www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-12-01

Lebih Jimat Menggunakan Shopback.my Untuk Pembelian Online


Lebih Jimat Menggunakan Shopback.my Untuk Pembelian Online | Korang suka shopping online macam Lazada, Zalora ataupun suka travel atau melancong dan menggunakan aplikasi Agoda.com , Hotels.com dan booking.com? Atau juga korang suka shopping di Sephora, Althea dan juga Samsung. Semestinya kalau melibatkan barangan elektronik (gadjet, smartphone, laptop) , Fesyen (Baju, aksesori, kosmetik) dan travel ( tiket kapal terbang dan hotel) korang mesti nak shopping dengan harga berbaloi baloi. Tapi kali ini cik en nak kongsi cara korang dapatkan cashback kembali selepas korang shopping.



Shopback merupakan satu laman web yang menyelamatkan kaki shopping online mendapat cashback atau pulangan tunai yang mana ianya akan menjimatkan perbelanjaan online korang. Shopback ini menawarkan lebih penjimatan lebih daripada 1000 shopping online yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura, Fhilipine, Taiwan dan India. Kategori yang ditawarkan adalah :

  1. Automotive & Gadgets
  2. Dining
  3. Electronics
  4. Fashion
  5. General
  6. Groceries
  7. Health & Beauty
  8. Home & Living
  9. Kids, Babies & Mothers
  10. Lifestyle
  11. Sports & Outdoors
  12. Travel
  13. Internet Plans
Mereka mampu memberi cashback sehingga 30%! wow!!! Macamana dorang boleh bagi 30 % cashback kepada korang? Meh cik en nak story sedikit. Setiap barangan yang dijual oleh shopback ini akan diberi komisen oleh penjual (seller). Jadi dari komisyen ini, shopback ini memberi ganjaran kepada pembeli yang melalui shopback.my ini. So kira macam diskaun juga la bagi korang. Cuma ianya dibayar cash semula selepas korang shopping online. 

Ha.. camne? tertarik? Sebelum itu, cik en nak buat sedikit tutorial bagaimana nak shopping menggunakan shopback.my ini


  1. Memula korang masuk laman web Shopback
  2. Daftar / sign up dulu. Memudahkan saja kalau korang sign up guna facebook sahaja. Kalau tak, korang boleh masukkan email dan password
  3. Kemudiam korang boleh pilih lebih daripada 500 tempat shopping online yang merangkumi Fesyen, Pelancongan, Makanan & Minuman, elektronik, gaya hidup dan lain-lain.
  4. Bila korang klik je link shopping online dan korang start shopping gila gila dan buat pembayaran
  5. Selesai saja, korang akan automatik korang akan dapat cashback tersebut di dalam akaun shopback korang itu dalam beberapa hari. Once bila dah ada, korang boleh keluarkan cash di akaun bank korang. Mudah kan?
  6. Kalau korang rasa masih blur blur korang boleh rujuk video dibawah ini

Ha.. kacang je kan gunakan shopback.my ini. Just korang gunakan laman web Shopback ini untuk korang masuk shopping online pilihan korang dan shopping shopping and last dapat pulak cashback. Sapa yang tak mahu kan? 

Anyway, baru jap jap ini, ada kawan cik en ajak nak bercuti di Melaka pada cuti Christmas nanti,  So semestinyalah cik en akan menggunakan Shopback untuk usha usha dan booking hotel di Booking.com atau Agoda Malaysia nanti. Ingat nak booking sekarang ini. tapi kawan cik en masih nak buka offer kawan kawan yang nak join kami. Untuk kedua dua aplikasi untuk booking hotel ini cik en boleh dapat 8.0 % cashback dan cashback ini akan masuk dalam akaun shopback korang dalam masa 2 hari saja. Sempat la nak buat backup belanja nanti.

Oh ye, korang mesti ada baca trip cik en ke Phuket Krabi dan Hatyai. Masa di Krabi, cik en diberi kesempatan untuk snorkelling dan guess what, cik en dah jatuh hati dengan aktiviti itu. Dan untuk trip travel tahun depan, cik en dah merancang nak bercuti ke Bali sebab nak snorkelling puas puas. So cik en akan gunakan perkhidmatan Air Asia untuk booking tiket flight nanti. Dan semestinya akan melalui Shopback untuk penjimatan tunai yang terbaik. Yey!

4 comments:

Nadia Johari said... [Reply]

Wah bagusnya..boleh cuba ni

Dura Norell said... [Reply]

Bestnya! Den nak try beli barang se piece dua lah :D

Along Misuari said... [Reply]

Faham dah..
Macam program affliate ke cik en?
bezanya pada cara pembayaran komisyen sahaja..betul tak?
Betulkan jika salah..

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

husna zahidi said... [Reply]

wahhh! ini lagi satu cara nak shopping online.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads