www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-09-08

Buah Kekabu dan Pokok Kekabu


Buah Kekabu Semakin Dilupai Generasi Muda | Kekabu selalunya digunakan untuk dibuat bantal, tilam dan bantal peluk. Selalunya orang yang biasa menggunakan bantal kekabu untuk tidur, tidak akan selasa kalau menggunakan bantal span yang lain. Begitu juga cik en, walaupun meleleh air liur, tapi cik en akan tetap bantal tidur cik en tu. Setiap 2 minggu, cik en akan jemur untuk bagi gebu semula. 

Apabila cik en keluarkan gambar diatas, yang meneka tepat selalunya orang orang yang lahir 90an, 80 an dan ke atas. Cik en jumpa buah kekabu ini masa memeriksa ladang itik di kawasan Kampar Perak. Pokok ini ditanam di dalam ladang untuk menjadikan kawasan ladang itik redup dan sejuk. Tahu tak macam mana pokok kekabu? Boleh tengok dibawah ini



Pokok ini masih muda tau! dalam 2 atau 3 tahun. Mulanya cik en pun tak cam. sebabnya di kampung cik en pokok kekabu ini tinggi melampai. yang ni rendah. Hahaha.. apa pun cik en bawak balik juga sedikit buah kekabu ini. Cik en akan asingkan kekabu dan biji kekabu terlebih dahulu. Lepas tu cik en perlu jemurkan sampai nampak gebu. Lepas tu carilah kain dan masukkan seterusnya jahit sekeliling. Dah jadi bantal kekabu. 

  2 comments:

  1. Rumah nenek kita byk pokok kekabu ni, bila musim bebrbuah kering tu....buah ni akan terbuka, nanti...berterbangan kekabu, feeling macam snow kat korea hahaha

    ReplyDelete
  2. kt kebun saya ada jugak.. mak slalu kutip buat bantal

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!