Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar 2016


Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar 2016 | Selesai sudah menjalankan tanggungjawab dalam mengundi di PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 yang lalu. Segan juga nak mengaku, inilah kali pertama cik en mengundi. Sebenarnya pada pilihanraya yang lepas, cik en bertugas sebagai penunjuk arah di tempat lain dan cik en terlambat untuk mendaftar undi pos, jadi rugilah satu undi dari cik en pada masa itu. Kebetulan memang jauh antara tempat mengundi dan tempat cik en bertugas. Jadi kali ini, cik berpeluang mengundi di kampung sendiri.

Yang best, tempat mengundi adalah di sekolah rendah cik en, jika sebelum ini, tak berpeluang dan sibuk, kali ini, setelah berpuluh tahun tak jejak, cik en masuk juga Sekolah Kebangsaan Menora, Kuala Kangsar Perak. Banyak dah perubahan dan saluran cik en di bilik darjah terakhir cik en belajar. Nerveous juga nak mengundi, sebelum ini hanya menunjuk arah, kali ini memangkah. Cik en pergi bersama mak dan adik cik en. Abah cik en tercampak jauh di Talang Hulu. Cik en dan adik dapat saluran 3 dan mak cik en di saluran 1. 

Memang ramai la sebab saluran 3 adalah saluran belia. Sambil itu sempat juga jumpa tersempat kawan lama dan masing masing dah besar panjang. Tidak lah bertegur sapa sebabnya dah lama tak berjumpa. Sementara beratur, cik en sempatlah selfie dengan adik cik en.


Dalam sejam, selesailah semua. Cik en undi siapa? Undi adalah Rahsia okey!. Dan siapa pun yang kita undi, undilah dengan tepat. Dan seperti yang sedia maklum, semua yang mengundi ada tanda di jari dan sampai lani, dakwat tu masih tak mahu hilang.. Wa! Wa!


Harap bolehlah hilang sebelum raya. Jari telunjuk dah tak gebus gitu, bila buat rawatan anak anak bulus di klinik, memang sentiasa memakai sarung tangan. Hahaha. Diharap, sesiapa yang memenangi akan menjalankan tanggungajwab sebaik yang mungkin dan jangan mungkir janji. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

6 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Cik En undi siapa yer? Huhuhu..tahan tak dakwat tu?

    ReplyDelete
  2. dah tahan dakwat tu len kali buh 10 jari dakwat.. jadi inaii untuk raya..

    ReplyDelete
  3. result mengundi pun dah keluar.. hihi... semoga calon yang menang tu melaksanakan tanggungjawab beliau kan cik en :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..
    dh settle t/jawab...

    ReplyDelete
  5. dah macam pakai inai da..hihihihi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post