www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2017-04-20

Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing Dengan My Pet Vet

Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing Dengan My Pet Vet | Ingat tak kisah Atan sikucing yang luka di bahagian muka dan yang paling parah dipenuhi dengan beratus ratus ulat dan nanah. Hanya orang ada pengalaman kendalikan haiwan kucing bernanah ini akan tahu "feel" wangian nanah dan ke"geraman" melihat ulat keluar masuk dalam luka. Hahaha. Kucing itu dah sembuh tau? Alhamdullilah.. Selain daripada rawatan biasa dibuat,ada cara mudah rawat luka berulat kucing dengan membekalkan satu spray ajaib untuk merawat kulit dan luka. Semestinya ianya lebih baik daripada manggot spray yang bertoksik ada di pasaran. Spray ini dibuat daripada bahan semulajadi dan bebas toksik. Nak tahu cik en berikan spray ajaib apa? Cik en berikan My Pet Vet keluaran Furley Bioextracts untuk kak Shimah owner si Atan ini. My Pet Vet 100% dari bahan semulajadi untuk merawat luka dan kulit. Bayangkan My Pet Vet ini mampu untuk merawat luka si Atan yang ada kata tak ada peluang untuk Atan sembuh. 

Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing


Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing Dengan My Pet Vet


Sebelum itu, sesiapa yang terlepas cerita Si Atan ini di Kisah Kucing Luka Berulat Di Muka  penghujung bulan Februari yang lepas, meh cik en story balik, Kucing tersebut nama Atan dan Atan ini tak balik balik rumah. Balik balik je, muka dah berulat dan separuh muka tak ada. Cik en buat treatment dan bekalkan My Pet Vet ini sebabnya luka di muka ini merangkumi mulut, hidung dan mata. Bukannya cik en tak boleh suggestkan wound spray seperti magtox, tapi memikirkan peluang matanya untuk sembuh tinggi, cik en memilih memberi My Pet Vet ini. Kenapa cik en memilih My Pet Vet? 


Sebabnya ianya Natural, No Chemicals. Painless dan Odorless. Selamat bukan untuk haiwan tapi manusia juga. Bahan asasnya adalah extract kulit manggis yang mana dapat mengurangkan sakit dan jangkitan. Sebabnya ianya dapat menghapuskan harmful bacteria dan kalau haiwan terutama kucing (yang suka menjilat) menjilat ianya tidak memberi keracunan pada kucing tersebut. 

Nak tengok muka Atan yang terbaru? 







Kiranya dalam 1 bulan, Atan dah jadi handsome semula. Hahaha. Abaikan gambar last, dia kenyitkan mata pulak. Dan yang best, matanya sihat dan normal semula. Yang tinggal hanya parut saja. Insyallah, lama lam bulu akan tumbuh sepenuhnya. 


My Pet Vet bukan saja effective pada luka berulat saja, ianya boleh untuk :
  • Fungas
  • Kulit mengelupas (Scaly skin)
  • Kutu (Mites)
  • Luka Pembedahan
  • Small Wound
My Pet Vet sangat sesuai untuk
  • Kucing
  • Anjing
  • Burung
  • Mamalia
  • Antiseptik barangan rumah 

Korang berminat untuk mendapatkannya? ini details nya. 

My Pet Vet
For Skin And Wounds
Natural botanical Remedy
Harga : RM 48.00
Details lanjut di My Vet Pet

Kalau rasa susah nak singup, boleh je beli melalui cik en. 


2017-04-19

Bateri Kereta Kong? Terus Ingat Bateriku.com

Bateri Kereta Kong? Terus Ingat Bateriku.com | Kereta cik en dah 2 kali tukar bateri. Walaupun baru berusia 5 tahun. Ingat lagi kali pertama bateri kereta kong. Masa itu cik en di Sungai Petani. Cik en mengiringi arwah sahabat baik abah cik en. Dalam keadaan kecemasan, cik en terus ke sana bersama keluarga dan terlupa untuk check air bateri. Kereta cik en masih menggunakan bateri basah. Masa nak balik ke Perak, cik en cuba hidupkan tapi tak boleh, tapi dari bunyi dah tau dah, bateri kereta kong. Masa itu mulalah gabra semacam sebabnya dah malam, kedai dah tutup. Kali pertama pulak itu. Tiba tiba cik en teringat dengan Bateriku.com . Nasib ada Bateriku.com! 

 Bateri Kereta Kong
 Bateri Kereta Kong


Siapa Bateriku.Com


Merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Green Inisiatif Sdn Bhd kepada pelanggan pelanggan yang mempunyai masalah bateri kereta dimana saja berlaku. Terdapat cawangan mereka di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor,Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Kenapa Bateriku.com menjadi pilihan bila bateri kereta kong

  • Harga tetap, murah dan semestinya tak ada caj caj tersembunyi 
Kalau korang perasan kan, kalau korang beli apa apa pun, yang dinyatakan hanyalah harga permulaann. Lepas itu mulalah ada caj pemasangan la, caj penghantaran la. Tapi dengan Bateriku.com ini harganya tetap dan murah berbanding pesaing mereka yang lain
  • Semestinya penghantaran, check bateri kereta korang serta pemasangan PERCUMA. Hanya bayar harga bateri saja
Macam cik en terangkan sebelum ini, korang hanya bayar harga bateri yang ditukar sahaja. Yang lain PERCUMA
  • Vin Battery 
Yang ini cik en baru tahu, setiap bateri ada VIN. Apa itu Vin?  VIN ialah Vehicle Identification Number, kod unik bersama nombor siri digunakan oleh industri Atomotif untuk mengenalpasti kenderaan bermotor. 
  • Big Battery
  • Ada di mana mana saja dari Perlis hingga ke Johor Bahru
So kalau korang tinggal di mana mana saja, korang boleh dapatkan perkhidmatan Bateriku.com ini. Mungkin korang berasal dari Perak macam cik en dan bercuti di Johor. So tak perlu cik en pening kepala nak cari mekanik di Johor ini. Bukannya cik en tahu kat mana ada workshop kan. Sebabnya hanya bercuti. So hubungi Bateriku.com. Senang dan mudah. 
  • Mobile Technician (MOTEC) yang terlatih, berpengalaman dan ramah serta boleh dipercayai 
Bateri Kereta Kong

Mobile Technician ini yang akan datang jumpa korang. Dan macam cik en ini, dah la perempuan, semestinya kita was was kan? Lelaki pulak tu, tapi dengan Bateriku.com ini korang jangan risau, mereka sangat dipercayai dan berpengalaman. 
  • Warantinya pula lama dari 12 hingga 30 bulan dan servisnya di cawangan mereka
Selalunya cik en kalau beli bateri, warranty hanya 12 bulan je, lepas itu dah habis warranti, tapi dengan Bateriku.com ini pula boleh sampai 30 bulan. Dan kalau nak tuntut boleh ke cawangan cawangan mereka di setiap negeri. 
  • Waktu servis bermula 7 pagi hingga 1 pagi 
Kalau bab bateri kong ini bukan tentu masa, pagi pagi nak pergi kerja juga nak buat halnya. So Bateriku.com ini akan mula servis mereka seawal 7 pagi hingga 1 pagi . 
  • Kalau korang ada persatuan macam kelab kereta ke, jkkk taman atau badan badan korporat, mereka boleh juga buat Program #FreeChecking secara PERCUMA (bergantung pada tempahan)
Yang ini kalau korang yang de team team kereta ke, boleh la dapatkan #FreeChecking ini. Jadikan dalam tentitif program korang. 

Sangat Mudah Untuk Hubungi Bateriku.com 

Bateri Kereta Kong

TOLL FREE 

1 800 22 2324

Whatsapps

Untuk kawasan Lembah Klang, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis 
Untuk kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor 

Download apps di Google Play Store dan Apple App Store

Mobil App BATERIKU.COM
Mudah, cepat & anda boleh "track" pergerakan Mobile Tecnician kami.

Bateri Kereta Kong

NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com & Dealer & Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) & Rakan Wokshop & Rakan Tow Truck

Korang pula kalau berminat menyertai BATERIKU.COM ini di seluruh negara bolehlah mohon secara on-line di 
 Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> lRakan Wokshop >> Rakan Tow
Jadi ini tips ini cik en share sebabnya cik en yakin yang Bateriku.com ini boleh korang harapkan. Jadikan Bateriku.com sebagai peneman korang untuk perjalanan harian dan jauh.
Mungkin korang berminat untuk baca Jangan Tinggalkan Botol Minyak Hitam Selepas Servis Kereta

2017-04-18

Panduan Selepas Pembedahan Untuk Kucing Atau Anjing

Panduan Selepas Pembedahan Untuk Kucing Atau Anjing | Ingat cik en membebel tadi pasal penjagaan selepas pembedahan kucing atau anjing? Cik en suka bab bab jahit menjahit ini. Mencabar bila ada potong kaki ke, potong tangan ke atau potong apa apa la. Masa ini kita kena guna otak kita sepenuhnya untuk berfikir. Dimana patut dipotong, dimana patut jahit, yang mana boleh dibuang, yang mana tidak. Sebelum potong, make sure salur darah kena jaga, kalau tak terpancut darah merata rata atau bleeding yang sangat teruk. Sama juga dengan pembedahan manusia. Banyak yang perlu dijaga. Dan bila semuanya dah selesai, dan cik en serahkan pada owner dalam keadaan yang baik, tiba tiba 3 hari selepas itu datang semula dengan luka terbuka sebab benang terputus. Haiyaaaaa... stress gila rasa. Bayangkan lah, korang dah kerah otak 3 hari lepas dan datang semula dengan luka yang baru. Rasa lemah je nak ambil kes itu balik. Tapi kena buat juga la. sebab itu cik en buat juga entri Panduan Selepas Pembedahan Untuk Kucing Atau Anjing ini

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Untuk kes di atas ini, masa potong kaki, bukan cik en yang buat sebabnya cik en kena cover rawatan biasa jadi senior cik en, En Amir yang buat. Anjing dalam keadaan yang baik dengan jahitan kemas dan bersih sebelum diserahkan pada owner. Dan sebab itu, cik en tak story kisah awal. Sebelum owner ambil, cik en dah pesan, beli kolar di petshop. Cari yang sesuai tapi owner cari yang terlalu besar dan anjing ini boleh jilat dan gigit benang jahitan itu. Sebab itu datang balik. Kali ini, cik en yang jahit. 


Tapi ada satu masalahnya, ada tempat luka tak boleh terjahit. Kenapa? sebab kulitnya terbuka luas, tak boleh nak tarik antara kulit ke kulit. Jadi yang itu, terpaksalah cik en dressing (cuci luka) biasa. Cik en try adjust kira kanan untuk jahit, tapi tak boleh. Takkan nak jahit kulit ke daging pulak. Tak boleh ye. Kulit perlu dijahit pada kulit. Daging kepada daging. Kalau jahit juga, akan banyak berlaku masalah nanti. Ada luka di sebelah bawah berhampiran punggung. gambar di bawah ini


Yang ini cik en boleh jahit. Itu pun jenuh adjust kiri kanan. Itu je yang mampu. Yang terbuka luas itu, cik en dressing guna Iodin dan letakkan krim luka, acrifulvine cream. 


1 lagi benda yang mencabar dalam pembedahan haiwan ini adalah bulu. Bulu dia tu kena cukur dulu. Lepas itu, akan melekat lekat. Bulu ini kalau tak dibuang akan berlaku jangkitan di kemudian hari. Bahagian bawah kulit kena betul betul kering, nanah perlu dibuang. 

Ok, kita tengok pulak part kaki yang dipotong sebelum ini. 


Tengoklah, masih ada benang dan ianya terputus. Mesti digigit sampai putus, Yang ini anjing dah mula sedar tau, terpaksa topup pelali tapi anjing masih terasa sakit, cik en guna xylocine (local bius) disekitar tempat nak jahit. Untuk mengurangkan kesakitan. Yang ini pun mencabar, ada luka baru sebab tertarik oleh benang itu tapi cik en berjaya juga jahit walaupun perlu berhati hati. Tarik kuat sangat, terkoyak pulak kulitnya. Ini gambar selepas jahit. Bulu dia memang tak leh nak cukur dah sebab kejar masa sebelum anjing ini sedar. Dah sedar, kena ngap pula tangan cik en. 


Disebabkan ada sejarah, benang digigit, kali ini cik en jahit satu persatu. Tak ada double double. Kalau satu ikat putus, masih ada benang yang lain. Kalau double double ini, satu putus, semua benang akan terputus juga. Benang juga cik en guna saiz 1.0. Dalam bacaan benang ini. Lagi sikit lagi besar dan kuat. Kalau nak jahit lembu atau kambing, kami lebih gunakan tali tangsi (tali pancing) Tapi pemilihannya kena betul, tebal sangat nanti, kulit akan terkoyak. 

