www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-09-22

Phantamania Penang | Trust No One, Just Have Fun


Phantamania Penang | Trust No One, Just Have Fun | Sesuai dengan temanya, Just Have Fun!. Korang akan gelak tak berhenti henti start dari awal sehingga penghujungnya. Cik en dan team Blogger Utara sampai lewat sedikit, so masa kami sangat terhad. Iyelah, kebetulan kami pergi masa Merdeka Day, so Penang jadi sesak sangat. Tapi stress kesesakan memang hilang bila masuk Phantamania ini. Jom kita masuk!


Semestinya gamabr di atas bukan gamabr cik en, masa mula mula masuk, korang akan melalui cermin banyak banyak ini. Sebabkan excited sampai terlupa nak ambil gambar bahagian ini. Kena la google. Part ini cik en lepas tau. Tangan kena letak di bahagian belakang badan dan kalau salah lorong terhentak juga kepala pada cermin ini. hahahha.. OK, jom next bahagian pula


Ha. korang nampak macam ambil gambar dari bawah kan? hakikatnya gambar ini di ambil dari atas. 


Hahaha. konon nak buat orang confius tapi masa nak ambil gambar ini kami yang confious. Memang kelakar..


Sebenarnya, untuk part yang ini ada video. Kami memang posing merepek aja. Memang gelak dan kering idea nak posing tau! 


Nampak sejukkan? walaupun bukan ais sebenar tapi terasa weh kesejukannya siap order hot choclate kot. Bila di fikirkan mind set kita sebenarnya memainkan peranan.


Part ini korang akan rasa macam cool je. lagi lama korang lepak dalam ini.. korang rasa macam ada banyak kunang kunang


Siapa kata tak ada Iglu di Malaysia. Ada di Penang okey. Kalau nak tengok real atau tak, kena pergi ke Phantamania ini okey


Kami nak terjun telaga buta ini. Manatau dapat pergi ke dunia magika macam cerita Dania Danelle dan Mawi. Hahhaha. 

Sebenarnya banyak lagi gambar menarik. Disebabkan tak mahu spoil kan mood korang masuk ke Phantamania ini, cik en belanja sikit sikit dulu. Nak tahu detail Phantamania ini? Boleh rujuk di bawah ini

Harga tiket Phantamania Penang
Dewasa RM28 (Tanpa MyKad) RM 19 (Dengan Mykad)
Pelajar RM18 (Tanpa MyKad) RM 12 (Dengan Mykad)
Kanak Kanak RM18 (Tanpa MyKid) RM 12 (Dengan Mykid)
Kanak kanak bawah 100cm  FREE

Alamat 
193, Lebuh Victoria
10300 Georgetown 
Penang

FB Page
Phantamania

Waze
Phantamania Penang

Contact
phantamania.info@gmail.com

No telefon 
Tel: 04-2633193

Maklumat Tambahan

  • 15 minit berjalan dari Komtar
  • 5 minit berjalan dari Terminal Feri
  • 1 minit berjalan dari Armenian Street
  • 10 minit berjalan dari Ghost Museum
  • Kawasan Pusat Bandar Penang

1 comments:

husna zahidi said... [Reply]

serius husna masuk dgn kwn² hari tu asyik ketawa je hahaha.. mana pikir cara nak pose lg, masuk dlm nih lg buat habis betri.. hahahah..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads