Program Kolej Vokasional Beri Kelebihan Terhadap Pelajar Tidak Cemerlang Dalam Akademik


Program Kolej Vokasional Beri Kelebihan Terhadap Murid Tidak Cemerlang Dalam Akademik | Untung pelajar sekarang ni. Dulu walaupun tidak minat belajar kena habiskan juga sampai tingkatan 5 untuk ambik peperiksaaan SPM. Sekarang ini habis sahaja tingkatan 3 atau PT3, boleh sambung ke Sijil Kemahiran Malaysia mengikut bidang yang diminati. Sijil Kemahiran Malaysia diambil di Kolej Vokasional Malaysia yang telah diwujudkan lebih 35 buah di Malaysia. Apa perbezaan Kolej Vokasional dan Sekolah  Menengah Teknik yang ada sekarang ini? Kena baca entri ini sampai habis ye..

Sebenarnya cik en pun tidak tahu mengenai Kolej Vokasional ini, sampai lah rakan sekerja cik en menceritakan kolej ini. Anak dia menuntut di tingkatan 5 dan telah berhenti sekolah untuk masuk ke Koleh Vokasional dalam bidang Elektrikal. Cik en pada mulanya pelik la, kenapa berhenti, tak ada SPM tak boleh cari makan sekarang ini. Selepas diterangkan baru cik en faham dan nampak banyak kebaikannya.


Kementerian Pendidikan Malaysia telah banyak membuat penambahbaikan mutu pembelajaran bagi pelajar pelajar. Zaman cik en dulu, Lepas UPSR, ambik PMR dan seterusnya SPM. Jika ada minat belajar, boleh teruskan ke STPM/Diploma/Matrikulasi/ASASI. Tapi wajib habiskan SPM sebelum mohon melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Walaupun ada rakan rakan cik en kurang minat dalam pembelajaran, mereka tetap teruskan sehingga mendapat keputusan SPM sebelum berhenti. Dan tidak salah dikatakan, tanpa SPM, kita tak boleh cari makan. Tapi kini, PMR dimansuhkan dan ditukar kepada PT3. Selepas PT3, pelajar yang tidak minat dalam teori atau pembelajaran biasa diberi peluang untuk mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut kecenderungan minat. Jika yang meminati elektrik, boleh Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik dan jika ada yang minat dengan lembu kambing, boleh teruskan ke bidang Pembantu Ladang Ruminan. Seawal 16 tahun, pelajar ini telah didedahkan dengan teori dan praktikal. Seiring dengan kehendak majikan yang memerlukan kemahiran dan pengalaman bekerja.


Kebaikannya cik en nampak sangat banyak, di usia muda, mereka yang kurang berminat atau lemah dalam pelajaran tidak akan tercicir dalam arus permodenan dan zaman "susah dapat kerja". Selain itu, mengalakkan mereka berdiri atas kaki sendiri dengan membuka syarikat-syarikat sendiri tanpa perlu berebut pekerjaan dengan lepasan SPM atau taraf pendidikan yang lebih tinggi. 

Apakah perbezaan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik?
  • Kolej Vokasional menawarkan aliran vokasional dan latihan kemahiran. Aliran vokasional menjurus kepada Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia manakala latihan kemahiran menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia
  • Sekolah Menengah Teknik menawarkan aliran teknikal dan pelajar akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia
Bagi sesiapa yang hendak mengambil SPM, mereka boleh mengikuti kelas malam persendirian dan mengambil SPM bersama sama dengan pelajar sekolah yang lain. Jadi tiada sebab mereka boleh tercicir, malah memberi kelebihan kepada mereka kerana dalam usia muda, mereka mempunyai 2 sijil yang berbeza, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia.

Kolej ini juga bukan sahaja keluarkan sijil tapi diploma (sijil tahap 3). Diiktiraf ke? 

Diploma Vokasional Malaysia adalah persijilan bagi program Kolej Vokasional Ia adalah program yang diiktiraf kerana untuk melaksanakannya, Akta Pendidikan telah dipinda dan pindaannya telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 1 April 2015 dan di Dewan Negara pada 29 April 2015 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012. Akta Pendidikan (Pindaan) 2014 secara rasminya meluluskan pelaksanaan program Kolej Vokasional (KV) selama 4 tahun 3 bulan.
Program KV juga sedang melaksanakan pemantapan dan penambahbaikan untuk mendapat pengiktirafan MQA. KPM ingin memaklumkan bahawa kesemua 16 program yang ditawarkan oleh 15 Kolej Vokasional Rintis secara dasarnya telah mendapat perakuan Certification of Quality Compliance (CQC) oleh MQA pada 12 Februari 2015.

Boleh ke pelajar kolej ini masuk ke IPTA/IPTS untuk sambung ke peringkat lebih tinggi?

Pelajar KV akan diberikan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) setelah tamat program pre diploma. Melalui penyetaraan SVM dengan SPM pelajar yang layak akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari awam dan swasta dengan menggunapakai SVM yang telah disetarakan namun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh IPT tersebut. Pelajar juga boleh memilih untuk meningkatkan kemahiran ke tahap lebih tinggi melalui Institusi Tinggi Latihan Kemahiran (ILK).Untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke Universiti atau IPT, laluan alternatif bagi pelajar lepasan DVM yang tidak layak memiliki setara SPM adalah dengan melanjutkan pengajian melalui Pengkreditan Pengalaman – Pembelajaran Terkumpul (APEL - Acreditation Prior Experiential Learning) dengan menggunakan pengalaman bekerja di industri selama 2 tahun

Jika sesiapa berminat atau rasakan ianya memberi peluang yang lebih baik boleh rujuk laman web http://bptv.edu.my/v4/ . Dan boleh semak dimana Kolej Vokasional ini telah ditubuhkan beserta kursus yang ditawarkan. 

p/s : Jangan lah anggap pelajar yang lemah dalam pelajaran akan gelap masa depan kerana pelajar yang bijak sehingga masuk universiti belum terjamin pekerjaan selepas tamat. Seperti cik en kata, majikan sekarang hanya demand pada yang mempunyai pengalaman dan kemahiran

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

24 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalam...perkongsian yg sgt bermenafaat buat anak2 yg ingin dptkan pendidikan vok...kemahiran dlm sesuatu amat penting dlm kehidupan.

    ReplyDelete
  2. asslam..sy adlah diantara pelajar sulong slah stu kv di kelantan..sy skrng tngh tnggu konvo yg akn brlngsung bulan 8 nnti..baru2 ni sy ad tnya ckgu kaunseling kv sy adkah sy bleh smbung bljar lgi slpas ni ckgu ckap bleh klau kita ambil muet sbgai syarat untuk smbung..ade x institusi pengajian yg bleh trima DVM ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh ye ..susah ke nak masuk kv?Interview die macam mane ye?

      Delete
  3. Mohon Kem.Pendidikan ambil serius perkara ini..tiada iktiraf mqa.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya pelajar tingkatan 4. Ingin melanjutkan pelajar ke KV Teluk Intan dalam bidang Pertanian. Tetapi bolehkah saya ingin memohon untuk tahun akan datang (2017) ?

    ReplyDelete
  5. @Aainaa Mazlan
    rasanya boleh.. tapi kena rujuk dengan Kementerian Pendidikan

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.....thun dpn sya akan mengikuti program kolej vokasional...walaupun saya pelajar kv...bolehkah saya turut mengambil (spm)...walaupun mempunyai bidang kemahiran

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.....thun dpn sya akan mengikuti program kolej vokasional...walaupun saya pelajar kv...bolehkah saya turut mengambil (spm)...walaupun mempunyai bidang kemahiran

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.....thun dpn sya akan mengikuti program kolej vokasional...walaupun saya pelajar kv...bolehkah saya turut mengambil (spm)...walaupun mempunyai bidang kemahiran

    ReplyDelete
  9. Rasanya tidak boleh kerana pengambilan hanya untuk pelajar tingkatan 3

    ReplyDelete
  10. Rasanya tidak boleh kerana permohonan hanya untuk tingkatan 3 2016.

    ReplyDelete
  11. Bukan ke syarat selepas abis diploma di KV kena bekerja dulu selama 2 tahun...kemudian through APEL, boleh la terus sambung degree ke ipt

    Rasanya itu adalah syaratnya

    ReplyDelete
  12. @Kanekiken Arima mengikut syarat sesiapa yang telah mengambil pt3. jadi umur 16 atau 17 boleh mohon. sebab anak kawan saya umur 17 tahun semasa apply KV

    ReplyDelete
  13. Nak tanya apa beza belajar Account di sekolah biasa dari belajar Account di KV.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, nak tya apa beza belajar Account di sekolah biasa dari belajar di KV.. anak plan ambik course Account di KV

    ReplyDelete
  15. Jangan mudah tertipu dengan kerajaan , saya budak kv 1st batch dan saya dh rasa apa yg tk ptot dirasakan dlm kv , kalau tak pernah masok kv tolong jgn ckp pandai , tktau kami ni ditipu bertubi tubi mcm mna ,

    ReplyDelete
  16. @izhamfitreeaku pun budak kv 1st batch.korang kira untung kpm ja pegang korang.kv aku 3 jabatan pgg. Jabatan laut. Jpk. Kpm. Lagi porak peranda kami ni. Tapi alhamdulillah most budak batch aku smua da naik kapal belayar. Gaji starting lebih dari budak degree. Semua atas rezeki bro. Usaha. Tawakkal. 😀

    ReplyDelete
  17. salam tumpang tanya kos akaun susah x? anak buah br lepas pt3 dpt tawaran, dia mmg slow belajar sbb tu ingat nak daftar kv

    ReplyDelete
  18. Kos akaun nak kene bijak.belajar akaun kat sekolah pun dah susah.

    ReplyDelete
  19. Kos akaun nak kene bijak.belajar akaun kat sekolah pun dah susah.

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum guys, sihat. Saje je je nak tegur kot² ade yg bad day ke Kan. Anyway bye

    ReplyDelete
Previous Post Next Post