www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-09-17

Ingin Membuat Aduan Mengenai Haiwan?


Ingin Membuat Aduan Mengenai Haiwan? | Pernah tak korang ada masalah dalam membuat aduan mengenai haiwan. Tak kiralah kucing, anjing, monyet, lembu, kambing atau haiwan haiwan yang lain? Meh cik en kongsikan info  mengenai aduan mengenai haiwan ini. 

Bidangkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar terhadap aduan berkaitan anjing hanya melibatkan:

  1. Penyakit berjangkit seperti anjing gila
  2. Aduan berkaitan anjing yang mengigit perlulah dibuat laporan polis terlebih dahulu dan mangsa telah menerima rawatan di hospital
  3. Kebajikan dan kezaliman terhadap anjing
Bidangkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah

  1. Aduan gangguan oleh ternakan/haiwan : bunyi salakan anjing, bau najis di kawasan perumahan, kacau ganggu
  2. Aduan anjing berkeliaran dan terbiar
Perkhidmatan Pengawai Makhluk Perosak Jabatan Perkhidmatan Veterinar

  1. Aduan di luar bidangkuasa jabatan perlu disalurkan kepada PBT atau Pejabat Daerah, Jabatan hanya akan membantu dari segi pelalian haiwan dan euthanasia sekiranya mendapat permohonan daripada PBT atau Pejabat Daerah
  2. Bagi kawasan milik syarikat dan persendirian, kos perlalian dan euthanasia dibayar oleh pemohon. Surat permohonan perlu dihantar kepada Jabatan
Jabatan yang bertanggungjawab dalam aduan haiwan

Jabatan Perhilitan Negeri atau Daerah 
Haiwan liar seperti monyet, babi hutan, ular, musang burung dan sebagainya

Pihak Berkuasa Tempatan / Pejabat Daerah
Anjing, kucing, lembu, kerbau (haiwan ternakan) berkeliaran dan terbiar sehingga menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk seperti dikejar, menyalak dan bau najis

Jabatan Perkhidmatan Veterinar / Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah
Anjing berpenyakit atau haiwan berpenyakit (kurap) atau cedera




Sumber : Laman web Veterinar Perak

4 comments:

Puan Wawa said... [Reply]

Tq cik en

Eira Aikawa said... [Reply]

Assalamualaikum..
Saya nak tanya, kalau kawasan rumah terganggu dengan bau busuk dari haiwan peliharaan boleh buat aduan gak ke

Eintan Nurfuzie said... [Reply]

@Eira Aikawa boleh.. majlis perbandaran

madhiahmahmud said... [Reply]

Assalamualaikum...
saga nak tanya kalau nak melaporkan kuda terbiar macam mana? di kawasan kejiranan saya ada seekor kuda padi yang ditinggalkan di kawasan tali air yang tiada sebarang pokok atau teduhan untuk berteduh. tuan punya kuda tu hanya akan mengambil kudanya pada waktu malam sekitar jam 9 atau 10 malam. kadang-kadang saya pun tak pasti samada kuda tu ditinggalkan semalaman dekat situ. sebabnya sehingga lewat malam saya masih dengar suara kuda tu dan pagi esok selepas subuh kuda tu dah ada di tempat yang sama. mohon bantuan. sedih tengok makluk Allah yang tak berdosa dibiar sepi disitu atas kezaliman manusia.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads