www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-03-04

Kisah Kuda Di Langgar Kereta


Kisah Kuda Di Langgar Kereta | Entri ini cik en hanya nak kongsikan pengalaman kerja cik en dalam merawat kuda. Kes kuda ini dilanggar kereta malam sebelum rawatan dibuat. Ada 2 ekor. Jantan dan betina. Menurut owner, ada yang buka tali stable kuda ini. Kejadian berlaku 10.30 malam. Dikatakan kereta yang langgar jenis kancil. Kancil langgar kuda, mestilah kancil kalah kan? Hahahaha. Tapi tiada sebarang report atau apa apa tuntutan dari kereta yang melanggar sehingga entri ini ditaip. 

Cik en datang ke stable kuda yang dijaga oleh Hanna atau nama panggilan Ana jam 1.00 petang. Mulanya nak jahit sebabnya ada luka berlubang. Tapi dah mula membengkak dan tak boleh nak dijahit. Kalau boleh pun kena biuskan. 


Dah dibahagian lain ada luka seperti tersiat. Bahagian hidung pun ada kesan luka dan bibir sedikit terkoyak. 


Dan lagi seekor bahagian kakinya sedikit bengkak tapi tak patah atau seliuh. Kemungkinan kesan hentaman yang kuat. 


Rawatan basic dressing saja cik en buat. Sebabnya tak ada tenaga lelaki, hanya cik en dan Ana saja yang ada. Jadi cik en buat dressing luka dan pemberian antibiotik dan vitamin untuk kedua dua ekor kuda. Yang kaki bengkak cik en tak boleh nak buat banyak hanya boleh wound spray saja sebabnya kuda tak beri kerjasama. Mungkin kerana sakit sangat. 


Tapi cik en kena repeat semula rawatan. Dan kuda ini perlu dibius untuk berikan rawatan lebih baik. Untuk itu, insyallah cik en akan story untuk next entri ye. 

3 comments:

Mieza S said... [Reply]

alaa kesiannya kuda ni. mesti pedih .

Normi Nieza said... [Reply]

cianya dia..huhu

Nur Alja said... [Reply]

Kesiannya kuda ni Cik en T_T Nampak mata dia macam nagiss. Kita yang manusia tersepit jari pun dah meraung, ini kan pula haiwan, lagi tak reti mengadu. Semoga sihat sedia kalaaa Kuda-kuda yang comel :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads