www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-06-17

Wujud Ke Lelaki Yang Memilih Hati Dari Rupa?


Wujud Ke Lelaki Yang Memilih Hati Dari Rupa? | Wujud ke lelaki yang memilih hati, sopan santun dan memiliki ciri ciri wanita ala ala melayu terakhir? Sebagai pengalaman cik en sendiri, tidak kisah lelaki atau wanita, gambaran pertama yang menjadi keutamaan pada mula perkenalan adalah fizikal dan raut wajah. Jika tidak menarik langsung, semestinya tak akan ada langkah seterusnya untuk berkenalan. Kalau ada pun mungkin kerana urusan atau alasan yang tidak dapat dielakkan. Terpaksa berurusan dan berkenalan.

Selepas itu, barulah kita boleh menilai hati dan perwatakan baik atau tidak. Cik en dikalangan ladies yang tidak mempunyai rupa ala ala model dan menarik, agak brutal dan jenis serba ringkas, tidak pandai mengikuti fesyen fesyen terkini, tudung pun jenis pakai sarung saja. Sesekali la memakai shawl atau selendang. Baju yang ada pun kebanyakan T-shirt, kemaja boleh la dibilang. Dan seluar lebih kepada jeans dan slack sebab pakai bekerja. Dan sepanjang cik en keluar hangout dengan rakan rakan yang lebih berstyle dan pandai berhias, cik en bukanlah jadi pilihan mereka mengorat. Haha, jadi penampilan sangat penting dalam menarik minat orang tertarik dengan kita. 

Tapi atas apa yang berlaku sebelum ini, cik en rasa bersyukur juga, sebabnya cik en bukan dalam golongan yang dapat menarik perhatian lelaki. Dan buat cik en rasa dilindungi dari sebarang anasir anasir yang tidak baik. Jadi, jika korang seorang yang gemuk, tidak cantik, gelap dan tidak mempunyai raut ala ala model, jangan merendah diri. Isikan dengan spirit, confident dan percaya diri kita ini permata di antara pasir laut yang ada. Tengok Sherry Al Hadad, walaupun badan berisi, tapi kita suka tengok dia, sebab kadar keyakinan dia yang tinggi 

11 comments:

SalbiahM said... [Reply]

setuju sangat dengan entri ein ni..memang lah apa-apa pun orang pilih hati, tapi kalau rupa biasa-biasa, susah nak harapkan orang datang berkenalan. yang penting, yakin dengan diri sendiri dan bersyukur apa yang Allah kurniakan

AinAthirah Anuar said... [Reply]

Betul tu! Setujuk dengn pendapat cik en. Ain pun bukan golongan yg kalau keluar yang mendapat perhatian lelaki. Yg tu Ain lebih selesa. :)

Nona Qiyah said... [Reply]

Haa, untung siapa dapat cik En, hehhee

Athirah Zain said... [Reply]

betul, tak kisah bergaya ke tak, cantik ke tak, asalkan kita rasa safe dan confident..

Jamil Hashim said... [Reply]

SINGGAH RAMADHAN

https://belogs.blogspot.my

Siti Rohaida Yusof said... [Reply]

jadi diri kita sendiri...lelaki sekarang boleh menilai...

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

keyakinan tu kena ada...heheh

Ar Eirza Japar said... [Reply]

wujud lagi cik en..dun worry..jodo tu stiap org tuhan dh janjikan...klau dh jodo adalah percaturan tuhan pertemukan nanti..macam akak dulu...bukan gemuk tapi jenis kurus melidi..badan sepapan, berat 38kg je, tinggi 154cm..bygkan body mmg sekeping..non ada ciri2 wanita sejati gitu...kulit gelap..dr kck org dok panggil anak keling...kwn2 sume kawen muda..tp akak xkisah pun..tetapkan ati spend time berbakti pada orang tua..alhamdulillah..jodo dtg xdisangka2...kenal jap terus kahwin...doa byk2 ye...

p/s: akak selalu silend reader je, jrg komen..eheheh

Elih Zumazad said... [Reply]

Wujud, memang wujud hehe...

Siti Yang Menaip said... [Reply]

hehehe wondering jugak.. adakah ? kalo ada pun brapa lama dia snggop setia ? wakakak gituuu..

Yeop Maz said... [Reply]

Assalamualaikum.

yeop dah balas entri awak dengan entri yeop. maaf ambil masa lama untuk membalasnya.

http://yeopmaz.com/kalau-betul-dia-si-jantung-hati/

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads