www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-10-27

12 Tahun Menanggung Masalah Fungas Dan Semakin Hilang Dengan Spray 8


12 Tahun Menanggung Masalah Fungas Dan Ianya Semakin Hilang Dengan Semburan Spray 8  | 12 tahun bukan satu jangka masa yang pendek untuk menanggung masalah kulit lebih lebih lagi di bahagian yang terbuka seperti sebelah atas tapak kaki. Kalau nak mengayakan kasut bertumit tinggi ke party atau majlis makan, semestinya susah untuk cik en cari kasut yang bertutup sebabnya kebanyakkan kasut trend terkini lebih simple dengan tali atau terbuka. Kalau shopping sandal dan heels, cik en tak berani nak membeli sebarangan. Takut menampakkan bahagian fungas ini. Nak tahu keadaan fungas cik en yang cik en hidapi sejak berumur 17 tahun lagi? Tengok di bawah ini


Dulu tak la sebesar ini, kecil dan tidak nampak sangat. Kalau cik en makan seafood, ayam atau ikan yang gatal, semestinya sedap sangat cik en mengaru, sampaikan berdarah darah. Sekarang dah bekerja, macam macam ubat cik en guna, dari satu farmasi ke farmasi yang lain. Urmm.. guess what, sekejap je dan cik en ini jenis malas dan kerap lupa untuk letak ubat krim. Ubat makan seperti tablet dan kapsul pun tak dapat membantu cik en. 

Sampailah cik en mencuba Spray 8 dari Furley Bioextracts ini. Cik en displinkan diri untuk guna sekerap yang mungkin dalam jangka masa 2 minggu. Bau Spray 8 ini macam bau manggis dan sebenarnya Spray 8 ini menggunakan bahan utama dari ekstrak kulit manggis yang berfungsi anti radang atau anti-inflammatory. Patut la bau dia wangi semacam. Selain itu ada ekstrak daun semambu atau neem. Sememangnya neem sangat berkesan dalam analgestic, anti-bakteria dan anti fungas sendiri. Dan tengok tak perubahan kaki cik en walaupun cik en gunakan baru 2 minggu. Macam ini la..


Nampak tak? Fungas dah mula kering, mengecil dan nampak kemerahan. Kemerahan itu tanda kulit dan semakin sihat. Wow! Berjaya juga cik en menyelesaikan masalah fungas cik en ini. Susah sebenarnya kulit jenis sentitif dan kering. Dulu pernah jadi di jari tapi berubat kampung saja yang berjaya sembuh. Dan atok yang berubat cik en tu dan meninggal so masalah cik en ini lama la. Memang bagus la produk Spray 8 ini. Tak sangka cik en. Selain itu bahan lain dalam Spray 8 ini seperti berikut

Water (Aqua), DermaXanTM (Garcinia mangostana L. extract), botanical extract (Quercus infectoria, Azadirachta indica, Phyllanthus niruri & Chromolaena odorata), PEG-40 hydrogenated castor oil, vitamin E, 2- phenylethanol, caprylyl glycol, permitted fragrance. 

Spray 8 ini tak susah guna. Just sembur lebih kurang 15cm dari jarak kulit dan ianya akan kering sendiri dalam masa kurang 5 minit. Rasanya sejuk dan sangat selesa selepas menggunakannya. Spray 8 ini juga tak macam produk lain yang kena goncang. Just sembur je terus tanpa perlu di goncang. Sangat senang kan? Spray 8 ini juga sesuai dan sangat berkesan untuk semua jenis luka, melecur, gatal-gatal, ruam serta ianya sesuai dengan semua jenis kulit. Kulit cik en yang sentitif ini pun sesuai, tiada ruam atau masalah kulit yang lain. Dengan trademark "Spray Penjagaan Luka Semulajadi Untuk Pemulihan Yang Pantas" memang kena la sangat.

Furley Bioextracts yang keluarkan Spray 8 ini cik en nak story sikit merupakan syarikat yang menggunakan buahan manggis sebagai bahan utama untuk produk mereka ini dengan satu tagline "Everyone is looking for safe, all natural product to support the health of their families and themselves - Kelvin Soo, Lab Manager Furley Bioextracts" . Mereka menggunakan bahan semulajadi yang mana kita tahu ianya sangat selamat untuk semua peringkat umur manusia. Syarikat ini juga merupakan Malaysian biotechnology and agriculture yang mengeluarkan produk makanan berfungsi (nutraseutikal), makanan tambahan dan kosmetik (kosmeseutikal) yang berkualiti tinggi. Syarikat ini juga dalah Bio Nexus ( special status awarded to qualified international and Malaysian biotechnology companies ) sejak tahun 2008 lagi dan Menang Most Innovative Award in Biotechnology and Agrotechnology by SME Corporation Malaysia pada tahun 2013

Bagus kan produk ini? Nak tahu harga Spray 8 ini? Korang mesti tak sangka. Sangat berbaloi dan mampu milik. Boleh pakai lama lagi. Ini harga Spray 8

RM50.00 (100ml spray bottle)
RM35.00 (50ml spray bottle) 


Kat mana boleh dapat? korang boleh cari di farmasi berhampiran atau buat pembelian atas talian (online) di http://store.furleybio.com/  . Cik en  recomended sangat sangat produk ini ye. Cik en pakai dan cik en kongsi yang mana bagus dan berkesan. 

1 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

kalau sesuai mmg konsisten la guna kan..

mcm adk yui, suh guna cmd, awal je rjin pstu mls pdhl ada prubhn. payah juga kalau diri sndiri tak dsplin..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads