www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-02-14

Happy Anniversary Yang Ke 5 awaa...


Happy Anniversary Yang Ke 5 awaa... | Dup dap jantung ini juga masa mula mula berjumpa dia dulu. Tarikh 14 Februari 2012 kali pertama cik en jumpa dia. Walaupun awalnya bukan cik en nak sangatkan dia. Tapi kerana terpaksa cik en bersama dia. Tapi semakin lama, hati semakin sayang dan akhirnya jatuh cinta bersamanya. Benar la kata orang, tak kenal maka tak cinta kan? Terus teranglah rupanya tidaklah sekacak yang lain - lain, tidaklah sekaya yang lain - lain tapi dia banyak bersama dengan cik en sepanjang 5 tahun ini. Dia la tempat cik en mengadu, menangis, marah dan bentak membentak. Dia la juga bersama cik en dari utara Malaysia ke Selatan Malaysia untuk travel. Tak kisahlah bersama keluarga atau sahabat. Tak pernah sesekali buat hal lagi sehingga saat ini. 

Pernah la sesekali meninggalkannya tapi hati akan teringat dan memberontak untuk bersama dia walaupun belum sampai 24 jam lagi berpisah. Nak ceritakan perasaan itu tak tahu la macamana tapi cik en dah terasa macam dia sangat penting dalam kehidupan cik en. Dulu pernah berjanji untuk berkongsi dulu hanya tinggal janji. Sebabnya cik en tak sanggup berjauhan dengannya. Nampak macam nak membolot tapi cik en tak mampu untuk berjauhan. Nampak tak adil, tapi peduli apa cik en kan? Macam kisah dia bersama ibu bapa cik en ke Terengganu dan Kelantan pada tahun 2013 dulu, sampai tak tidur malam menahan rindu. Gila sungguh kan perasaan cinta ini? 

Setiap tahun, cik en wajib sambut ulangtahun kami. Kebetulan jatuh pada Valentine Day. Tapi kami tak adalah nak sambut Valetine Day tu sebabnya bukan budaya kita kan? Setiap tahun, wajib kena ada hadiah untuk dia dan daripada nilainya demand sangat masa awal awal dulu tapi cik en turutkan juga dan sekarang dah boleh la bernafas dengan hadiah yang semakin tahun semakin rendah nilainya. Apabila cik en ada budget lebih, semestinya cik en akan selitkan hadiah tambahan pada dia. Apa apa pun cik en akui, cik en sangat sayang dan tak kan benarkan sesiapa yang cik en tak yakin untuk bawa dia. 

Sekali lagi saya nak ucapkan Happy Anniversary Yang Ke 5 kat awaa.. Mr Barney!


p/s : Suspen tak story cik en ini? Hahhahaha. Anyway sebenarnya mr barney adalah kereta cik en.

9 comments:

Shahida Dzulkafli said... [Reply]

Hahaha.. cik En nie memang tau.. pagi2 dah buat orang suspens..

PeRdU cINta said... [Reply]

Alhamdulillah 5 tahun dah ya bersama...saling memerlukan satu sama lain..saling menjaga juga..moga terus bersama dengan gembira..hihi..

Jun Zie said... [Reply]

amboiiii ! ju ttnya2 sepa gerangan insan btuah tu rupa nya kreta wahaha

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

yui dh agak msti kereta..hihi

banyak jasa tu

Anum Abdullah said... [Reply]

wah....alza eh..

Normi Nieza said... [Reply]

fuhh..igt pakwe mana la td..:)

eima said... [Reply]

hmmm tak pernah lagi baca cik en buat luahan hati ni ....
tu yg buat ai konpuis .... sama ada buah hati pengarang jantung ke ape ni


tp klu ni utk buah hati pengarang jantung ...ai doakan cik En bahagia dan kekal hingga jinjang pelamin .... ni mesti dah dekat sgt dah tarikh kot tu yg entry cik ni berunsur romantika sikit ni kan .. hihihi im happy for you dear

Dunia Zumal said... [Reply]

Happy anniversary cik en dan mr barney. hehe ^-^

Rozita Abdul Rahman said... [Reply]

hihi dah agak bila baca sampai part travel tu.. insyaAllah bila kita hargai dia akan sentiasa baik dgn kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads