www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-10-01

Rumah Terbalik Tamparulli | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency


Rumah Terbalik | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Toot Toot Toot, jam cik en berbunyi jam 6.30 pagi. Alamak dah terlewat sepatutnya 6.00 pagi dah mula bergerak. Tapi tak apa la.. masih awal, selak la tingkap dan... APA??? cerahnya!! macam pukul 9 pagi kot. Kelam kabut cik en mandi dan kejut adik cik en. Hahaha.. rupanya di Sabah memang cerah jam 6 pagi lagi. Kejutan sikit la bagi cik en yang pertama kali di Sabah.

Selesai mandi dan menunggu adik cik en mandi, cik en listkan perjalanan untuk hari kedua Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency.
  1. Rumah Terbalik Tamparulli / Updown House
  2. Kinabalu Park (Botanical Garden)
  3. Desa Cattle Dairy Farm
  4. J Residence
Jam 7 pagi, cik en dan adik mula bergerak ke Kundasang. Sepanjang perjalan ke Kundasang, kami akan menempuhi Tamparulli iaitu tempat terletaknya Rumah Terbalik yang pertama di Asia. 




Gambar diatas ini, gambar sebelum masuk ke dalam Rumah Terbalik Di Tamparulli ini. Bergambar dalam Rumah Terbalik adalah di LARANG sama sekali. Katanya ianya adalah milik persendirian, jadi mengikut syarat syarat persendirian. Akan ada seorang guide untuk menerangkan segala dalam rumah terbalik ini. Dan syarat pertama, perlu ketuk pintu sebelum masuk. Selepas pintu dibuka, syarat keduanya perlu berjalan atas karpert bewarna merah sahaja. Masuk masuk, semuanya terbalik. Dan guide terangkan rumah ini daripada sumber inspirasi rumah Orang Kadazan pada era 90 an. Jadi ada peti ais, mesin jahit, dapur, gas, TV, katil dan sebagainya. Lengkap sebuah rumah. Tak lama korang akan duduk dalam Rumah Terbalik ini sebab tak luas mana pun. 

Selesai berjalan dalam rumah terbalik, sampai lah pintu keluar... Jadi selepas itu, barulah kami dibenarkan untuk menangkap gambar. 






Nak tahu tak berapa harga masuk Rumah Terbalik atau The Upside Down House Of Borneo. Ini cik en dah sertakan senarai bayarannya.


3D Museum ini masih baru. Jadi ada tambahan kalau nak masuk 3D Musuem ini. Cik en cuma masuk Rumah Terbalik sebabnya 3D museum dah jemu masuk di Penang tempoh hari. Gambar bawah ini kenderaan yang akan menemani kami sepanjang di Sabah. Hari pertama tak sempat nak tangkap gambar. 


Oleh sebab banyak gambar cik en dalam entri ini, cik en akan sambung Kinabalu Park (Botanical Garden) untuk entri seterusnya. 

Perbelanjaan Untuk Di Rumah Terbalik ini

Tiket Dewasa : RM 10.60 seorang 
(Adik cik en RM5.30 sebab ada kad Jabatan Kebajikan Masyarakat) 

Shopping cenderahati : RM 69.00

2 comments:

Ardilla Noorezan said... [Reply]

Kat Melaka pun ada satu rumah terbalik macam ni, tapi kat Sabah punya lagi cool siap kereta pun terbalik! haha

SalbiahM said... [Reply]

kalau boleh bergambar mesti orang lama dalam tu. mungkin sebab tu tak dibenarkan

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads