www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-06-25

Cara Rawatan Kucing Muntah


Cara Rawatan Kucing Muntah | Sudah seminggu cik en tidak keluarkan entri mengenai rawatan kucing ini. Kebetulan ada yang bertanya, memberikan idea untuk cik en keluarkan entri ini. Cara rawatan kucing yang muntah. Seperti biasa, rawatan ini yang boleh didapati di sekeliling dan sedikit panduan dalam handling kucing yang muntah. 

Sebelum itu, kenali dulu muntah yang biasa dan muntah yang perlu dapatkan rawatan. 

  • Muntah yang biasa
    • Muntah sekali sahaja dan tidak berterusan
    • Kemungkinan untuk keluarkan hairball (gumpulan bulu)
    • Kemungkinan juga sistem pencernaan yang sentitif akibat pemakanan dan tidaklah muntah berterusan.
    • Jadi tidak perlu risau kerana ianya tidak memudaratkan 
  • Muntah yang perlu dapatkan rawatan
    • Muntah tanpa henti
    • Lemah
    • Darah berserta muntah dan cirit
    • Dan tanda yang abnormal

Punca muntah yang biasa berlaku

  1. Strok haba
  2. Masalah hati
  3. Gastroenteritis (gastrik)
  4. Pertukaran makanan (diet)
  5. Salah makan (makan makanan yang bukan untuk kucing)
  6. Makan atau minum gelojoh 
  7. Alahan makanan
  8. Kecacingan
  9. Kegagalan buah pinggang
  10. Jangkitan Virus
  11. Tumor
  12. Dan beberapa kes kritikal (rujuk klinik veterinar)

Cara yang boleh dilakukan di rumah

  1. Selalunya kucing pandai mencari rumput yang berseuaian untuk mengatasi masalah muntah. Dan dalam sehari dua, kucing akan sihat semula. 
  2. Jika masih tidak berkesan boleh cuba cara ini
    • Puasakan kucing dari makan dan minum untuk jangka masa 2 jam.
    • Selepas 2 jam, jika tidak muntah boleh berikan air sedikit-sedikit untuk jangka masa 1 jam
    • Boleh juga berikan air glukose, air kelapa, madu untuk menambah balik air di dalam badan yang terheydrate
    • Jika dalam masa 1 jam berikan air dan tiada muntah boleh berikan makanan yang lembut atau ayam rebus yang dicarik kecil secara perlahan lahan.
    • Jika tiada muntah, kemungkinan besar, kucing korang dah sembuh tapi boleh rujuk ke klinik veterinar untuk pengesahan lebih lanjut.
  3. Jika tidak berjaya, korang perlu dapatkan rawatan secepat mungkin di klinik veterinar berdekatan
Jadi nasihat cik en, jika bawa kucing yang sakit ke klinik veterinar, pastikan ceritakan history kepada vet bagi memudahkan rawatan selanjutnya. Dan janganlah jika ditanya, semuanya tak pasti dan tak tahu kerana kucing tersebut jenis bebas.

9 comments:

tenku butang said... [Reply]

Baru2 ni kucen teman pun muntah jugak.. Tapi x tahu kenapa.. Cuma perasan bila tukar makanan murah tu yang depa muntah. so gi beli balik makanan yang biasa depa makan.

nur sabrina said... [Reply]

Kucing kita mati 5ekor berturut-turut minggu lepas disebabkan asyik muntah-muntah. Muntahnya warna kuning pekat semuanya. Lepas tu, air liur diorang meleleh je. Tak tahu puncanya apa sebab sepanjang bela kucing, tak pernah lagi kena macam tu.

husna zahidi said... [Reply]

setakat yg husna taw, kucing kat umah tak pernah lg muntah.. tapi asyik cirit.. selalu sebab salah makan je..huhuhu..

Atieqah Arr said... [Reply]

assalamua'alaikum akak! ^^ wahh bestnye! saya pun dah lama bercita-cita nak jadi jadi vets! tapi belajar main-main mase spm sobsobss. hihii. tapi tetap nak jadi vets, jadi macam akak pun da cukup besyukur! ^^

Atieqah Arr said... [Reply]

http://walkietalkiesaya.blogspot.com

jemput singgah blog saye ye akak ^^

Nur Yusuf said... [Reply]

dulu kan cik ein.. kalau kucing kite muntah.. kite bg makan akar pokok 'pokok akar kucing'. tak tau nama saintifik dia. tapi semua kucing mmg akn mkn akar tu dgn lahapnye..siap tanam kt umah kena korek dgn kucing..huhu

athiqi ariff said... [Reply]

macam sy ni kan takut kucing..ada tips x..

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

great sharing

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

noted.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads