www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-12-12

10 Tempat Menarik Di Melaka Yang Berbaloi Dikunjungi



10 Tempat Menarik Di Melaka Yang Berbaloi Dikunjungi | Bercuti? Semestinya korang akan pilih 1 negeri dan mula mengoogle tempat tempat menarik di negeri tersebut. Semestinya korang nak pergi ke tempat tumpuan ramai dan viral di media sosial atau laman web. Macam la cik en nak ke Melaka cuti krismis ini, cik en dah mula cari tempat tempat menarik di sana. 

Sambil cik en mencari itu, nak juga kongsi dengan pembaca cik en kan? meh cik en senaraikan 10 tempat menarik di Melaka yang rating di google 4.0 keatas. Of course la ianya menjadi kepuasan dan berbaloi bagi korang kalau pergi. Tanpa rating tinggi ini takut kecewa je kalau pergi kan? Tidak kisah lah korang bercuti bersama kawan kawan atau keluarga. Cik en memilih 10 tempat menarik yang mempunyai rating paling tertinggi. Boleh la masukkan dalam list kalau ke Melaka nanti.

Kota A Famosa



A Famosa sebenarnya bermaksud " Yang Termashur " dalam bahasa Potugis. Dibina pada tahun 1511 terletak di Bandar Hilir Melaka sebelah dengan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ini merupakan satu simbolik bagi negeri Melaka. Tunjuk saja gambar A Famosa ini, semua akan tahu ini di Melaka. Cik en masa tinggal di Melaka, tak pernah sekali pun pergi tau! Hahaha. Selepas keluar barulah pergi. Last cik en pergi 2 tahun yang lepas.

Menara Taming Sari



Tempat ke2 adalah Menara Taming Sari. Berdekatan sahaja dengan Kota A Famosa. Yang ini cik en tak sempat nak pergi tapi cik en nak story juga beberapa fakta menara ini. Menara Taming Sari ini ketinggian 110 meter dan boleh berputar 360 darjah untuk korang tengok panorama dan kecantikan bandar melaka ini. So ianya memuatkan dalam 66 orang sahaja dan dibuka bermula 10 pagi hingga 10 malam. Harga tiket RM20 dewasa, kanak kanak RM10 dan warga emas RM17. Tapi kalau korang bagi Mykad, akan ada diskaun 50%.

Maritime Museum / Muzium Samudera



Yang ini juga salah satu tempat wajib kalau ke Melaka. Replika Kapal Flor de La Mar (kapal portugas ) berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar di bina tahun 1990. Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya. Waktu Operasinya

Isnin hingga Khamis: 9.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat hingga Ahad: 9.00 pagi - 9.00 malam
Bayaran masuk ialah RM 3.00 (dewasa) dan RM 1.00 (kanak-kanak/pelajar).

The Stadthuys



Stadthuys adalah dewan bandaraya dalam bahasa belanda dibina 1950 yang mana ketika itu merupakan penempatan rasmi Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda. Bangunan Stadthuys ini serba merah dan dilengkapi menara jam . Kira tempat ini dulu dikira pusat pentadbiran mereka. So sesuai la untuk kawasan menangkap gambar. Lagu terbaru Ayda Jebat pun di buat disini tau untuk klip video yang ditaja oleh Oppo.

Pantai Klebang



Pantai Klebang ini merupakan port cik en melepak bersama keluarga masa tinggal di Melaka. Cuma, dulu, sekadar pantai sahaja, tak ada bangunan lain. Disini sekarang ini ada Muzium Kapal Selam, Bustel ( hotel bas) dan padang pasir seperti gurun. Untuk Bustel itu harga sewa dalam lingkungan RM80 sehingga RM120 di hujung minggu.

Makam Hang Tuah



Makam Hang Tuah ini di Tanjung Keling. Kalau di Malaysia, siapa yang tak kenal dengan Hang Tuah, hulubalang kerajaan Melaka yang sangat berani dan buat semuanya seorang diri. Walaupun banyak percanggahan kemana perginya Hang Tuah ini tapi tempat ini dijadikan sebagai makam Hang Tuah yang diiktiraf. Disini tak banyak yang korang nak lawat. Mungkin datang kesini dan sedekah Al- Fatihah buat nya.

Batu Berendam Coconut Shake



Kalau ke Melaka, tak pekena Cocunat Shake Batu Berendam sememangnya tak sah. Buat masa ini, inilah tempat coconut shake paling popular. Ini zaman cik en di sana, tak ada lagi, jadi cuti krismis ini cik en nak cuba jugak Coconut Shake yang viral ini. Majalah 3 pun dah masuk tau. Masa dia buak 10.30 pagi sehingga 10.30 malam. 

Jonker Walk Melaka / Persiaran Jonker



Jonker Walk atau Persiaran Jonker merupakan syurga bagi pengumpul barang barang antik dan murah di Melaka. Untuk pengetahuan korang, Jonker Walk ini bukan saja famous di Malaysia malah dikenali di seluruh dunia tau! Disini juga ada pasar malam setiap hari Ahad hingga Jumaat dan ada lebih 300 peniaga. So wajib juga mai sini kalau datang ke Melaka.

The Shore Oceanarium



Disini cik en pun belum pergi lagi. Dikatakan ianya tak besar mana pun. Kecil saja. Tapi boleh la bawa anak anak berjalan. Harga tiket RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak kanak dan warga emas.

Malacca Butterfly & Reptile Sanctuary (Taman Rama-rama & Reptilia Melaka)



Nama pun taman rama rama dan reptilia. So kat sini amat sesuai korang bawa anak anak korang mengenali rama rama dan haiwan reptilia. Semestinya kanak kanak akan teruja sungguh la. Taman ini berhampiran dengan Plaza Tol Ayer Keroh. Dibuka bermula jam 8.30 hingga 5.30 dengan kadar bayaran RM22 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak kanak.

Selesai cik en story mengenai 10 Tempat Menarik Di Melaka Yang Rating 4.0 Keatas. So sebelum itu, semestinya kita kena la stanby cari hotel kan di sana? Selalunya harga hotel di tempat sebegini sedikit mahal lagi lagi masa cuti sekolah ini. ini cik en nak share satu rahsia kat mana cik en dapatkan hotel terbaik dengan diskaun yang terhebat. Sememangnya cik en akan memilih  Expedia Baucer Kod Malaysia dan Hotels.com Krismas Baucer Khas

Lagi tengah ada offer special untuk Christmas ini. Korang pun patut cuba juga. Jadikan percutian korang bukan sahaja di Melaka malah ditempat lain menjadi moment terindah buat korang. Semestinya ianya boleh relekskan otak korang yang struggle bekerja selama ini. Harap cik en dan kawan kawan cik en akan enjoy nanti! Setia dengan blog cik en ini untuk entri menarik di Melaka nanti. Xoxo readers.. 


5 comments:

muhammad nizam said... [Reply]

ermm..pernah sampai no.1, 3 , 4 je... coconut shake batu berendam viral mesti best kann

dayah sanif said... [Reply]

nice info

Along Misuari said... [Reply]

Hai cik en..
Macam tahu2 je AM pi melawat Melaka nie..
dari 10 tempat hanya 3 tempat sahaja AM lawat dan 2 tempat yang AM lalu dan pandang sahaja..

Mungkin lain kali kot AM pi jejalan lagi..

Ikhlas Dari
Along Misuari

Mya Farisha said... [Reply]

terbaiklah cik en. kebetulan weekend ni nak jejak melaka #teamafbdotmy

Siti Rohaida Yusof said... [Reply]

walaupun sellu balik melaka,jarang sangat dapat pergi ke tempat2 ni..tapi suka lepak kat klebang...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads