www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-12-27

Kenapa Aku Memilih Untuk Travel Secara Solo


Kenapa Aku Memilih Untuk Travel Secara Solo | Ramai yang terkejut dengan keputusan cik en untuk buat solo travel pada tahun 2017. Cik en ada nyatakan dalam entri sebelum ini. Sebenarnya pengalaman sebelum ini yang buat cik en nekad untuk travel seorang diri dalam mencari pengalaman di tempat orang. Tapi apa apa pun, cik en perlu kuat dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan cabaran #cikentravelsolo ini. Sebabnya cik en perlu research keadaan sesuatu tempat sebelum memilih untuk travel. 

Kenapa cik en memilih travel secara solo? Anyway cik en masih belum dapat mencari partner travel yang serasi dengan cik en. Selain itu cik en nak cabar diri cik en untuk berdikari dan selesaikan masalah sendiri di tempat orang. Cik en sendiri sebenarnya nak mencari partner yang TIADA masalah masalah dibawah ini :
  1. Cerewet dari segi pemilihan hotel ,pengangkutan, makanan dan lain lain
  2. Cancel last minute walaupun kita dah booking hotel atau flight
  3. Banyak menghabiskan masa dengan telefon daripada aktiviti travel
  4. Berkira. Tidak kira la berkira masa atau kewangan
  5. Degil dan keras hati serta tak mahu mendengar pendapat orang lain. Confirm dengan cik en akan bergaduh. Hahaha
  6. Tidak menepati masa dan perancangan
  7. Malas nak research tempat tempat menarik. Mengharapkan orang lain untuk carikan. Kira tiada perancangan. Yang tahu bawa badan saja.
  8. Jenis diva diva. Tunggu make-up sejam dua. Minta tolong bertanya jalan pun menolak. Senang cerita yang malas nak survive untuk travel. Yang terbaik jenis gila gila, sempoi dan berani. 
  9. Pendiam. Bosan betul kalau tak banyak bercakap. Lagi lagi dalam kereta. Dan macam teksi depa buat. Haha
  10. Kuat tidur. Hahahah. 
So, cik en harap salah satu azam 2017 yang terbesar ini akan menjadi realiti. Cik en akan memilih 6 buah negeri untuk dihabiskan dalam tahun 2017 ini seorang diri. Harap cik en diberi kesihatan dan semangat yang baik. Chaiyok! Chaiyok!

  4 comments:

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!