Selesai semua itu, cik en letak krim luka sebanyak yang mungkin, time mamai (dibius) ini, masa yang sangat tepat letak krim semua ini. Anjing takkan menjilat. Dah sedar, licin krim tu dia jilat. So kat sini nak kongsi sikit panduan untuk korang. Tak kira la luka pemandulan atau luka sebegini.

  1. Kucing atau anjing akan mamai dalam beberapa jam sebelum betul betul ok. Jadi masa ini, jangan diganggu, biarkan ia rehat sepenuhnya.
  2. Apabila sedar, berikan air dulu, sebabnya sebelum biuskan, haiwan kena puasa 12 jam sekurang kurangnya
  3. Dan siap sedia dengan kolar yang sesuai. Pakaikan. Pemilihan kolar perlu lah betul. Cari corong kolar yang tinggi untuk elakkan dia boleh menjilat atau gigit benang jahit.
  4. Kurung kan dalam sangkar atau ikat dengan tali yang sederhana pendek. Jangan pendek sangat nanti tergantung. Jangan panjang sangat takut dia bergerak kesana sini. 
  5. Kalau dapat kurangkan makanan yang boleh akibatkan gatal seperti ayam. 
  6. Cuci luka ikut nasihat veterinar.
  7. Ubat juga jangan lupa bagi makan. Ini untuk kebaikan haiwan kesayangan korang juga. 
  8. Rujuk ke vet berhampiran untuk dapatkan nasihat lebih lanjut. 

Cik en suka kongsikan semua ini untuk panduan korang. Jaga haiwan sakit ini sebenarnya mudah bila korang ikut nasihat vet. Ianya tidak membebankan jika korang jaga dengan betul-betul. Korang nak ke jaga berbulan bulan disebabkan sikap acuh tak acuh korang jaga pada mulanya atau jaga betul betul dan penat dalam masa seminggu saja? Fikirlah.. cik en dah penat mengomel dah ini. 

2017-04-16

Selesai Register Domain Untuk Marshaliza.com

SPORTING MUMMY

Selesai Register Domain Untuk Marshaliza.com | Alhamdulillah, dalam dunia blogging ini, korang tak boleh berada di satu takuk saja. Sampai masa perlu berubah dalam membina identiti sendiri. Kebanyaakan newbie dalam blogger akan gunakan domain free seperti blogspot.com atau wordpress.com ( hosting yang selalu jadi pilihan). Tapi bila korang dah mula bertapak dan belajar banyak benda baru, korang akan ambil step untuk domainkan blog sendiri. 

Apakah itu domain? Hosting? yang tu korang kena baca entri Jom Bertukar Kepada Domain . Tapi harga dalam itu harga tahun 2012 lagi. Harga terkini korang kena klik Harga Domain dan Hosting NetKL. Cik en memilih NetKL sebab murah dan perkhidmatan mereka sangat mesra dan cepat. Walaupun tengah malam, mereka tetap membalas email cik en. So that why kenapa cik en suggestkan pada kawan kawan menggunakan NetKL. 

Malam ini cik en bantu kawan blogger dari team BLOGGER UTARA kak marsha untuk domain kan blog dia. Nama domain yang lama tersangat la panjang www.marsha-marshashahirnnia.blogspot.my . Panjang kan? lagipun nama url yang panjang tidak bagus untuk blog kita. Jadi cik en suggest beberapa nama pendek dan ringkas. Dalam 3 4 nama, hanya www.marshaliza.com saja yang masih kosong. So cik en pun registerkan dan buat transfer dari domain lama ke domain terbaru. Tak sampai 30 minit selesai. Tahniah kak marsha. 

Selain kak marsha, cik en ada buat untuk blogshop www.kawaidesuconcept.com dan adik manis BLOGGER UTARA www.lyanaishak.com . Alhamdullilah, semuanya ok sampai hari ini. Kalau korang nak berdomain juga boleh la PM cik en di www.facebook.com/nurfuzie ye. Da.. jumpe untuk next entry...

