www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-10-04

Fish Spa Sungai Moroli Ranau | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency


Fish Spa Sungai Moroli Ranau | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Pintu masuk Ladang Teh Sabah dan Fish Spa Sungai Moroli ini sebelahan sahaja. Korang akan jumpa Ladang Teh sabah dahulu sebelum Fish Spa Ini. Masa awal awal kami datang, pintu didepan ditutup dan kata sungai banjir. Berikutan hujan malam sebelum ini. Lepak di Ladang Teh lebih kurang 2 jam dan kami kembali balik, nampaknya dah boleh masuk. Yepiiiiiiii! So, kami masuk ke dalam dan parking di hadapan padang. Disitu ada gerai kecil kecil jual air, keropok dan barangan jajan. 


Harga tiket untuk masuk adalah RM5.00 seorang dan korang boleh beli makanan ikan dengan RM0.20 sepeket dan terhad seorang satu. So masa kami sampai, kami group kedua. Dan guess what! ikan dia besar hokey! Dah macam nk makan kaki orang. Jom layan dan cik en nak bagi trick untuk bagi ikan datang pada korang dan cara untuk ikan ikan ini makan kaki korang. 




ok, cik en nak cerita sikit skill kat sini. 

  1. Penting korang perlu ada dalam air. Kalau di darat macamana ikan nak datang kaki korang kan? Hahhahaha
  2. Untuk panggil ikan, korang taburkan makanan ikan di kawasan kaki korang
  3. Lepas dah ikan datang, biarkan ikan ikan gesel gesel kaki korang. Masa ini ikan takkan gigit korang. Ikan hanya ngesel ngesel macam kucing ngesel manja.
  4. Jangan tabur makanan tau.
  5. Tunggu sekejap.. Jika ikan dah mula gigit (sebenarnya hisap je) korang akan rasa macam spa. 
  6. Tapi kan sampai satu masa, korang akan rasa sakit. Jadi korang tabur balik makanan ikan itu. Automatic ikan ikan akan berhenti menghisap. 
  7. So ulang la step sampailah makanan ikan habis dan sampai kaki korang dapat bertahan. 



Ini adik cik en, penakut sikit. Dan ada satu wanita ini sampai terjatuh tergolek sebab geli. Kami tak sempat nak menahan. Lenjun habis. Hahah


Sebenarnya beruntung pada kami sebab tak ramai dan masih awal pagi. Ikan masih lapar dan bilangan lebih banyak. Kalau ramai semestinya ada yang dapat beberapa ekor sahaja.. 


Perbelanjaan di Fish Spa Sungai Moroli Ranau

Tiket : RM10.00
Makanan Ikan : RM 0.40 (tak dikira pun dalam bajet so kami ignoredkan. sikit sangat. hahaha)

0 comments:

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads