www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-07-18

Resepi Laksa Goreng


Resepi Laksa Goreng | Laksa sangat sinonim dengan kuah ikan tapi ada satu tempat cik en makan di Pulau Pangkor menyediakan laksa goreng. Tapi laksa gorengnya pedas dan semestinya lidah "mak salleh" cik en ni tak tahan pedas. Tapi resepi ini bukanlah resepi sama di Pulau Pangkor. Sebabnya cik en perhatikan laksa goreng di sana macam ada letak kuah laksa juga. Kalau nak rasa kena bercuti di Pulau Pangkor. Kalau sampai Pulau Pangkor roger cik en tau sebab cik en di area situ juga. Dah puas membebel meh cik en kongsi resepi Laksa Goreng Ala Cik En ni

Bahan Bahan

Laksa ( boleh guna laksa kering dan direbus, laksa beras yang selalu di jual di kuala kangsar )
Bawang merah dipotong
Bawang putih dipotong
Fishcake/Fishball/udang/ayam/daging (mengikut citarasa)
Telur
Cili kering (dikisar) - ikut tahap kepedasan korang
Sos Cili
Sos Tiram
Kicap Mee
Lada Putih
Taugeh

Cara Penyediaan 

  1. Untuk laksa goreng ini yang penting adalah laksa. Jika laksa direbus atau lebihan laksa yang disimpan didalam peti ais, pastikan dicelur. Tapi separa celur tau. Bukan apa kalau celur sampai laksa terlalu lembut susah untuk dimasak.Tapi hasil terbaik laksa yang disimpan di dalam peti ais untuk dapatkan tekstur yang sedikit keras
  2. Boleh separuh goreng/masak terlebih dahulu Fishcake/Fishball/udang/ayam/daging dalam minyak yang lebih sedikit
  3. Selesai goreng boleh angkat dan buang sedikit minyak seterusya boleh tumiskan bawang merah, bawang putih.
  4. Sudah naik bau boleh masukkan balik Fishcake/Fishball/udang/ayam/daging yang korang goreng tadi
  5. Masukkan cili kering, sos cili, sos tiram dan kicap mee
  6. Agak - agak air yang dimasuk mengikut tahap tekstur laksa. (lagi sedap kalau air ini kuah laksa baru ump rasanya)
  7. Biarkan seketika sehingga cili kering masak
  8. Boleh masukkan telur tapi pastikan api kuat. Jangan terus kacau telur tu, biarkan ia separuh masak barulah di kacau. Kalau di kacau awal, cepatlah kuah korang tu mengering nanti jadi tak sedap
  9. Selepas itu boleh masukkan laksa. Jangan lupa untuk perlahankan api.
  10. Jangan terlalu kerap mengacau takut nanti laksa akan jadi pendek pendek. 
  11. Terakhir boleh letak lada, garam dan taugeh.
  12. Gaul sebati dan boleh tutup api
  13. Apa tunggu lagi, makan la...
Laksa ini rupa dia seakan udon juga. Cuma udon selalu di buat sup atau sizzling. So kalau lepas ini, ada lebihan laksa tapi kuah laksa tak ada, boleh cuba resepi ringkas ini. Oh ya, Laksa pangkor lain tau. Jangan disama dengan laksa di tanah besar ini. Laksa pangkor lebih kecil dan sesuai untuk dibuat laksa pangkor berkuah sahaja. 

4 comments:

Normi Nieza said... [Reply]

Sedapnya..bolh cuba ni😊

Syira Lokman said... [Reply]

selamat malam, rajin update blog ye..hehe..syira lokman datang intai blog lagi :D

Mar Mansor said... [Reply]

tak terpikir pula laksa ni boleh goreng..hehe

DYatie ABakar said... [Reply]

Aduhhhh temptingnyaaa!

Salam perkenalan..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads