www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-10-06

SAFI Shayla Pilihan Wanita Bertudung


SAFI Shayla Pilihan Wanita Bertudung  | Jika zaman kanak kanak dulu, cik en akan basuh rambut selepas balik dari sekolah. Sebabnya kalau basuh rambut pagi dan pakai tudung, rambut akan berbau hapak dan akan timbul masalah masalah lain. Tapi kini, zaman yang menggunakan inovasi terbaru, menjadikan korang boleh basuh rambut bila bila masa sahaja. Hebat dah kan? cik en nak kongsi cerita SAFI Shayla Pek Fleksi: Pelbagai fungsi untuk lebih jimat tanpa kompromi



Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.


Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikannilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.



Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkansatu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.



“SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. DenganSAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupunsebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.



Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shaylamelengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”







Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.



Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia


Dan terima kasih kepada Safi kerana beri cik en mencuba produk hebat ini dalam bentuk pek fleksi, Murah juga kan. Memudahkan juga untuk yang suka travel. 


  5 comments:

  1. Saya guna yang Safi Shayla Licin Terurus..Memang licin je rambut..Jimat & murah pulak tu..Suka suka suka...

    ReplyDelete
  2. kita pun pengguna safi shayla.. sesuai sgt dengan wanita bertudung. rambut sentiasa wangi je hihi

    ReplyDelete
  3. Kak ekin pun guna syampu ni.. Hi datang bw sini nanti jemput singgah kak ekin http://cikash.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Kita yg bertudung mmg kene jaga bab rambut lebih kan

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!