www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-11-16

Bercuti semasa Promosi Hujung Tahun Untuk Lebih Menjimatkan


Bercuti semasa Promosi Hujung Tahun Lebih Menjimatkan | Kejap je dah sampai hujung tahun kan? Semestinya apabila sampai saja hujung tahun ini, dalam kepala otak siapa siapa pun dah start merancang bercuti bersama keluarga atau yang tersayang. Masa ini lah musim cuti sekolah bagi anak anak dan masa menghabiskan cuti tahunan. Semestinya cik en sendiri akan mula mencari tempat tempat menarik untuk travel tapi bukan bersama sesiapa hanya single backpack. 

Sebelum itu, cik en nak story sikit yang sebenarnya cik en dah berazam selepas balik dari percutian ke Sabah tempoh hari, cik en ke setiap negeri di semenanjung Malaysia. Just short vacation ala ala single backpack sebelum cik en mendirikan rumah tangga.ops… terkantoi pulak. Nevermind.. Tapi trip ini hanya menggunakan pengangkutan awam seperti ETS, Bas, Teksi atau pengangkutan LRT dan sebagainya. Ianya mencabar diri cik en untuk berdikari. 



Jadi untuk 1st short vacation akan dating yang mana tarikhnya masih dalam perancangan, masih tiada tarikh tapi cik en menunggu masa cuti sekolah untuk mendapat crazy deal untuk hotel – hotel yang cik en akan duduk nanti. So untuk target cik en kali ini cik en nak ke Kuala Lumpur. Bandaraya Metropolitan yang sibuk tapi mempunyai tempat tempat menarik yang boleh korang kunjungi. Kalau korang nak tahu, ada beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh korang lawati. Ada beberapa pilihan untuk korang seperti :

Muzium dan Tempat Bersejarah Di Kuala Lumpur



  1. Dataran Merdeka
  2. Bangunan Sultan Abdul Samad
  3. Muzium Bank Negara
  4. Muzium Kesenian Islam 
  5. Muzium Telekom
  6. Muzium Negara
  7. Muzium Orang Asli
  8. Muzium Kesenian 
  9. Muzium Tekstil
  10. Muzium PDRM
  11. Muzium Di Raja

Taman Tema , Hiburan & Galeri di Kuala Lumpur




  1. Taman Tema di Berjaya Square
  2. Desa Water Park
  3. Petrosains KLCC
  4. Skybridge KLCC
  5. Pusat Sains Negara
  6. Planetarium
  7. Istana Budaya
  8. KL City Gallery
  9. Kompleks Budaya Kraf
  10. Galeri Petronas
  11. Balai Seni Visual Negara


Taman Haiwan dan Zoo di Kuala Lumpur



  1. Aquaria KLCC
  2. KL Bird Park
  3. Mini Zoo KL Tower
  4. Taman Rama Rama
  5. Blue Coral Muzium
  6. Taman Rusa dan Kancil
  7. Farm In The City 


Tempat Semulajadi di Kuala Lumpur



  1. Hutan Simpan Bukit Nanas
  2. Taman Tasik Perdana
  3. Taman KLCC Park
  4. Taman Tasik Titiwangsa
  5. Taman Orkid 
  6. Taman Tasik Permaisuri


Tempat Menarik Waktu Malam di Kuala Lumpur



  1. KL Downtown Night Market / Downtown Cheras
  2. Uptown Danau Kota
  3. Petaling Street
  4. Kampung Baru
  5. Pasar Malam Kampung Baru
  6. Jalan Bukit Bintang

Tempat shopping di Kuala Lumpur


  1. Suria Mall KLCC
  2. Pavillion Kuala Lumpur
  3. Berjaya Time Square Mall
  4. MidValley Megamall
  5. Nu Central
  6. KL Sogo
  7. The Garden
  8. Sungai Wang
  9. BB Plaza
  10. Starhill Gallery
  11. Sephora
  12. Lot 10
  13. Plaza Low Yat
  14. Central Market
  15. Plaza GM
  16. Chinatown
  17. Jalan Masjid India
  18. Jalan TAR
  19. Pasar Pudu
  20. Pasar Chowkit

Banyak kan? Tapi cik en tak la nak ke semua tempat itu. Tak sempat untuk short vacation ini. Hanya yang cik en akan pergi ke kawasan menarik di sekitar KLCC , Bukit Bintang dan Times Square saja. Cik en rancang nak ke sana untuk 2 hari 1 malam dan dah mula usha usha hotel di internet. Cik tertarik pula dengan promotion dari Traveloka yang nampaknya awesome sangat. 




Disebabkan cik en seorang dan ala ala backpack, cik en mencari cari hotel bajet yang berhampiran dengan kawasan shopping di KL. Ada beberapa hotel yang ditawarkan di Traveloka itu sehingga 56% tau! Sebelum ini cik en ke Sabah pun, cik en menggunakan aplikasi muat turun Traveloka. Memang mudah dan jimat. Bukan sahaja di Kuala Lumpur je tau, Traveloka ada lebih daripada 100 buah hotel yang korang boleh dapatkan penjimatan gila gila di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Bukan hotel saja ye, tapi tiket flight pun korang boleh dapatkan dengan harga diskaun. So kemana korang nak bercuti jadikan Traveloka sebagai peneman percutian korang yang wajib. Tunggu next entry untuk trip ini nanti. 




Sumber gambar : Google

17 comments:

wanmulianidotcom said... [Reply]

Ambi, banyak betul senarai tempat melancong kat KL rupanya, Yani tahu tempat shoping je selama ni...hehe

Sheila Adziz said... [Reply]

bercuti puas-puas cik en slum jd suri hati... hehe

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

dah lama tak bercuti pnjg..

Normi Nieza said... [Reply]

wee..hujung tahn mereput kat rumah..hjan dah start..:)

Lisa Nurulain said... [Reply]

banyak juga senarai tempat di malaysia yang lisa belum terjah . haaha ada promo ni boleh la try kot2 ada berkenan

YB Shehan said... [Reply]

banyak nya tempat menarik. kena bookmark ni

Ummi Nani said... [Reply]

Cik Eintan, mai sini hello2 okay.. legoland x der.murah ke... nak juga kalau ada...hehe

Ohsem Travel said... [Reply]

Macam-macam tempat boleh pergi. Jalan2 sambil bersantai.. hehee

Shark Kay said... [Reply]

kena pandai cari ni,
kL memang banyak hotel,
tapi nak cari yg selesa tu susah sket,

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

syoknya holiday

Mama Kembar 3 said... [Reply]

Jangan lupa jalan jalan cari makan gak kat KL ni cik en. Kalau duduk hotel tengah KL, pi makan nasi lemak kg baru, roti nan cheese rsmy tau

Ardilla Noorezan said... [Reply]

Menarik! Nanti boleh try guna

Eeca Shyaa said... [Reply]

byk jugak tempat yg best2 kan!

yanie yusuf said... [Reply]

Walaupun selalu turun KL tapi banyak jugak tempat yg menarik tak pergi lagi.. wahh leh book hotel terjah KL lak..

Nadia Johari said... [Reply]

bestnya bila bercuti.. dah usha travelok..memang murah

mas saari said... [Reply]

kat KL pun byk tempat menarik kan.. lagi² booking dgn traveloka, lg mudah!

Dura Norell said... [Reply]

Tq bangat cik en! Very good info! Baru 3 hari lepas den tanya adik, kat mana tempat menarik nak bw anak2 jalan2 di KL ni ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads