Peringatan Untuk Pemandu Yang Melalui Jalan Sayong ke Parit Kuala Kangsar

Peringatan Untuk Pemandu Yang Melalui Jalan Sayong ke Parit Perak | Disebabkan cik en melalui jalan ini untuk ke Manjung, cik en nak kongsi sikit peringatan kepada semua pemandu pemandu yang melalui Jalan Sayong ke Parit Kuala Kangsar. Jalan ini sebenarnya salah satu jalan alternatif bagi sesiapa yang dari Utara nak ke Klang, Kuala Lumpur dan sekitarnya kalau tak mahu menghadap kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Kangsar - Terowong Menora - Ipoh terutama waktu perayaan atau cuti.

Displaying 20170528_205836.jpg

Kalau korang nak melalui jalan ini, korang boleh keluar tol Kuala Kangsar dan menuju ke Sayong melalui Jambatan Sultan Abdul Jalil. Dari situ korang belok ke kanan dan akan melalui Sayong-Kampung Bendang Kering - Kampung Buaya - Kampung Menora - Kampung Kubang Pekan - Senggang - Kampung Bekor - Kampung Mandah. Selepas itu belok ke kiri untuk ke Pekan Parit dan ke kanan untuk ke Tanjung Belanja. Dan nak dipesankan laluan ini sangat sunyi dan agak menakutkan pada sebelah  malam jika tak pernah melaluinya. Tempat ini sangat sesuai la buat pengambaran macam movie Highway Karak. Hahahhaha

Selepas sahaja Kampung Mandah, korang akan masuk sempadan daerah Perak Tengah dan kawasan ini dah ada jalan yang besar seakan akan highway berbanding dulu yang kecil dan sempit. Kawasan ini lah korang kena berhati hati, sebabnya ada individu individu yang akan cuba merompak dengan cuba mem"block" kenderaan korang. Selain itu kawasan ini ada ternakan macam lembu yang suka melepak di atas jalan raya.Berhati hati takut nanti berlaku kemalangan pula. Dan terakhir ada satu tempat berhampiran dengan tapak perlupusan sampah dan jalannya agak berminyak. So time hujan berhati hati, takut terbabas. Jadi berhati hatilah kalau melalui laluan atau jalan ini ye. Pesanan ikhlas dari www.nurfuzie.com . hahahaha


Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. terimakasih atas peringatan, alhamdulillah, setakat ni tiada apa2 yg buruk terjadi spjg saya gunakan jalan ni. laluan ini biasa digunakan mereka yg datang dr bota, parit, batu gajah, tronoh & kaw sekitar utk ke utara. memang sunyi tapi kondisi jalan mmg baik. dinasihatkan guna waktu siang sahaja, kalau malam gunalah jalan manong - tjg belanja jika perlu (byk kg. di sekitar jalan ni). kalau menjelang cuti panjang jalan sayong - parit ni tak sunyi, kenderaan seperti di litar lumba, kenderaan dipandu laju sedangkan kawasan memang gelap dan dikelilingi hutan tebal.
    alert sentiasa kawan2 di mana saja.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post