www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-07-14

Maybank Buat Loqlaq Pulak!


Maybank Buat Loqlaq Pulak! | Kisah panas dari facebook cik en hari ini. Kisah penukaran kad maybank kepada Kad Debit Pay Wave terbaru yang diarahkan oleh Bank Negara bagi memastikan keselamatan pengguna Debit Card. Sebagai seorang pengguna tegar Kad Debit ini dalam urusniaga dan shopping, semestinya cik en akan alert lebih. Sebab cik en seorang yang tidak suka bawa wang tunai kecuali ke pasar malam. Hahaha. Cik en lebih suka menggunakan kad debit ini. Mudah dan selamat. 

Kisahnya bermula begini, cik en bukan dapat sms, whatsaap untuk membuat pertukaran kad ini tapi official dari maybank melalui sms. Tapi cik en terdelete sms tersebut semasa menukar telefon. 2 kali cik en dapat dan cik en tiada bukti nak kongsi disini. Cik en dapat melalui 5 nombor yang selalui diberi bila request no TAC untuk urusan Maybank Online. Jadi trusted la kan? Malah bukan hanya Maybank sahaja, CIMB Bank, Ambank dan BSN juga ada hantar surat meminta pelanggan menukarkan kad tersebut. Apabila sampai, cik en beritahu bahagian customer service yang nak tukar kad baru. Boleh pula di tanya untuk apa? Cik en jawab sebab dapat sms untuk tukar pasal debit wave tu. Korang tau dia boleh jawab apa? Kan atas kad itu dah tulis sampai 2018, jadi boleh pakai sampai 2018 (sambil gelak sinis). Eh? Cik en dah panas cik en keluar terus. Teruslah buat aduan di Facebook Maybank. 

Bermula denga review dan pihak admin maybank minta private massage mereka untuk penerangan lebih jelas. Jadi inilah perbualan kami






Akhirnya selesai masalah cik en. Memang Maybank Buat Loqlaq pulak hari ini. Sedangkan cik en dah selesai menukar kad BSN, Ambank dan CIMB. Tersangkut hari ini untuk Maybank. Kalau tak, selesai sudah tak perlu cik en nak tangguh tangguh lagi mengenai hal remeh ini. Untuk pengguna bank di luar sana. Boleh tonton youtube dibawah ini untuk kenali kad baru ini


Jadi bermula sekarang, korang boleh mula ke bank untuk membuat pertukaran sehingga 31 Disember 2016. Bermula 1 Januari 2017, segala urusan debit akan menggunakan kad PIN baharu ini. 

9 comments:

eima said... [Reply]

cam kes kite plak ... pihak maybank yang paksa kite tukar wlupun kite syg kat pertama yg tak pernah ditukar sejak 14 thn lps tu ...

paridah said... [Reply]

nak permudah urusan jadi susah pula ya...salam idilfitri eintan

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

nnti nk try tnya.

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

terima kasih atas perkongsian maklumat

Fiza Rahman said... [Reply]

Tak der plak dapat SMS dari maybank. Alaaaaa... lecehlah nak tukar2 kad ni :-(

adianiez AIDA said... [Reply]

Aida br settle tuko kad maybank pagi td.
dpt mesej kata before 31 julai ni.
bila tanya staff maybank ~ before 31 disember.
abis tu nape viral kan kata before 31 julai!!!???
kelam kabut 1 negara.
dia selamba kata x nak trafik jen akhir tgn nanti.
aduhai...
nak tuko 1 kad, 3 jam kena lepak kat bank sambil berdiri!!!

timm bill said... [Reply]

so, kiranya dok guna kad biasa ni kena tukar kad eh??

umminani said... [Reply]

kesimpulannya kena tukar ker?

Anonymous said... [Reply]

jap... boleh tak bagi artikel bank negara bagitahu pasal kena tukar kad debit ni? saya pun dapat tahu dari kawan2 opis... tak faham kenapa perlu tukar, apa fungsi mydebit dan paywave baru ni... saya pun tak terima sms dari maybank atau cimbank... dengar kata semua bank perlu tukar..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads