www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-12-13

Perlu Ke Nak Ikut Ibu Bapa Ke Majlis Perkahwinan


Perlu Ke Nak Ikut Ibu Ayah Ke Majlis Perkahwinan | Fuh, minggu lepas cik en menghadiri banyak jemputan kenduri kahwin. Ada sahabat sejabatan, sepupu dan saudara mara. Alhamdullilah dan tahniah buat semua pasangan. Bilakah agaknya masa cik en erk? Satu pertanyaan yang sentitif juga satu masa dulu. Sekarang dah tak berapa touching sangat sebabnya dah boleh rasa semua ini ada hikmahnya dari Allah. Kita hanya merancang tapi Allah dah menentukan apa yang terbaik buat kita. 

Tapi entri ini bukanlah nak story masalah cik en yang itu tapi nak tanya kepada korang yang masih punya ibu bapa " Perlu Ke Nak Ikut Ibu Ayah Ke Majlis Perkahwinan" . Semestinya ianya menjadi masalah apabila jemputan majlis perkahwinan kawan kawanclash dengan majlis perkahwinan yang dijemput melalui ibu ayah korang. Mesti korang macam berbelah bagi kan? Kenduri kawan kawan atau kenduri saudara mara kita. 

Sebenarnya la, ianya patut dirancang dengan baik. Hati kawan kawan kena dijaga dan dalam masa yang sama hati dan air muka ibu bapa pun kita perlu jaga. Janganlah lebihkan kawan kawan sehingga abaikan permintaan ibu bapa untuk ke majlis perkahwinan saudara mara. Kelebihan pergi ke majlis perkahwinan saudara ini banyak antaranya mengenali saudara mara yang tak pernah berjumpa dan jauh. Antaranya dapat mengelakkan pertembungan cinta antara saudara mara sendiri. Hihihi.. Iyekan. kadang kadang bila di"shoreh" semasa perjumpaan dengan ibu bapa, tengok tengok saudara rapat yang tidak boleh berkahwin. Kan naya.. hati dah sayang tapi haram berkahwin. Selain itu, jika berlaku apa apa masalah, kita tahu di mana rumah saudara mara yang ada. 

Mungkin banyak lagi kelebihan lain yang korang rasa ada. Apabila berlaku sebegini, harap korang dapat buat keputusan yang tepat yang mana perlu didahulukan dulu. Antara kawan kawan dan saudara mara?  

3 comments:

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

saya pilih saudara mara

yanie yusuf said... [Reply]

kalau yanie Ikut je leh makan nasi minyak hihihih


yanieyusuf.com

aRz MoHa said... [Reply]

rindu pulak zaman pi kenduri dengna mak ayah ni....sekarang ni pi kenduri kawan-kawan dan sedara mara sendiri saja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads