www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-11-15

Tak Ada Gambar Sebab Menjaga Sensitiviti Semua


Tak Ada Gambar Sebab Menjaga Sensitiviti Semua | Bila terpandang gambar peah masa kecil dulu. Cik en tak mampu nak gambarkan keadaan cik en kalau peah cik en ini yang terkena bilah besi mesin rumput macam anak kucing hitam putih berbulu panjang tengah hari tadi di klinik cik en. Seperti kebiasaan, cik en akan berkongsi beberapa kes klinik yang mana akan mendapatkan persetujuan owner sebelum itu di laman sosial. Tapi kes tengah hari tadi cik en tak sanggup nak kongsikan jadi cik en hanya menceritakan melalui status di facebook cik en.





Walaupun hanya cik en menceritakan melalui tulisan cik en, tapi ramai juga yang boleh merasakan dan membayangkan keadaan anak kucing tersebut. Menurut owner, suami owner nak hidupkan mesin rumput. Tiba tiba anak kucing tu datang dan terkam bilah mesin tu dan ... korang boleh agak kan apa yang berlaku. Hidung dan mulut anak kucing tu terpotong. Dan jelas nampak lidah dan tulang hidung. Bahagian punggung hancur dan ada luka sikit sikit dibahagian badan.

Apabila diperhatikan, kalau kami mampu untuk selamatkannya, memang susah untuk survive. Kemungkinan anak kucing itu susah nak makan atau langsung tak boleh nak makan. Dan juga bahagian punggung dia hancur dan kemungkinan bahagian usus atau organ dalaman kawasan tersebut tak boleh berfungsi. Jadi kenapa perlu lagi menyeksa seekor anak kucing yang sangat kecil tu? Cik en terpaksa suggest kan untuk Put To Sleep atau PTS. PTS atau bahasa mudahkan mematikan dibenarkan jikanya ianya memberi kesengsaraan kepada haiwan. Dengan persetujuan owner, proses PTS dijalankan dan semestinya bukan cik en yang buat. Cik en tak sanggup..

Sebagai seorang blogger ini, semuanya nak di ambil gambar untuk di kongsikan dalam blog, tapi berpada pada lah. Kadang kadang biarlah kita menaip untuk menceritakan gambaran keadaan itu. Jika ada yang terkesan dengan penulisan kita, nampaknya skill kita menaip entri dah improve. Dan sebenarnya pengalaman melihat dan merasainya buat kita menaip dan terselit soul dalam entri tersebut. Itu yang buat benda itu tersentuh di hati pembaca. Damailah kamu di syurga anak kucing..

5 comments:

AinAthirah Anuar said... [Reply]

Sedihnyaaa :'( Baca pun dah rasa sakit. baik jugak cik en tak letak gambaq. hm

Siti Nurzafirah said... [Reply]

tak boleh bayangkkan keadaan anak kucing tu... nak nangis rasa ingatkan dia tahan sakit

Warisan Petani said... [Reply]

Begitulah nasib haiwan.
Hari ini ada orang buang 3 ekor anak kucing dekat rumah.

Ardilla Noorezan said... [Reply]

Simpatinyaaaaa T.T

Eeca Shyaa said... [Reply]

duhh tak blh nak imejin mcm mana. kesiannya :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads