Blusher di Daiso Pun Cantik Juga Hasilnya


Blusher di Daiso Pun Cantik Juga Hasilnya | Daiso kedai barangan dari Jepun yang menawarkan barangan RM5 setiap barangan ( kini rm5.30 sebab GST) telah wujud di negara kita beberapa tahun ini dan selalunya ada di setiap AEON. Cik en selalu cuci mata dengan barangan yang ada. Tapi tidak pernah sekali mencuba barangan make-up Daiso. Takut juga, cuba cuba muka naik jerawat pulak kan. 

Tapi cik en ada beli beberapa barangan make-up dari Daiso seminggu lepas. Itu pun saja nak ambil skill conteng conteng muka selepas 4 tahun tidak bermake-up. Nak conteng guna produk mahal memang rugi la kan? Jadi keluarkan budget sedikit untuk beli concealer, eyeshadow (pembayang mata) dan blusher (pemerah pipi). Saja main conteng conteng waktu cuti. Tapi bila cik en gunakan blusher dia nampak natural pulak pipi cik en, tak ada la merah seketul di pipi yang memang macam pau ini. 


Cik en memilih warna orange sebab tiada warna coklat. Hampir seminggu pakai dan hasilnya nampak cantik pula dan tidak ada sebarang radangan di pipi. So lepas ini bolehlah guna untuk pergi kerja. Murah tapi hasilnya cantik. 

Untuk gambar comel cik en di atas itu, cik en menggunakan Brightening Day Cream dari Good Virtues Co. , foundation dari Chriszen Moist Cake, Bedak compact Silky White, Eye Liner dari Maybelline, Blusher Daiso dan Lipcolor Balm Moisture Boost Silkygirl warna Latte. So nampak muka keoren-orengan. Hahaha. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

10 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ok ke ... tak pernah beli lagi selalu tgk tp tak berani nk amik

    ReplyDelete
  2. Suka makeup daiso...penah beli eyeshadow...besttt...murah dah warna dia cantik...x gatal pun kan hehehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau dapat kulit yg xde mslh nak pakai produk apa pun...
    mcm nieyl nie EN..susah skit..tak boleh tepek sebarangan..sat lagi..beruam..merah².. :)

    ReplyDelete
  4. cantik kulit ein..kalau saya pakai sebarangan mesti jerawaat naik

    ReplyDelete
  5. Perghh blusher RM5.30 je? Hee nanti kena masuk Daiso jugak ni hari tu tak sempat masuk..

    ReplyDelete
  6. lepas ni KG nak ke daiso la...nak juga try..heheh

    jemput singgah di sini ya cik ein

    http://www.kakgojes.com/2016/08/homestay-hotel-dan-penginapan-di-kundasang.html

    ReplyDelete
  7. wah boleh try ni cik en :D natural je nampak. jemput visit http://azirafreesia.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. Akak pernah tengok satu video kat youtube dia tunjuk beza makeup murah dan mahal..kenyataan nya sebenarnya sama je..yang memebezakan nya ialah cara kita menggunakan dia..kalau tak pandai memang tak lawa..kalau pandai lawa macam ein la jawab nya.hehehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post