2017-04-12

Cara Mudah Dapatkan Skill Menjodohkan Orang di Lunch Actually


Cara Mudah Dapatkan Skill Menjodohkan Orang di Lunch Actually | Korang ada tak kawan kawan yang masih "single" dan sering mengadu tiada masa untuk mencari jodoh disebabkan kesibukan bekerja dan urusan seharian. Takkan nak mencari dalam masa 2 3 jam di tepi shopping complex dan offer diri untuk dijadikan jodoh pulak kan? Dan ada juga sampaikan suruh korang yang carikan. Tapi kalau korang cari kang, ada je yang tak kena pulak nanti. Sesuai ke? Kang tak sesuai jadi masalah lain. Tapi sekarang ini korang boleh bantu kawan korang dengan mengikuti sesi Matchmaking Masterclass yang dianjurkan oleh syarikat "Lunch Date" terkenal di Asia yang mana cara mudah untuk korang dapatkan skill menjodohkan dan "modern date".

Displaying PIC 1.jpg

Dalam sesi Matchmaking Masterclass ini, founder Lunch Actually sendiri, Ms Violet Lim berkongsi 7 Tips Untuk Menjadi Cupid Terbaik. Tapi cik en nak kongsikan beberapa tips dari tips yang dikongsi itu. Yang lain korang boleh rujuk entri di penghujung entri ini 

  • Minta Keizinan 
Korang jangan la teruskan set date tanpa tanya tuan punya badan. Minta izin dulu. Barulah mereka boleh bersedia dari penampilan dan sebagainya. Korang kalau nak gi interview pun akan diberitahu lebih awal kan untuk bersedia

  • Jodoh Rahsia Tuhan
Setiap kali menjodohkan kawan kawan, takkan semua akan berakhir dengan perkahwinan. Ianya bergantung kepada keserasian masing masing. Jadi kita sebagai Cupid ini takkan dapat rasa keserasian tersebut hanya mereka berdua sahaja. Mungkin ada yang selesa berkawan dan tak lebih dari itu, Mungkin ada minat yang nampak "ngam" tapi minat yang berbeza. 

  • Gilap Skill Matchmaking 
Bila sebut pasal skill atau kemahiran, ianya datang apabila kita sentiasa melakukan perkara yang sama. Jadi menjadi matchmaking yang berpengalaman bergantung pada masa dan alert terhadap aspek dan perspektif.

  • Belajar apa yang perlu dan apa yang mahu
Setiap kita mempunyai pelbagai cara kehidupan, hobi, masala lalu, habit dan ianya perlu mengambil masa. Mungkin tak perlu berpuluh tahun tapi cukup apabila kita mula mengenali mereka. 

Siapa Lunch Actually


Displaying PIC 2.jpg

Lunch Actually telah berpengalaman 13 tahun dan agensi pertama dan terbesar di Asia yang merangkumi Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand. Mereka dah berjaya dalam menjodohkan 90,000 pasangan. Tujuan mereka hanya satu, menjadi tempat date yang selamat dan selesa untuk seseorang yang sangat komitmen dengan kerjaya sehinggakan tiada masa langsung untuk mencari jodoh atau pasangan hidup. 

Displaying PIC 3.jpg

So mana yang single (seperti cik en.. ahahahhaha) boleh la join mereka untuk mendapatkan konsultan percuma. Mungkin nanti korang boleh jumpa jodoh yang sesuai untuk korang. Di Malaysia ada 2 tempat. Di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Detail seperti dibawah 

Lunch Actually

Alamat: Suite A-29-10, Level 29,
Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama, 
Bangsar 59000, Kuala Lumpur
Contact: +603 2282 8310
Email: klcupids@lunchactually.com

Entri yang menarik dibaca mengenai Lunch Actually :
  1. http://nurulzayani.blogspot.my/2017/04/7-tips-terbaik-cara-jodohkan-orang.html
  2. http://www.khirkhalid.com/2017/04/membongkar-teknik-mempertemukan-jodoh.html
  3. http://www.broframestone.com/2017/04/matchmaking-masterclass-by-lunch-actually

2017-04-10

Dalam Diam Buat Ujian Darah Dan Air Kencing


Dalam Diam Buat Ujian Darah Dan Air Kencing | Anyway cerita ini ada kaitan dengan kisah Anxiety Disorder (AD) yang cik en pernah cerita sebelum ini. Cerita mana? Dan apa itu Anxiety Disorder korang godek la ye blog cik en ini. Disebabkan cik en mengalami sedikit Insomnia dan suka timing tak tentu pasal( mengamuk tak tentu pasal ). Jadi cik en ke klinik untuk dapatkan khidmat nasihat. Cik en tak ke hospital kerajaan tau, bukannya berlagak senang tapi kita tahu, di klinik kerajaan ini banyak kekurangan. So Cik en ke klinik swasta dan cik en tak buat di Manjung tapi di Ipoh. Kenapa memilih Ipoh? Itu cik en sendiri tak ada jawapan. Haha. Klinik ini Alpha Clinic di Station 18 Ipoh. Doc yang rawat cik en adalah Dr. Foo Siang Huang dan doc ini baik dan faham masalah sebenar cik en walaupun cik en terang sikit sikit. Rupanya doc ini pernah praktikal di tempat psikiatrik. Bukan semua doc boleh faham masalah pesakit AD ini kalau tiada pengalaman. 

Cik en ke klinik pada 29 Mac 2017 dan doc decide kalau cik en mempunyai AD, cik en dibawah Panic Attack. Sebabnya cik en lebih cemas dalam keadaan tertentu. Tapi... doc perlu buat pengesahan lebih lanjut. Adakah disebabkan Emosi atau Tiriod. Jadi siapa suka mengamuk tak tentu masa itu, better korang check sebabnya Tiriod ini boleh datang dalam pelbagai keadaan bukan bengkak di leher je ye..  So jangan ingat tak ada benjolan korang sihat walfiat ye. Back to story cik en tadi, cik en buat full medical checkup dengan buat ujian darah dan air kencing (urea). Harga di klinik ini RM80 dan dibuat di BP Clinical Lab. Result akan siap dalam masa 2 atau 3 hari tapi cik en tak dapat ke datang dalam masa 2 3 hari sebab waktu bekerja dan jadual padat sabtu ahad. Dan doc bekalkan ubat Amitriptyline Tab 10mg stanby untuk Insomnia. 

10 April 2017, cik en masih bercuti dan cik en ke Ipoh untuk ambil keputusan ujian. Penantian dekat 2 minggu menyeksakan cik en juga. AD ini lain sikit, fikiran mereka tak normal dan rasa risau dia melebihi dari manusia normal. Cuma doc dah pesan dari awal untuk TIDAK GOOGLE apa apa. Sebabnya ia akan menambah kerisauan dan kesihatan kita. So hari ini, cik en datang dalam keadaan emosi tak menentu. Kalau aku Tiriod, macamana kehidupan aku selepas ini? Cik en di sambut mesra oleh Doc dan soalan pertama yang keluar, ada rasa risau? panik? Dan cik en bagitau dari 10 biji ubat, cik en hanya makan 2 biji saja. Cik en makan bila masa perlu dan tak mahu bergantung dengan ubat ini. Korang berdebar tak macam cik en untuk tahu keputusan ujian? Doc ini lambat sangat, dia check itu, check ini, cik en nak tau sakit ke tak.

And lastly, doc terangkan kesemua keputusan ujian. Alhamdulillah, cik en bebas Tiriod. Hemoglobin (darah) ok, air kencing ok, Uric Acid (Gout) pula border (kena hati hati) so kurangkan makan seafood, Liver pon ok, Kolestrol ok tapi kena jaga juga so kena rajin makan oat, Darah cik en B+ (yang ini memang dah tau) cumaaaa.... antibodi cik en pada Hepatitis B zero, kosong, elek. Argh... patutlah cik en kerap tak sihat 3 4 tahun ini. Bila demam, teruk sangat. Rupanya Anti-HBs Non-Reactive. So doc suggest untuk berikan injection 3 kali untuk tahun ini. Bulan 0, 1 dan 6. Kiranya 10/4/2017, 10/5/2017 dan 10/10/2017 untuk wujudkan balik antibodi dalam badan. So, cik en terimalah dengan bayaran RM35 perinjection. Untuk Hepatitis B ini, cik en story lain kali la ye, sebab cik en kena study balik mengenai sakit tu. 


And last, cik en pulang dengan senyuman. Cuma cik en nak mencari Possion Flower yang mana ianya suplemen baik untuk pesakit Anxiety ini. Yang itu juga, cik en akan story next next next entri. OK? So malam ini, cik en boleh tidur dengan senyuman. Yeah!!!!

2017-04-04

Review Marina Island Pangkor Resort & Hotel


Review Marina Island Pangkor Resort And Hotel | Kebetulan Kelab Sukan dan Kebajikan Veterinar Jabatan cik en memilih Marina Island Pangkor Resort And Hotel sebagai tempat berlangsungnya Family Day DVS Perak dan Anugerah Pekerja Cemerlang bagi tahun ini dan alang alang cik en nak review sedikit mengenai Marina Island Pangkor Resort And Hotel ini. Marina Island Pangkor Resort And Hotel terletak di Marina Island berhampiran dengan TLDM Lumut. Marina Island Pangkor Resort And Hotel sangat sesuai dijadikan tempat Ghatering, Family Day, percutian bersama kawan kawan atau keluargaMarina Island juga merupakan terminal kedua feri untuk pelancong dan pengunjung ke Pulau Pangkor. Jarak Marina Island Pangkor Resort And Hotel dari Teluk Batik 4.3km, Lumut 6km, Seri Manjung lebih kurang 7.8km, Sitiawan lebih kurang 12km dan Ipoh 84 km. 

Marina Island Pangkor Resort And Hotel ini berbeza dengan hotel yang lain dan ianya sangat selesa macam korang duduk di rumah.Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini mempunyai lebih kurang 360 bilik. Korang boleh memilih 1 bilik tidur, 2 bilik tidur atau 3 bilik tidur dalam satu suites. Jadi sangat sesuai untuk percutian keluarga kecil atau besar. Facilities yang ada pada setiap bilik adalah 
  • LED TV
  • Keycard Lock System
  • Minibar atau peti ais mini
  • Long Bath
  • Hairdryer
  • Free WIFI
  • Tea & Coffee Making
  • Selected Hypp TV

Ini bahagian ruang tamu





Ini pula bahagian bilik. Cik en dan kawan cik en duduk di suites 1 room.





Ini pula ruang bilik air 





Berapa harga untuk bilik cik en ini? Yang itu korang kena baca sehingga habis entri ini ye. Next, kita tengok sedikit kawasan persekitaran  Marina Island Pangkor Resort & Hotel.  Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini mempunyai 2 bangunan yang mana ianya bersebelahan saja. Dan harganya pun berbeza juga la ye. Selain itu ada beberapa lagi yang menarik disekitar  Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini.


Restaurant & Dining


  • Terumbu Cafe
  • Bistro
  • Jetty Complex



Convention, Meeting And Exhibition


  • Marina Convention And Exhibition hall (up to 1800 persons)
  • 7 Hotel meeting And Seminar Room (20 to 200 person)
  • Organize Theme Dinner di Pantai


Water Park (Frenzy Water Park)



Hotel And Around The Island


  • Gym
  • Pool Table
  • Beach Foot Ball
  • Table Tennis
  • Swimming Pool
  • Island Hopping
  • Diving
  • Fishing
  • Team Building
  • Diving Course
  • Bicycle
  • Beach Volley Ball
  • Board Games
  • Dart/Carrom
  • Kayak
  • Pangkor Tour
  • Land Tour
  • Garoupa Feeding
  • Telematch
  • Mahjong
Jom kita tengok kawasan sekitar dan apa yang menarik di sekitar  Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini. 






Mesti korang tertanya kan berapa harga setiap bilik kan? Meh tengok sini. 

Harga Marina Island Pangkor Resort & Hotel 2017


Promosi Sempena Tahun Melawat Perak 2017



Tambahan Luxury Sailing Cruises Marina Island Pangkor Resort & Hotel




Cik en perhatikan Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini sangat sesuai dibuat Family Day atau perjumpaan keluarga. Disini terdapat pantai sendiri, kolam renang, bilik yang sangat selesa, harga yang berpatutan dan mendamaikan. Kalau berminat, korang boleh contact detail di bawah ini
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
KM1, Jalan Utama Marina Island, Teluk Muroh, 32200 Lumut
Perak 
016 - 5598100 / 5597400 / 
Telefon : 05 -6832881/3881/4881
Faks : 05 -5597400
Email : reservations@bwpangkor.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads