perkhabaran duka ini. Mungkin yang muda muda tak kenal sangat dengan Karl Heinz Weigang atau kami panggil atok ini. Masa cik en belasan tahun, nama Karl Heinz Weigang ini menjadi sebutan peminat bola terutama Bola Sepak Perak. Menjadi jurulatih pasukan Bola Sepak Perak menjadikan bola sepak Perak antara yang mendapat perhatian setiap kali perlawanan Piala Fa, Liga Super, Liga Malaysia, Liga Premier. Apa pun takziah buat keluarga atok weigang. R.I.P Karl Heinz Weigang 1935 - 2017

R.I.P Karl Heinz Weigang 1935 - 2017
R.I.P Karl Heinz Weigang 1935 - 2017


R.I.P Karl Heinz Weigang 1935 - 2017



R.I.P Karl Heinz Weigang 1935 - 2017
Karl Heinz Weigang 1935 - 2017

Karl-Heinz Weigang (24 Ogos 1935 – 13 Jun 2017) ialah pengurus bola sepak Jerman, yang sebahagian besarnya bekerja di Afrika dan Asia.

Di Malaysia, beliau telah dikenang sebagai telah melatih Perak FA, Johor FA dan Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada 1980-an di mana Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980.Dengan Perak, beliau membimbing pasukan untuk memenangi Piala Malaysia pada tahun 1998, dan kemudian kembali ke Perak dalam pelbagai jawatan (ketua jurulatih, penasihat teknikal).

Beliau juga melatih Pasukan bola sepak kebangsaan Mali dan Pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam. Beliau meninggal dunia pada 13 Jun 2017 akibat serangan jantung di Jerman.

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Karl-Heinz_Weigang

Apa apa pun, dia la antara jurulatih yang cik en kenal walaupun cik en bukan kaki bola. Dialah yang menjadi tumpuan dulu. Zaman itu pemain perak ada V Saravanan, Khalid Jamlus, Indera Putra Natakumar, Shahrul Azhar dan lain lain. Kira orait la kan seorang yang tak suka bola tapi tau perkembangan bola sepak Perak masa itu. 

Kehadiran dia kembali memimpin Bola Sepak Perak pada 2016 buat cik en kembali tengok perlawanan bola sepak dan ada peningkatan yang mana sebelum ini sedikit sendu (mybe cik en tak ambil tahu kot. Hahahha) Apa pun R.I.P Karl Heinz Weigang 1935 - 2017

Resepi Menu Berbuka : SAMBAL TUMIS KERANG

Resepi Menu Berbuka : SAMBAL TUMIS KERANG | Sesekali pekena kerang ok juga kan? Tapi menu kerang apa yang best kan? Apa kata cuba masak sambal tumis kerang. Lagipun banyak khasiat kerang ini. Antaranya penambah darah. So apa kata buat SAMBAL TUMIS KERANG untuk resepi menu berbuka hari ni. 


Bahan-bahan
- 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu.

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

sumber gambar dari google

2017-06-12

Resepi Menu Berbuka : MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Resepi Menu Berbuka : MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT | Anyway cik en tak suka makan siput sedut ini..eh.. bukan tak suka tapi tak pernah langsung makan.. ahahha sebab takut tersangkut bibir dengan lidah. Hahahha. Tapi cik en nak kongsi resepi menu berbuka ini untuk sesiapa yang suka MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT ini.

MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT



Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cipi padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan

Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.

sumber gambar dari google
2053

2017-06-11

Resepi Menu Berbuka : TOM YAM THAI

Resepi Menu Berbuka : TOM YAM THAI | Sedap gak kena tomyan dan nasi panas panas ini kan untuk berbuka. Tambah pula ada telur dadar gebus tu. Mesti kenyang perut. So kali ini cik en nak share  TOM YAM THAI untuk Resepi Menu Berbuka.

TOM YAM THAI



Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang


sumber gambar google

2017-06-10

Resepi Menu Berbuka : DAGING MASAK BLACK PEPPER

Resepi Menu Berbuka : DAGING MASAK BLACK PEPPER | Sedap juga dapat makan menu black pepper ini. Walaupun boleh buat ayam black peper tapi cik en suka kombiansi black pepper dengan daging. Rasa umph. Hari ini cik en nak kongsi resepi menu berbuka Daging Masak Black Pepper


Bahan-bahan
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. 
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

sumber gambar google

2017-06-09

Resepi Menu Berbuka : SIAKAP STIM LIMAU NIPIS

Resepi Menu Berbuka : SIAKAP STIM LIMAU NIPIS | Bukan hari biasa je menu ini dapat pilihan, tapi masa berbuka pun teringin pulak nak makan stim stim ini. So kali ini nak kongsi resepi menu berbuka menu Siakap Stim Limau Nipis. 


Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji Lada bengala
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap

sumber gambar google

2017-06-08

Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water Mahal? Berbaloi Ke Beli?

Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water Mahal? Berbaloi Ke Beli? | Asyik asyik cik en nak kongsi pasal resepi je kan? Jemu dah kan? Ok la, cik en nak kongsi sikit review satu produk dari Bio-essence yang cik en baru pakai ini. Mungkin ada yang pernah tertengok Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water ini tapi bila tengok harga dekat RM90 kalau di Watson. So cik en nak kongsi berbaloi ke korang nak beli Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water ini. Lagi lagi yang tak berapa senang macam cik en ini. Nak beli pun, kena usha berbelas kali, tengok de promosi tak dan berapa harga paling murah yang ditawarkan. Rasanya cik en dah usha 3 bulan juga la. Hahahha

Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water 



3 bulan tu rasanya cik en dah tengok beberapa kali promotion kat Watson. Hahaha. Tapi lepas je cik en usha, cik en cari info pasal review produk ini. Dok google dan jumpe la blog rakan blogger cik en Suria LekatLekit di entri RAHSIA DISEBALIK BIO ESSENCE 24K BIO GOLD WATER . Dan reviewnya review jujur dan bila tengok ada positif cik en beli la gaji bulan lepas. Dan sekarang dah minggu ke 3 memakai Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water ini. 



Cik en pakai 3 kali sehari selepas sapukan toner. Lately ini cik en tak sihat dan kurang selera makan dan selalunya kulit cik en akan kering bila dah kurang minum air plus dengan puasa tapi semenjak pakai Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water ini cik en rasa kulit lembab walaupun cik en tak calit sebarang BB cream, krim atau bedak. Cik en anggap Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water ini macam serum je. Just pakai Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water dan gi kerja. 



Struktur Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water  ini macam serum dan ada kepingan kecil gold. Bau dia harum cik en suka dan struktur dia mudah serap dan tak perlu nak menunggu lama kan? Buat masa ini kulit more shinning macam gold gitu. Hahaha. Tapi usia cik en 30 an ini dah mula start pakai camni. Cik en tak minat nak makeup hari hari so cik en akan pakai pe yang patut je. 

Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water ini bagi cik en sangat bagus la diamalkan. Kuantiti dia banyak so confirm 3 bulan pun tak habis kalau pakai sorang kan? Dan Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water ini ada 2 jenis tau. Satu gold rose dan ada botol kecil harga dalam Rm30++ gitu. Mungkin muka jadi pinkish kot. Tapi sebab cik en memang aim Bio-essense 24K Bio-Gold Gold Water ini dari awak lagi cik en ambil yang ini dlu. Selain itu korang boleh cuba Tips Awet Muda Yang Boleh Diamalkan Setiap Pagi

2017-06-06

Resepi Menu Berbuka : IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI

Resepi Menu Berbuka : IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI | Teringin pula nak makan petai. Selalu buat udang dengan petai tapi kali ini nak try ikan dengan petai. Sebab itu cik en nak kongsi cara memasak dan bahan bahan IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI untuk resepi menu berbuka hari ini


Bahan-bahan
- ikan selar 8 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!

*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.

gambar dari google

2017-06-05

Resepi Menu Berbuka : UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN

Resepi Menu Berbuka : UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN | Baru dapat telur masin, hurmmm apa menu nak buat ye. Kat rumah ada udang. Ha!! nak try UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN la untuk resepi Menu Berbuka hari ini. Korang pun nak buat juga ke? Meh sini cik en nak kongsi bahan bahan dan cara memasak UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN.



Bahan-bahan
- 500 gm udang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 15 biji cili padi - dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin - direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

gambar sumber dari google

2017-06-04

Resepi Menu Berbuka : TELUR BUNGKUS

Resepi Menu Berbuka : TELUR BUNGKUS | Sesekali nak ubah selera tak ada kan salahnya. Kali ini terliur pula tengok Telur Bungkus. Sedap juga kan berbuka dengan telur bungkus ni. Cik en nak share bahan bahan dan cara memasak Telur Bungkus untuk Resepi Menu Berbuka Hari ini. 


Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.

Sumber gambar dari google

2017-06-03

Resepi Menu Berbuka : AYAM PERCIK BAKAR

Resepi Menu Berbuka : AYAM PERCIK BAKAR | Terliur air liur ini bila tengok ayam percik semalam di bazar ramadan. Pergh nampak menyelerakan tapi ada sesetengah orang itu lebih suka masak sendiri. Kalau masak sendiri ini kita boleh lebihkan apa bahan bahan penyedapnya dan boleh dapat banyak. Lagi berbaloi kan? So hari ini cik en nak kongsi cara membuat Ayam Percik Bakar untuk Resepi Menu Berbuka hari ini.

Resepi Menu Berbuka : AYAM PERCIK BAKAR


Bahan-bahan
- ayam
- cili kering (suka pedas lebihkan)
- bawang kecik
- bawang putih
- halia
- lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar) 
- serai (titik)
- 3 serangkai
- santan
- gula
- garam kasar
- asam keping 


Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.


sumber gambar dari google

2017-06-02

Resepi Menu Berbuka : PARI ASAM PEDAS

Resepi Menu Berbuka : PARI ASAM PEDAS | Sedapnya kalau dapat makan asam pedas kan? Cik en rasa paling sedap makan asam pedas ini di melaka. Tapi cik en alah dengan Pari. So kalau nak makan selalunya ambil ikan kembung je. Yang penting asam pedas ini pada kuahnya. Kalau de ummp, confirm bertambah tambah pinggan. Alahai manala nak kurus kan? Walaupun cik en alah pada pari cik en kongsi juga cara memasak Pari Asam Pedas untuk Resepi Menu Berbuka hari ini. Kalau sesiapa nak tukarkan ke ikan yang lain pun tak ada masalah.

Resepi Menu Berbuka : PARI ASAM PEDAS


Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam 


Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api. 
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

sumber gambar dari google

2017-06-01

Cik EN Sesuai Pakai Cermin Mata Atau Contact Lens?

Cik EN Sesuai Pakai Cermin Mata Atau Contact Lens? | Nampaknya ramai lagi yang tak tahu cik en ni rabun sebenarnya. Mungkin disebabkan cik en jarang keluarkan gambar berkaca mata kan? So dorang ingat mata cik en ini normal. So tadi dalam group AFBdotmy cik en story la pasal cik en dan contact lens. Dan dari situ ramai tak tahu cik en rabun. Kebetulan geng AFBdotmy KC bertanya pasal contact lens ini, so cik en pun kongsilah ilmu dan pengalaman memakai contact lens dekat 15 tahun.


Anyway cik en ini rabun semenjak umur 8 tahun lagi. Masa itu cik en bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tambun Ipoh. Masa itu masih cik en ingat, cik en kelas 2 Melati dan cik en ditempat di sebelah belakang sebabnya cik en ini tinggi so untuk elakkan ada murid lain terganggu dengan kelonjongan kepala cik en ini, cik en diletakkan di belakang. Cik en dan buku memang berpisah tiada. So cik en sebenarnya selalu curi curi baca komik atau novel remaja masa semua ahli keluarga cik en dah tidur. Jadi baca membaca berpandukan lampu jalan luar rumah je. So dari situ cik en dah mula tak nampak apa cikgu tulis di depan dan kerap sakit kepala. So bila ke kedai dan kena check mata, cik en dah rabun 50-50. So pakailah cermin mata. Kawan kawan lain di sekolah tak ramai yang pakai cermin mata. Biasalah baru darjah 2 masa itu kan? 

Sampailah cik en berumur 15 tahun, setiap 6 bulan cik en akan tukar kanta. Dari 50-50 power cik en naik sampai 650-700. Sangat mendadak la naik so cik en dinasihatkan untuk pakai contact lens. Masa itu kalau tak silap tahun 2003. 2003 ini orang yang pakai lens ini sangat sedikit dan kalau ada pun dilabel orang kaya. Tapi cik en terpaksa sebabnya nak control power itu naik sampai beribu ribu. Masih cik en ingat, masa itu cik en buat di City Plaza Alor Setar sebabnya cik en duduk dengan tok cik en di kedah. Masa itu sekolah Sek Men Keb Alor Janggus. So start situ cik en memang pakai contact lens dan cik en berjaya slow kan kenaikan kerabunan ahahhaha cik en. Tapi still setiap 6 bulan kena pergi check balik di kedai tu. Sebab nak tengok progress. Tak mampu oo 6 bulan sekali tukar kanta. Dulu mahal sekarang je dah banyak offer untuk pelajar.

Sampailah cik en berpindah ke Kuala Kangsar, cik en cuba cari kedai cermin mata yang berpatutan dan servis yang ok, Sebelum cik en jumpa dengan Hoo Optical cik en ada cuba kedai lain tapi bila kita beli contact lens, cik en rasa tak selesa, mungkin kerana power cermin mata dan contact lens berbeza sedikit. Last cik en ke Hoo Optical dan Chee Hoe adalah ownernya yang mana beliau lulusan Studied BSc (Hons) Optometry at University of Bradford. So rasa trusted la kan? Dan beliau terangkan kalau power cermin mata 800-900, contact lens kena kurangkan sedikit kepada 7.5-8.5 . Lebih kurang la macam tu sebabnya dah lama cik en pun dah lupa. Dari situ cik en tahu kalau nak beli contact lens kita kena kurangkan sedikit power asal sebabnya ianya betul betul pada mata. Dan masa itu cik en bagitau la keadaan mata cik en perlu pakai lens sampai tahap umur yang akan slow kan tahap kerabunan. Dan dia pun suggest benda yang sama juga. DIa bagi info, rabun seseorang akan stabil apabila dah sampai tahapnya. 


Bermula dengan lens dari Bausch and Lomb dengan harga RM20 cik en mula memakai Jenama AirOptix yang sedikit mahal tapi berkualiti bila dah ada duit sendiri bekerja. Sebab cik en menghargai mata yang dah rabun ini. ahahaha so cik en akan berikan yang terbaik walaupun mahal. Chee Hoe pun berikan konsultan yang baik dan terangkan mana yang baik untuk mata. Biarlah cik en berbelanja lebih kan sebabnya mata bukannya ada jual di supermarket kan? So cik en memang manjakan mata cik en ini semenjak dah bekerja. 


Kenapa cik en tak beritahu orang yang cik en rabun? Ada kawan kawan yang dah lama kawan dengan cik en pun tak tahu apatah lagi korang korang yang baca entri ini. Sebabnya cita cita cik en masa kecik dulu nak seorang anggota polis. Kalau nak jadi polis kan tak boleh rabuunn.. Hurm.. sebab itu cik en sentiasa pakai lens sampaikan kawan kawan cik en tak tahu cik en rabun. Sebabnya cik en pakai yang natural. So memang tak la korang nak nampak kan? Dan juga cik en ini jenis tak boleh tengok orang lama lama so mungkin dari situ ramai yang tak perasaan macam ada satu selabut diatas mata hitam cik en. Tapi pasal polis tu, cik en berjaya tau! Tapi PVR jela, Polis Sukarelawan. Hai.. jadilah memenuhi cita cita dari kecil dulu. Korang boleh baca di Kursus Asas Sukeralawan Simpanan Polis Siri 6/2012 dan Cik En Jadi Polis Pulak . Merasa la memakai baju polis 


Sebenarnya nak bagitau 1 rahsia, cik en ini memang tak ikut langsung tau aturan pemakaian lens. Kadang kadang.. mmm kerap la cik en akan tertidur dengan lens. Lepas itu cik en akan pakai melebihi masa yang ditetapkan, macam patut 12 jam cik en bantai sampai 24 jam. Tapi alhamdulillah, buat masa ini mata cik en masih ok sebabnya cik en amalkan tip penggunaan kanta lekap ini dan Produk Terbaru Untuk Pengguna Contact Lens walaupun ada dalam itu cik en tak ikut. Hahahaha. Yang penting cik en akan cari yang berkualiti dan trsuted. Cik en pernah menang contest dari menang contact lens dari Optix. Save la sikit budget cik en masa itu. Tapi punyalah jauh cik en tuntut hadiah itu. Kat Penang nun...

Cuma dalam 3 bulan ini cik en berani pakai yang berwarna. Cik en memilih warna Pure Hazel dari Air Optix juga. Sebabnya untuk lens Air Optix ini walaupun jenis colour mereka masih menggunakan lens yang sama cik en pakai selalu. So takkan ada rasa tak selesa la. Dan bila cik en pakai memang tak ada rasa kelainan langsung. Sebab itu cik en setia dengan Air Optix. 


Tapi bila pakai bewarna ini, lens senang menarik kekotoran lebih banyak dari lens yang natural, so sebabkan cik en pakai tak ikut aturan macam lens biasa so mata cik en tak berapa ok selepas 3 4 kali pakai. Bukan salah Air Optix tapi cik en sendiri yang tak pakai ikut yang diarahkan. Hihihi

Ini simpanan contact lens cik en sekarang ini.


Banyak kan? Tapi sebenarnya tak banyak mana pun, cik en terpaksa beli banyak iaitu 2 kotak setiap lens. Cik en ini powernya berbeza, so kena la beli 2 kotak. Tapi cik en dapat promosi so cik en beli 2 pek setiap power. Bagi cermin mata pula cik en 2. 


Ini gambar lain yang cik en pakai cermin mata


Korang rasa mana lebih ok, pakai spek atau pakai lens? Kalau nak tengok balik koleksi cermin mata dulu, cik en kena cari balik album lama lama dan ada spek yang rare. Hahahha. Huduh tapi sekarang jadi trend pulak. Haahah. Ok la panjang lebo entri cik en kali ini yerk. Anyway cik en sahut cabaran untuk taip 1000 words untuk satu entri. Rasanya dah cukup ini 1000. 

Sampai perkataan last diatas, dah 1181 patah perkataan. So tersahutlah cabaran oleh Tuan Haji Amir Denaihati. Ok, next time cik en story lagi hal cik en. Jarang kan cik en nak story hal cik en sendiri dalam blog. Bukannya apa kadang kadang sibuk sampai tak sempat. Bila dah tak sibuk idea pulak tak datang. Hahahha. Ok.. Da semua....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Shoplinks.Asia

Ads