www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-09-28

Persediaan Awal Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency


Persediaan Awal Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Sabah Negeri Di bawah Bayu merupakan satu tempat yang menjadi idaman cik en sejak dulu lagi. Semuanya bermula cik en tengok satu tempat menarik di kawasan Kundasang. Cuba teka? Kawasan ini banyak lembu susu. Sesuai dengan perkerjaan cik en yang selalu ke ladang ternakan. Ada yang dah teka? Dan semestinya jawapan korang itu betul kerana tempat yang banyak lembu di Kundasang adalah Desa Cattle Farm. Tempat yang 2 tahun cik en idam kan nak pergi. Tak sangka, ada orang sponsar tiket flight. Hahaha

Mulanya, dia hanya cakap cakap dan cik en ini jenis orang yang tidak mudah berharap kecuali benda dah ada depan mata. Satu hari dia minta tarikh untuk ke Sabah, so dalam keadaan acuh tak acuh (sebabnya anggap dia hanya bergurau) cik memilih bulan 20 September 2016. Kemudian dia tanya lagi, berapa hari kalau dah ke sana? Hurmmm.. cik en cakap nak 4 hari 3 malam. Confident juga walaupun rasa mustahil boleh travel lama lama di tempat yang tak pernah pergi. Tak sampai 10 minit, dia print kan booking tiket flight.

Tergamam juga bila dah kertas booking depan mata. Dok tenyoh tenyoh mata takut bermimpi dan nampaknya bukan lagi mimpi.Kalau tak silap cik en, dia tempah bulan April 2016 so cik en ada 5 bulan untuk merancang perjalanan semasa di sana. Cik en pergi dengan adik cik en berdua sahaja tanpa terfikir nak ambil travel agency atau travel guide di sana. 

Dan untuk pengetahuan korang, ini merupakan travel trip cik en pertama keluar daripada semenanjung Malaysia. Pertama kali juga naik flight dan pertama juga travel ala ala backpacker. Di semenanjung, hampir ke semua negeri cik en dah pergi, so sampai masa la keluar dari keselesaan berada di semenanjung. 

Sepanjang 5 bulan, cik en akan survey tempat menarik di sekitar sabah dan banyak juga blog blog yang cik en kumpul kan dan buat sedikit nota. Cik en akan kumpulkan tempat menarik sekali asing mengikut kawasan seperti Kota Kinabalu, Tamparulli, Kundasang dan Ranau. 



Abaikan kalau ada berlaku kesalahan tempat sebabnya masa ini, masih belum boleh bayangkan perjalanan di sana. Selesai listkan cik en mula start buat google maps dan rancang perjalanan dan masa yang diperlukan. 


Selesai buat peta sendiri cik en mula merancang kemana dulu yang cik en perlu pergi. Jadi diawal perancangan, cik en merancang untuk terus ke kundasang sesudah sampai ke Airport tapi adik angkat cik en iaitu Iera yang memang menetap di sana nasihat untuk stay di Kota Kinabalu pada hari pertama untuk cik en betul betul ok daripada jet lag ( tapi sebenarnya tak ada pun) sebelum drive jauh. So di bagi cadangan macam di bawah ini. 


So cik en tukar jadual dan cik en draf semula perjalanan cik en. So cik en listkan untuk aktiviti hari pertama sehingga ke empat macam bawah ini




Hahaha. Dah macam nota dalam kelas kan? So korang rasa cik en ikut tak apa yang cik en rancang ini? kalau nak tahu, kenalah baca entri entri selepas ini. Hahaha. Kelaut juga sebenarnya perancangan ini tapi kebanyakan tempat yang di senaraikan kami berjaya sampai. 

Selesai saja mengenai perjalanan, Semestinya cik en kena survey kereta sewa dan hotel hotel. Untuk kereta sewa, cik en intak tolong Iera carikan dan dia ada bagi 2 owner kereta dan cik en memilih kereta sewa sabah dari Faizul (019-4817846) dengan nilai RM360 untuk bermula jam 12.30 tengah hari 20 September sehingga 12.30 tengah hari 23 September. Kalau ikutkan satu hari 24 jam Faizul cas RM140 sehari dan dapat diskaun RM120 sehari. Tapi ada yang cas rm100 sehari tau. Yang itu korang boleh hubungi Niswan ( 010-9405767). Kenapa cik en memilih Faizul sedangkan harga dia lebih mahal? Sebabnya Niswan lambat reply dan cik en dah deal dengan Faizul. Dan cik en cakap, cik en nak kereta baru dan tip top tiada masalah sepanjang perjalanan. So ok kereta yang cik en dapat tu? yang itu pun, kena tunggu entri seterusnya. Nak cerita semuanya panjang lebar entri cik en ini.

Selesai kereta sewa, cik en dah muka godek Booking.com, Traveloka.com dan Trivago. Lastnya cik en guna Booking,com untuk hotel di Kota Kinabalu dan Traveloka.com di Kundasang. Di KK, cik en memilih Promenade Service Aprtment dengan harga RM91.30. Bilik studio dengan dapur kecil. Untuk malam kedua di Kundasang cik en memilih J residence dengan harga RM85.14. Untuk hari ketiga, cik en akan buat booking last minute sebabnya cik en nak cari tempat yang dekat dengan shopping tanpa perlu drive, Hanya jalan kaki sahaja. 

Oh ya,, lupa lagi satu part, cik en di Sitiawan dan cik en perlu ke KLIA. Dan cik en tak suka menyusahkan orang untuk hantar dan ambik, jadi cik en menggunakan bas Star Shuttle untuk pergi balik. Itu cik en walk in sendiri di kaunter Star Shuttle di Sitiawan. 

So, persiapan cik en dah settle dan cik en hanya menunggu hari ke Sabah. Jadi untuk persedian awal ini cik en nak listkan budjet cik en. Ini bukan save budjet sebabnya tiket flight dan sewa kereta korang boleh dapat lagi murah.

Perbelanjaan Persediaan Awal Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency 

Tiket Star Shuttle (pergi/balik) : RM 85.00 (RM48 pergi/ RM37 balik)
Tiket Flight (pergi/balik) : RM 307.40
Kereta Sewa (Saga FLX auto) : RM360.00
Promenade Service Aprtment : RM 91.30
J residence Kundasang : RM85.14

Jumlah : RM 928.84

Segala persiapan ini cik en buat berperingkat. Gaji satu bulan untuk selesaikan tiket bas, bulan depannya kereta sewa, lepas itu hotel. So tak terasa sangat gedebuk keluar duit dekat RM1000 itu. Hahahha. Okey, lepas ini cik en akan keluarkan entri travel ini secara harian. So akan lebih banyak cik en akan kongsi mengenai satu satu tempat itu. 

3 comments:

Nona Qiyah said... [Reply]

Wahhh5! ta zabar nak bacaaaa !!!

Teringin gak p sanaaa... tapi, semenanjung pon x habis lagi...hahaa~

Nao Mei said... [Reply]

Kalau pergi ramai2 boleh kongsi bayar sewa hotel

Oyong Ilham said... [Reply]

asyik ni percutiannya ..saya ingin juga nak pergi kesana

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads