www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-02-13

Susah Jumpa Peniaga Melayu Buka Berniaga Waktu Pagi


Susah Jumpa Peniaga Melayu Buka Berniaga Waktu Pagi | Sebenarnya susah atau jarang untuk cik en jumpa kedai melayu yang dibuka awal pagi. Lagi lagi kalau anak anak muda. Ramai Melayu yang monopoli perniagaan tengah hari untuk nasi campur dan malam sampai ke awal pagi untuk western food. Kalau ada pun ,di waktu pagi banyak kedai tepi tepi jalan yang jual nasi lemak bungkus dan kuih muih tapi selalunya makcik dan pakcik la kan? Adakah kerana menu pagi itu tak sebanyak menu masa makan yang lain? Sedangkan kata orang orang lama, bangun pagi la rezeki akan masuk lebih banyak. Selalu juga cik en blur kalau keluar sarapan seawal pukul 7 pagi, sememangnya tak ada kedai melayu pun yang buka dikawasan cik en dan kalau ada kedai kopi Cina. Walaupun menunya roti bakar dan kopi tapi setiap pagi sentiasa penuh dengan orang ramai. Kenapa la Melayu tak cuba untuk sesuatu yang baru iaitu buka kedai untuk sarapan pagi seawal 6 atau 7 pagi. 

Tapi tadi kan, rakan fb cik en Mizie Suhaimi ada post status mengenai satu food truck yang dibuka awal pagi yang mananya menunya kopi dan espresso. Mungkin satu hari nanti, dia akan start dengan roti bakar dan kuih muih pula kan?



Nampak macam cool pulak, food truck dibuka di waktu awal pagi. Boleh lepak lepak sambil tengok televisyen. Rasanya ini 1st time cik en tengok trend ini. Selalunya malam malam. Pandai abang food truck ini buat kelainan kan? Kalau malam dah menjadi kebiasaan, tapi waktu pagi ini satu benda yang baru dan tak banyak saingan lagi. Apa apa pun harap ianya mampu beri satu peluang dan idea yang bernas pada food truck yang lain. Terima kasih pada Mizie Suhaimi atas gambar diatas. Dan juga Good Luck pada abang food truck ini. 

2 comments:

eima said... [Reply]

betui tu ....
klu nak sarapan sblm pukul 7 mmg tak dpt la ....
hanya kedai mamak je buka 24jam ..mamak la pilihannya ....
org melayu selagi tak matahari muncul kedai tak buka

Lea Azleeya said... [Reply]

Waaa menarik.. Nasib baik dekat tempat lea ramai yang meniaga dipagi hari...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads