www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-11-03

Ada Aku Kisah Dengan Produk Deeja Cosmetic ini?


Ada Aku Kisah Dengan Produk Deeja Cosmetic ini?  | Orang bercerita pasal produk Deeja Cosmetic yang Sherry Ibrahim punya itu dah lama, tapi biasalah cik en, bukan kisah sangat pun produk kosmetik sebegini nak ditempek pada muka. Bagi cik en, produk yang ada dipasaran sekarang ini harapkan putihkan kulit muka saja tapi masih kusam tanpa seri wajah. Kusam saja walaupun muka cerah, buat apa kan? Cik en nak kulit itu berseri, ayu dan glowing walaupun apa jua jenis warna kulit. Berkulit cerah tak semestinya cantik dan berkulit gelap tak semestinya buruk. Jadi tak perlu nak ubah warna kulit kot untuk nampak lebih cantik cuma yang penting cari jalan macamana nak memperbaiki keadaan wajah yang bermasalah ini kepada lebih berseri dan ayu.


Tup tup, cik en diberi peluang untuk mencuba sendiri produk Deeja Cosmetic ini. Bertagline kan " Keayuan Semula Jadi " menarik minat cik en. Deeja Cosmetic banyak menumpukan kepada rawatan masalah kulit wajah dan memberi keserian wajah walaupun apa jua warna kulit. So cik en mencuba masa 4 minggu dan ada kalanya cik en termiss juga nak pakai. Lagi lagi balik kampung tertinggal set ini. Walaupun begitu, cik en nampak tau perubahan pada kulit wajah cik en ini. Kalau dulu, ala ala makcik umur 40 tahun tapi sekarang ada yang puji baru belasan tahun. Bukan sekali malah berkali kali juga. Ini pujian face to face ye.. kira berdepan secara live bukannya pujian di media sosial. Cik en tak perlu nak filter dan adjust bagai di kamera handphone cik en lagi sekarang ini. Kalau dulu, walaupun cik en pakai foundation, still nampak kekurangannya. Tapi sekarang jadi lebih perfect.

Dari segi kecerahan kulit pula, tak banyak beza sebabnya cik en sememangnya berkulit sawo matang cuma penggunaan krim siang yang mempunyai SPF 50 banyak bantu protect kulit wajah cik en. Ada satu yang cik en suka dengan Deeja Cosmetic ini, Krim Nano dia memang best. Dalam itu ada satu bahan yang baik dan semula jadi. Guess what? Kunyit salah satu bahannya. Of course, kita tahu kebaikan kunyit memang baik untuk kesihatan dan kulit. Salah satu fungsi kunyit ini adalah menaikkan aura seri wajah yang kusam dan gelap. Inilah dia yang buat cik en nak cuba Deeja Cosmetic awal awal dulu.

So sekarang cik en tertanya balik pada diri cik en "Ada Aku Kisah Dengan Produk Deeja Cosmetic ini? Jawapan cik en selepas 4 minggu penggunaan. Semestinya aku kisah sangat sebabnya Deeja Cosmetic ini lah yang buat kulit aku berseri -seri tanpa perlu aku gunakan kamera aplikasi 360 atau filter.  So kenapa perlu cik en nak sangkal produk ini kan? Nak bukti?

Sebelum penggunaan Deeja Cosmetic


Selepas menggunakan Deeja Cosmetic


Perbandingan sebelum dan selepas penggunaan Deeja Cosmetic


Puas hati tak kalau dapat muka berseri macam cik en ini? Ada tak rupa Sherry Ibrahim? Hahaha. Tak kisah lah, tak ada rupa Sherry Ibrahim pun cik en dah puas hati hasil dari menggunakan Deeja Cosmetic ini.


Deeja Cosmetic ini didatangkan dengan pakej yang di muat dalam 1 kotak bewarna oren. Dalam kotak ini ada 5 barangan yang terdiri daripada


SABUN PEMBERSIH MUKA DEEJA COSMETIC
Bahan - Bahan : Lobak, Susu dan Air Mawar


TONER NANO DEEJA COSMETIC
Bahan - Bahan : Air Mawar dan Aloe Vera


KRIM SIANG DEEJA COSMETIC (SPF 50) 
Bahan - Bahan : Biji Almond, Biji Tomato dan Aloe Vera


KRIM MALAM DEEJA COSMETIC
Bahan - Bahan : Alpha Hidroxy Acid (AHA) , Vitamin E, Retinoid Acid dan Gliserin


KRIM NANO DEEJA COSMETIC (Malam)
Bahan - Bahan : Kunyit dan Minyak Jojoba
Barangan ini dibahagikan kepada 2 situasi apabila korang nak pakai. Satu dipakai waktu siang dan satu lagi dipakai waktu malam. Meh cik en nak ajar sikit macamana nak pakai produk ini.

Pemakaian waktu siang/pagi

  1. Cuci muka menggunakan sabun pembersih muka
  2. Gunakan Toner Nano sedikit pun memandai
  3. Sapukan Krim Siang untuk melindungi kulit dari sinar UV
  4. Selepas itu boleh guna foundation, bedak compact dan sebagainya

Pemakaian waktu malam

  1. Cuci muka menggunakan sabun pembersih muka
  2. Gunakan Toner Nano sedikit pun memandai
  3. Sapukan krim malam (nipis pun memandai)
  4. Sapukan krim nano untuk lapisan kedua (nipis pun memandai)
Korang ada masalah kulit sentitif? Jangan pulak korang kata produk ini tak boleh guna. Ada aturan untuk kulit yang sentitif. Caranya 

  1. Diawal penggunaan, dinasihatkan memakai krim malam selang satu hari (untuk lihat raksi pada kulit)
  2. Jika tiada masalah, teruskan saja guna tetapi jika ada masalah, jarakkan penggunaan kepada selang 3 hari .
  3. Reaksi mungkin berbeza mengikut jenis kulit korang. 
Korang cuba pakai secara konsisten dalam masa seminggu dua. Korang akan mula rasa kesan penggunaannya. Yang cik en ni tak konsisten pun dah nampak kesannya apatah kalau yang konsisten. Mesti ada tanya, kenapa kecik sangat packing Deeja Cosmetic ini? Walaupun di packing kecil ye korang, korang tak perlu nak letak banyak banyak. Nipis saja dah mencukupi. Dah masuk sebulan cik en guna tapi stok masih lagi banyak. So berbaloi la kalau korang nak mencuba. Berkesan dan jimat. Nak cuba? Cik en tak jual ye tapi cik en akan bagi detail untuk korang order.

Harga Set Deeja Cosmetic ( 5 in 1)
RM 85.00 (SM) RM 90.00 (SS)

Jika selepas pakai nanti, ada produk yang habis, korang boleh beli secara berasingan. Harga seperti dibawah

Sabun Pembersih Muka : RM 12.00 (SM) RM 15.00 (SS)
Toner Nano : RM 22.00 (SM) RM 25.00 (SS)
Krim Siang : RM 28.00 (SM) RM 30.00 (SS)
Krim Malam : RM 28.00 (SM) RM 30.00 (SS)
Krim Nano : RM 28.00 (SM) RM30.00 (SS)

Kalau korang nak order bolehlah hubungi 
+60196945940
Instagram : @deeja_cosmetic_hq

5 comments:

shiqeen sattar said... [Reply]

wow cun lah cik en skrg.. .. ss pn dh cun hehe

Eraz Fadli said... [Reply]

Alhamdulillah.. Eraz pun dapat peluang guna DC ni.. Memang tak rugi..

Mar Mansor said... [Reply]

patut makin cun

husna zahidi said... [Reply]

dari tak heran, terus heran ye.. tidor malam pon termimpi2 laa produk deeja cosmetic nih.. hehehe..

Azlinda Azman said... [Reply]

suka set Deeja ni..ramai berikan feedback positif :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads