www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-11-17

Sama Perkataan Tapi Membawa Maksud Berbeza Dan Menyebabkan Ada Yang Terguris Perasaan


Sama Perkataan Tapi Membawa Maksud Berbeza Sehingga Menyebabkan Ada Yang Terguris Perasaan | Pernah tak korang alami masalah bila chat melalui dunia maya seperti whatsapp, wechat, facebook dan sebagainya. Korang maksudkan lain, tapi si pembaca fahamnya lain. Pernah tak? Cik en banyak kali. Lagi lagi masa ada boyfriend dulu. Cik en cakap elok elok dan bergurau tapi si dia pulak boleh fikir sebaliknya. Bila dah jadi macam itu, perang besar la kami. Hahaha. Tapi itu kenangan lama.

Semenjak dari situ, cik en banyak menggunakan beberapa "tanda melembutkan ayat" jika nampak gurauan itu kasar. Berbeza dengan bercakap atau lisan, kita boleh melenggokkan nada perkataan tersebut sehingga kawan yang dengar memahami yang kita ini bergurau. Tapi masalah nak lengok lengokkan nada dalam penulisan atau menaip mesti tak boleh kan? Sebab itu akan ada masalah misunderstanding atau salah faham sehingga ada yang terasa hati dan merajuk. So kalau korang tengah bergaduh dengan boyfriend ke, kawan ke, family ke atau bos tempat keje, jalan yang terbaik adalah call terus. Jangan dipanjangkan melalui text . 

Macam cik en, cik en selalu menggunakan beberapa "tanda melembutkan ayat" dalam chat. Selalunya siapa yang sama sama ada dalam group whatsapp cik en, mereka akan tahu "tanda melembutkan ayat" cik en guna. Perkataan yang cik en akan guna adalah " na....." Contoh ayat

Bukannya cik en tak tau nak buat. Cik en tau la.. Nanti cik en buat na...

Selain itu cik en akan selitkan beberapa titik selepas perkataan na... tu. Itu pun akan buat ayat kita lebih lembut di baca. So tak ada la menguris hati kawan kawan yang super sentitif. Kalau yang dah biasa dengan kita may be tak ada masalah untuk memahami yang kita "bergurau" tapi kalau yang kawan kawan dalam group whatsapp ini kurang rapat better sebelum menaip, fikir dahulu ayat yang lebih lembut tapi mereka faham apa yang korang nak maksudkan dan selepas taip, baca balik ayat korang taip tadi. Baru enter atau publish. Hokey! ✌

Pesanan Khidmat Masyarakat ini di bawa khas dari www.nurfuzie.com . Hahahahha

5 comments:

explorasa said... [Reply]

tungler ada boypren.. #eh

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

betul tue
cara penggunaan kena betul

Cik Tie said... [Reply]

betul juga tu..

Eeca Shyaa said... [Reply]

kalau sy selalunya letak emoticon. kalau tak letak rasa macam serius memanjang je huhuhu. kalau takde letak hahahaha saya akan buat dot dot dot jugak :D

Kim Chaa said... [Reply]

kalau saya pulak, saya suka guna simbol ~~~~ menunjukkan yang ayat itu perlu dibaca dengan lembut dan gaya lembut . hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads