www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-12-29

Travel Melaka 1 | Syaz Meridien Hotel, Melaka Duck Tours dan Uptown Pahlawan Walk Banda Hilir


Percutian 3 Hari 2 Malam di Melaka | Cik en memilih negeri Melaka sebagai destinasi terakhir bagi tahun 2016. Bermula dengan perancangan 3 orang beberapa minggu sebelum pergi tapi yang pergi hanya berdua saja. Ada masalah yang tidak dapat dielakkan dalam masa 24 jam sebelum pergi. Jadi sebelum korang memilih kawan bercuti, travel atau apa apa perancangan, elakkan cari kawan yang pentingkan diri. Sebabnya sifat itu yang buat korang akan ada masalah nanti. Mungkin tidak sebelum pergi tapi masa travel nanti. Nak diceritakan nanti menyakitkan hati cik en so biarlah ianya menjadi pengajaran pada cik en. Jangan terlalu percayakan orang walaupun kawan rapat sendiri. Sedangkan adik beradik pun boleh jadi masalah apatah lagi orang luar kan? Sebelum deal, better mintak deposit awal awal. Hahahah.

Panjang pulak mukadimah cik en kali ini, lets go ke cerita percutian cik en kali ini. Cik en ke melaka pada 24 sehingga 26 Disember 2016. Percutian 3 hari 2 malam ini merangkumi aktiviti malam di Bandar Hilir, Coconut Shake Batu Berendam, Kuih Keria Batu Berendam, Pantai Klebang, Asam Pedas Pasar Borong dan shopping di area Muzium Samudera. Anyway cik en ada melawat sahabat lama cik en di Kerubong dan terus cari sekolah lama cik en disana. Tak apa, nanti cik en akan story nanti.

Perjalanan dari Manjung ke Melaka hampir 8 jam. Cik en bertolak jam 7.30 pagi dan mengikuti jalan Sitiawan - Air Tawar - Bota - Tanjung Tualang - Kampar - Tapah untuk mengambil kawan cik en , Ija. Dari Tapah, cik en singgah makan Mee Kari yang famous di Bidor sebelum menaiki Lebuhraya Utara Selatan. Perjalanan alhamdullilah sangat lancar tapi selepas Kuala Lumpur hingga ke Seremban ada sedikit lalu lintas. Kami masuk Tol Ayer Keroh lebih kurang jam 3 petang dan sampai di hotel pukul 3.45 petang. Kami memilih Syaz Meridien Hotel. 


Untuk hotel, jujurnya cik en tak suggestkan hotel ini untuk korang. Cik en bagi rate 2/5. Parking yang terhad, customer services yang cik en rasa tak profesional dan tak banyak membantu, bilik air yang berbau walaupun dibiarkan beberapa jam, tombol pintu boleh pulak tercabut dan telefon yang tak berfungsi dengan baik. Jenuh Ija ke reception untuk minta seterika. Itupun lambat dihantar. Ok, ini komen jujur cik en ye. Tak tahulah kalau korang ada menetap di sana dan servisnya ok. 

Selesai mandi dan rehat, kami mulakan aktiviti malam ke Bandar Hilir. Tempat pertama cik en dan ija terjah di Light Sensation di Dataran Pahlawan. Kami memilih untuk berjalan kaki sebabnya tak jauh pun kawasan kawasan menarik yang kami nak pergi malam itu. Meh cik en tunjukkan sikit gambaran tempat menarik di kawasan hotel cik en ini. So tips nak memilih hotel pun, pastikan ianya di tempat tumpuan dan kawasan menarik. Melaka sangat sesak dengan kereta so buat pilihan bijak dengan berjalan kaki. Kalau penat sangat boleh gunakan Uber atau Grab tapi masih kena bersesak dengan kereta lain juga.



 Sepanjang perjalanan cik en jumpa Amfibia ini. Melaka Duck Tours. 


Amfibia ini boleh jalan di atas jalan raya dan air. Korang boleh rujuk bawah ini untuk perjalanan Amfibia ini.



Harga tiket pula terbahagi kepada 2, pelancong asing dan warganegara. So stanbykan kad pengenalan korang ye. Di bawah adalah harga tiket bermula 1 Disember 2016

Tiket Warganegara Malaysia (Kad Pengenalan)
Dewasa (berumur 13 tahun ke atas) RM 42
Kanak-kanak (berumur 2 hingga 12 tahun) RM 25
Warga Emas (55 tahun dan ke atas) RM 30

Pelancong Asing
Dewasa (berumur 13 tahun ke atas) RM 48
Kanak-kanak (berumur 2 hingga 12 tahun) RM 30


Dimana korang boleh beli tiket? Tiket boleh didapati di kaunter tiket yang terletak di Menara Taming Sari di sebelah Melaka Menara Berputar (9 pagi hingga 6 petang) .Pra-Tempahan untuk kumpulan 10 orang atau lebih (campuran dewasa atau kanak-kanak yang berumur 2 tahun) korang boleh buat  tempahan di 06- 292 5595. Masa operasi bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan bergantung pada cuaca dan musim cuti. 

Back to our journey, kami melalui jalan shortcut dan kebetulan itu melalui Uptown Pahlawan Walk Banda Hilir dan cik en dan ija beli buah buahan. Agak mahal. 1 cawan RM3.00


Cik en beli buah jambu jeruk warna hijau tu dan ija jambu madu. Selesai berjalan area pasar malam, cik en ke pusat kraftangan disebelah untuk window shopping dahulu barangan. Iyelah, takkan nak beli awal awal, jenuh la nk bawa nanti.


Selesai cuci mata, kami teruskan perjalanan ke Dataran Pahlawan, Sempat la juga masuk ke dalam Dataran Pahlawan untuk snap gambar dibawah ini



Besar kan? Sememangnya cik en teruja juga pada mula mula tengok.. Selesai bergambar, cik en terus ke Light Sensation yang tek berjauhan dari mall ini. Disebabkan line internet tak memuaskan. Cik en akan story Light Sensation di entry seterusnya.. Boleh? Hihi.

4 comments:

Shahida Dzulkafli said... [Reply]

Best jalan-jalan Melaka..
Betul cakap cik En tu.. dgn adik beradik pun boleh jadi hal, inikan pula kawan..
Pengalaman..

timm bill said... [Reply]

wehuu, rindu melaka, penah la jejak kaki dua kali..
sekali stop kejap je sbb lawatan sekolah..
kali kedua g sebb singgah kenduri..hehe..

Uyul Rosli said... [Reply]

Uyul 5 tahun study Melaka. Hehee. Segala ceruk belum sepenuhnya jalan. Takpe nanti nak gakkk cuti cuti Melaka sambil imbau kenangan masa study heehhe. Salam kenal Cik En.

Nazlee Ismail said... [Reply]

Teringin gak nak naik itik tu tapi belum ada peluang dan masa.. Tengok la nanti sekali lagi ke sana pasti tak lepas peluang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Shoplinks.Asia

Ads