www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2017-03-19

Merangkak la kau di Padang Mahsyar


Merangkak la kau di Padang Mahsyar | Melakukan kesalahan dan memerima kemaafan mungkin mudah. Tapi yang dapat impak dari kesalahan dan memberi kemaafan terhadap kesalahan tersebut sangat susah untuk diterima dan diberi. Pasti ada perasaan marah, sakit hati, dan sedih. Semua itu akan bawa kepada dendam. Dan yang keluar dari mulut " Merangkak la kau di Padang Mahsyar cari aku nanti ". Megah ke dengan berkata sebegitu? 

Ayat diatas ini, cik en pernah dengar di rancangan ilmu di televisyen. Dan ianya buat cik en berfikir, cik en seorang yang pendendam dan suka simpan didalam hati. Kerana cik en dulu seorang yang sangat sentitif dan tak suka langsung mencari musuh. Jadi ada yang ambil kesempatan untuk mempergunakan kedaifan dan kepolosan (bahasa sastera sikit erk) cik en masa itu. Bila dipergunakan, mulalah dendam bersarang di hati. Tapi tidaklah sampai membalas dendam macam cerita drama sangat tu..  cuma pendam di hati ini. Bukan sekejap malah ada yang bertahun tahun. Mungkin kerana itu, cik en dapat simpton simpton penyakit Anxiety Disorder (AD). Hahaha. So cik en nak pesan mana yang selalu pendam rasa, berdendam dan apa apa yang berkaitan baiklah korang muhasabah diri sendiri. Jangan jadi seperti cik en ye. ianya memberi kesan mendalam dan juga mempengaruhi kehidupan korang selepas itu. Dulu cik en selalu kata "merangkaklah kau cari aku di Padang Mahsyar nanti, sampai mati aku takkan maafkan kau" sampaikan tanpa sedar ianya memakan diri cik en sendiri. Bukan saja di dunia saja tapi di akhirat nanti tau.


Kata ustaz di dalam rancangan tersebut, " kalau di Padang Mahsyar nanti, orang yang kau tak maafkan dan merangkak mencari kau, maknanya kau pun merangkak lah untuk masuk ke Syurga atau Neraka. Merangkak tau, bukan berjalan atau berlari. Ambik masa yang lama kan? Korang kena selesaikan urusan korang dengan manusia lain semua sebelum masuk step seterusnya. Walaupun hanya untuk memberi kemaafan. Tak ke membuang masa sedangkan semua ini boleh selesai masa di dunia lagi" Terkesima (pergh ayatttt) cik en mendengarnya.. Alhamdullilah sangat sebab Allah buka kan hati cik en tengok rancangan ilmu tersebut. Mungkin dengan cara ini juga, Allah bantu cik en untuk mengurangkan penyakit AD cik en tu. Setiap hari berdoa pada Allah untuk bantu cik en lalui hari hari cik en sebegini, dan dengan cara tersebut Allah bantu cik en kan? Alhamdullilah...

Dan nasihat ustaz itu lagi, memaafkan lebih baik walaupun ianya pahit dan sakit. Kenapa lebih baik? sebabnya korang akan dapat 1 ketenangan yang korang tak pernah rasa sebelum ini. Ketenangan itu akan buat korang rasa lebih bersyukur kerana korang akan jadi lebih baik dan matang dari sebelum ini. Tanda Allah sayang dengan berikan ujian. Tanda kita sayangkan Allah dengan menerima kesemua ujian tersebut dengan redha dan tenang. Ada hikmah yang Allah nak bagi pada kita. Cubalah korang maafkan seseorang yang mengumpat korang, tapi ikhlas tau! lepas itu, korang akan rasa otak korang akan free dan korang automatik akan nampak betapa luasnya dunia ini untuk kita gembira dari menghadap sakit hati kita itu yang tak bawa ke mana mana. 

Harap cik en akan lebih ikhlas maafkan orang lain walaupun agak sukar. Dan juga cik en berharap orang lain pun akan memaafkan kesilapan dan kesalahan cik en pada mereka jika cik en buat mereka dalam sedar atau tidak.  Jadi janganlah bangga sangat dengan ayat " Merangkak la kau di Padang Mahsyar" ye. Sebabnya akan terpalit sekali dengan kita ye.. dan buat urusan kita di Padang Mahsyar nanti tersangkut sangkut.  Rugiiii...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads