www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-10-03

J Residence Kundasang | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency


J Residence Kundasang | Trip Percutian Ke Sabah  Tanpa Travel Agency | J Residence ni jalan di agak mencabar. Mungkin faktor muka bumi, jadi J Residence ini perlu menuruni bukit. Lebih kurang 80 darjah. So korang bayang kanlah. Tapi berjaya juga naik dan turun. Alhamdullilah. Tak besar mana J Residence ni. So bilik cik en 2A. 



Kami disambut oleh seekor kucing oren. Memang manja sangat. Bulu dia kembang mungkin faktor cuaca yang sejuk. Selalunya kes sebegini tandanya cacing. Tapi cik en tak rasa sebabnya dia gemuk dan tak terasa tulang belakang dia. So cik en ambil dia sebagai model. Hahaha




Cik en nak belanja suasana bilik. Tak besar mana. Ada 2 katil, TV, pemain video dan bilik air. Sini tiada line tau terutama Celcom. Jadi ada wifi dan korang boleh guna. 




Selesai mandi, cik en dan adik dah kelaparan, so keluar la sekejap, tak jauh mana pun, 300 meter dan sampai di Kinabalu Park. Berdepan dengan Kinabalu Park ada Restoran Penataran. 


Ini menu kami malam itu dan sup tu sedap sangat tau! Sup Wantan. Sebenarnya semuanya ada 5 menu. Kelaparan sebab kami tak makan sehari suntuk. So jangan terkejut perbelanjaan untuk makan nanti. Memang kami order banyak.


Malam kena tidur berstoking sebab sejuk sangat dan cik en pukul 9.00 malam dah tidur, Tiada siaran TV dan faktor penat drive buat cik en dah berlabuh awal.  

Jam 5.30 pagi dah bangun tau sebabnya cik en nak dapatkan moment pagi di Kundasang ini. So gambar ini lebih kurang 6.00 pagi 






Dari gambar macam tak puas kan? Cik en ada rakam sedikit suasana di J Residence ini. So layan....


So, untuk next entri cik en akan mulakan perjalanan untuk hari ke tiga. Stay Tuned!

Perbelanjaan

Makan Malam : RM50.00

1 comments:

aswaleyla said... [Reply]

wahhh syok nye sejuk2. pi dgn psgn best la ni.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads