www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-09-07

TeddyVille Perkenalkan Penang Melalui Patung Beruang


TeddyVille Perkenalkan Penang Melalui Teddy Bear | Pulau Pinang sememangnya negeri yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Cik en pergi buat kali ke 5 dan rasanya masih belum puas untuk round seluruh tempat menarik di Penang ini. Untuk pertama kalinya, cik en ke Batu Feringgi. Pantai Miami dia nampak cantik sangat. Rasa ala ala luar negara gitu. Tapi entri ini cik en bukan nak story mengenai pantai tau! cik en nak bercerita mengenai satu muzium yang dipenuhi dengan patung beruang atau Teddy Bear!!! Siapa suka teddy bear? Cuba angkat kening sikit. Hahaha. Dan korang pernah tak jumpa patung beruang yang 2 kali ganda tingginya dari korang? Tak pernah? Kalau camtu wajib korang baca entri ini sampai habis okey!


Teddy Ville merupakan muzium patung beruang yang pertama di Asia Tenggara. Rasa bangga juga sebabnya ianya ada di Malaysia! Dan semestinya korang akan di sajikan dengan pelbagai jenis patung beruang pelbagai saiz dan rupa dari pintu masuk Teddyville Museum ini sehingga penghujungnya. Cuba perhatikan gambar bawah ini. Betapa besar teddy bear yang pertama kali menyapa kami.


Ini cik en bersama puteri, anak abang long (panggilan team blogger utara) Arz Moha. Last jumpa puteri awal tahun ini dan masa itu, kami ke Wonderfood Museum. Ok, lets to continue. Diawal kemasukan kami, ada satu bahagian menerangkan sejarah Teddy Bear ini. 


Dan guys yang dibawah ini merupakan guide tour kitaorang. Dia menerangkan serba sedikit fakta mengenai teddy bear dan ianya sangat interested sangat tau!


Sejarah awalnya, teddy bear atau patung beruang ini wujud lebih 100 tahun dahulu iaitu tahun 1902. Kisahnya bermula apabila seorang Presiden US yang bernama Theodore Roosevelt atau dipanggil Teddy pergi memburu bear atau beruang dihutan tetapi tidak berjaya. Bersama dengan beliau adalah seorang Hunt Guide. Oleh kerana tengok Teddy asyik asyik tak dapat memburu menangkap seekor pun beruang, Hunt Guide telah mencari beruang tua dan diikat di sebatang pokok. Hunt Guide memanggil Teddy untuk menembaknya tetapi Teddy tidak sanggup kerana kesian. Teddy melepaskan beruang tua tersebut dan ianya dilihat oleh wartawan. Semenjak dari kisah itu, kisah Teddy dan beruang dalam bentuk kartun dilukis dan disebarkan melalui akhbar seluruh US. 


Kisah tersebut menarik minat ramai orang dan juga seorang peniaga kedai gula gula di Brooklyn, Morris Michtom untuk menghasilkan patung beruang dan diberi nama Teddy sempena nama Theodore Roosevelt dan Bear iaitu beruang. Jadilah nama Teddy Bear tersebut. Korang nak tengok patung beruang pertama di dunia? Tengok di bawah ini. Dihasilkan pada tahun 1902


Selepas itu, dihasilkan mata patung beruang dan dibawah ini antara mata anak patung yang dihasilkan awal awal dulu.



Nak tahu patung beruang bergerak yang pertama kali? Tengok yang bawah ini. Ini antara first patung beruang bergerak.


Yang bawah ini, patung beruang pertama berbunyi. Siap ada kaset lagi. Ini untuk bed story sesuai. Kalau peluk mesti sakit. hahahha


Sedikit suasana stage pertama Teddyville Museum ini yang cik en nak belanja.. Taraaaa...


Yang bawah ini, patung beruang paling keras. Hahhaha. Sebabnya di perbuat daripada wood (kayu)


Okey, yang ini pulak patung beruang paling mahal dalam dunia. Siapa boleh teka? Nevermind, tak perlu teka, cik en akan beritahu. harga nak patung dibawah ini RM20,000.00.


Ok, masuk stage ke 2, kat sini setiap patung beruang yang ada hanya ada satu dalam dunia. Sebabnya ianya di tempah khas untuk muzium ini sahaja. Sebelum cik en biarkan korang jalan jalan dalam muzium ini, cik en nak ceritakan sikit. Konsep TeddyVille ini adalah memperkenalkan Pulau Pinang atau Penang kepada pengunjung tapi diadaptasi pada patung beruang atau teddy bear ini. Jadi, korang akan jumpa teddy bear yang kecil comel dan sebesar manusia. Korang boleh peluk, boleh kiss kiss dan sebagainya. Enjoy sangat. Jom kita teruskan jalan jalan dalam muzium ini.








Memperingati P.Ramlee



Sebahagian keluarga Blogger Utara


Char ketiau satu!


Bora Bora



Penang Hill atau Bukit Bendera






















Bersama abang long Blogger Utara dan isteri serta anak dia.





Penat tak scroll? ada tak ala ala cik en jalan jalan dan tunjukkan apa yang ada dalam Teddy Ville ini tapi dalam bentuk gambar? Kalau korang rasa tak puas, korang kena pergi sendir tempat ini. Cik en sendiri rasa nak repeat balik jalan jalan dalam ini.

Lastly mestilah cik en nak kongsi gambar geng yang join sekali dalam aktiviti Marathon Blogger Utara ini. Cik en kenalkan ye. Dari kanan, Farah, Husna, Cik En Omey, Zumal, Abang Long Arz, Pha Is, Nurul Yui, Zarul Farhana dan Kak Marsha


Ini keluarga besar kami pada hari tersebut. Happy sangat sangat sebabnya meriah dengan kawan kawan baru. 


Korang nak tahu berapa dan dimana Teddy Ville ini. Ini detailnya

Harga tiket TeddyVille Museum 
Dewasa RM36 (Tanpa MyKad) RM 27 (Dengan Mykad)
Pelajar RM29 (Tanpa MyKad) RM 22 (Dengan Mykad)
Kanak Kanak RM25 (Tanpa MyKid) RM 15 (Dengan Mykid)
Kanak kanak bawah 3 tahun FREE


Alamat 
Ground Floor (Inside The Building)
56, Jalan Low Yat
Batu Feringgi
11100 Penang

Laman web
http://www.teddyvillemuseum.com/

FB Page

Waze
TeddyVille Penang

Contact
beary@teddyvillemuseum.com

No telefon 
Tel: 016-550 5949

And last, cik en up sikit gambar selfie di depan pintu TeddyVille ! Pintu masuk pun dah menarik kan! So kalau ada bercuti di Penang terutama di Batu Feringgi, Jangan lupa untuk masukkan dalam list jalan jalan korang ye!


Bye! Adios...

8 comments:

Zie Azi said... [Reply]

tiket mahal jugak nak masuk.anyway mesti best kat dlm tu ada bermacam2 teddy kan..

Nor Marshaliza Shaidan said... [Reply]

Rasa nak g lagi la cik en....besttt

Kira Sakura said... [Reply]

Nampak sweet cute je museum dia

cassandra sue rae said... [Reply]

best nyer...nake gi pun =)

myheartots.wordpress.com

husna zahidi said... [Reply]

gambar cun melecun! nak gak S7 edge..:p

aRz MoHa said... [Reply]

banyak gambar menarik. macam-macam aksi boleh buat kan?

rugilah kalau mai penang tapi tak pernah sampai...

aRz MoHa said... [Reply]

adakah ini entri paling banyak gambar hehehehe

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

mmg best!

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads