www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-03-19

Pengalaman Pertama Cash Out Shopback


Pengalaman Pertama Cash Out Shopback | Shopback merupakan laman web yang mana memberi pulangan tunai kepada member apabila shopping di gedung online popular di Malaysia seperti Agoda, Lazada, My Booking, hotels.com dan sebagainya. Cik en sendiri pernah review sebelum ini mengenai ShopBack dan cik en sendiri telah mencuba dengan menggunakan web tersebut untuk shopping di Lazada dan Booking.com semasa percutian ke Melaka tahun lepas. 


Diatas adalah screenshot akaun cik en yang mana dah masuk ke akaun bank cik en. Yey! Walaupun sedikit tapi cik en sendiri membuktikan artikel cik en memperkenalkan Shopback boleh dipercayai dari pengalaman sendiri. Tapi walaubagaimana pun, Shopback perlu menambahbaik beberapa aspek untuk kebaikan Shopback. Pengalaman menggunakan Shopback lebih kurang 4 bulan setengah bermula 1 Disember 2016 sehingga 17 Mac 2017. Ianya pendapat peribadi cik en dan harap pihak Shopback boleh ambil mana yang baik untuk improved lebih baik.


  • Laman web yang dikemaskini perlu cepat dan pantas

Cik en mengalami masalah untuk login Shopback beberapa minggu yang lepas. Bukan sehari tapi beberapa hari. Sebabnya cik en nak semak berapa hari lagi cik en boleh reddem cash cik en melalui PC. Tapi button login tak ada! Cik en cuba menggunakan beberapa PC yang lain dan browser yang berbeza. Tapi still tak boleh cari button login. Kemungkinan web Shopback sedang di kemaskini. Cuma kenapa ambil masa yang agak lama. Tak pastilah kalau masalah itu, hanya cik en saja alami. Apa apa pun, make your web mesra dengan semua browser dan pelanggan. Sebabnya time nak shopping ini bukan kira masa kan? Ataupun boleh emailkan kepada pengguna yang laman web sedang dikemaskini. 


  • Masa redeem yang lama

Yang ini diakui sendiri oleh cik en sebabnya ianya mengambil masa yang agak lama 30 ke 45 hari. Tapi ianya standard sebabnya payment review oleh cik en pun mengambil masa sebegitu. Jika pelanggan Shpback adalah seorang blogger, kemungkinan besar, mereka memahami tapi kalau bukan blogger, ianya agak kurang diminati oleh mereka. Oleh itu, Shopback kena lebih variasikan untuk membantu pelanggan sabar menanti jangkamasa yang panjang itu. Apabila lama sangat ini, ada yang sampai terlupa dan ada yang kurang berminat. Mungkin shopback boleh buat contest atau promosi yang lebih kerap untuk memberi kesetiaan pelanggan kepada shopback. Sebabnya Shopback ini best so kena lebih kreatif untuk tarik ramai pelanggan. 


  • Pengiklanan / Banner

Yang ini cik en cuma nak kongsi pengalaman cik en dengan shopping online yang lain. Shopping online yang lain mempunyai banner sendiri yang mana kita boleh copy dan paste di blog masing masing untuk pengiklanan. Atleast ianya dapat mempromosikan Shopback melalui blogger yang rasa ianya membawa kebaikan kepada pembaca. Kiranya seperti affiliate. Cik en sendiri dah godek web shopback tapi cik en tak jumpa bahagian tersebut. Kalau ada, boleh la share link tersebut ye. 


  • Pelbagaikan lagi shopping online di bawah Shopback

Shoppe tak ada dalam Shopback. 11street juga pun tak ada. So kalau boleh tambahkan lah shopping online dari semasa ke semasa mengikut pilihan kaki shopping online. Shopback boleh buat survey mengenai pilihan web shopping online untuk bantu Shopback mengetahui trend terkini web shopping online. 

Fuuh.. bila menaip ini tak sedar banyak pula yang ditaip. Rasanya sikit je dalam kepala otak ini untuk komen. Hahahha.. Anyway, i love Shopback cuma Shopback kena improved untuk bersaing dengan yang lain. I think, Shopback tak la bersaing sangat cuma memberi kebaikan kepada kaki shopping untuk save duit mereka. Jadi ianya dikira keuntangan kepada kaki shopping right?

Entri ini bukan saja nak share pengalaman cash out shopback tapi untuk join competition yang dianjurkan oleh iPrice. Competition ini membantu improve Online Shopping di Malaysia. Kalau korang blogger dan korang rasa korang nak beri komen membina pada online shopping korang, boleh la sama sama dengan cik en untuk join di iPrice Blogger Competition. Manatahu kalau sampai rezeki korang tu, korang boleh menang RM750 cash! Kalau tak pun dapat membantu kaki shopping diluar sana untuk dapatkan perkhidmatan yang lebih baik.

5 comments:

Dunia Zumal said... [Reply]

Nak daftar juga ler

Syuhada Salleh said... [Reply]

tahniah cik en!

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said... [Reply]

Wah ..tahniah sis ..

MiaZain said... [Reply]

wah syoknya, walaupun sikit, lama-lama nanti jadi bukit kan. hehe

Jun Zie said... [Reply]

ju dtg blogwalking =)

sikit2 pun lama2 jadi bukit juga nnti kan.. alhamdulillah tetap rezei wlu sedikit =) thniah tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads