www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-05-14

Jangan Tinggalkan Botol Minyak Hitam Selepas Servis Kereta


Jangan Tinggalkan Botol Minyak Hitam Selepas Servis Kereta | Kereta perlu tukar minyak hitam atau Genuine Oil dalam 5000km atau 3 bulan (yang mana sampai dahulu). Cik en walaupun kereta baru 4 tahun tapi cik en hanya pergi ke perodua servis sekali saja. Sebabnya di kira balik, cas yang dikeluarkan lebih banyak. Memang rugi la sebab automatik kelebihan yang diberi terbatal. Dulu zaman berbajet jadi kena bajet apa yang ada. 

Semenjak itu, cik en akan beli minyak hitam dan filter di kedai spare part sendiri. Dan bawa ke mana mana bengkel untuk servis. Daripada cas dekat RM200 di perodua servis, cik en jimat lebih kurang RM100 kalau beli sendiri. Kalau ada masalah pun, cik en akan pergi ke bengkel dan tanya apa masalah. Lepas itu beli sahaja kat kedai. Bayar di pomen pun hanya upah je. 

Tapi entry ini, bukannya nak cerita mengenai rutin cik en tu, cuma nak pesan pada pemilik kenderaan terutama wanita, kalau de buat servis kereta jangan lupa ambil baki minyak hitam. Macam cik en ada baki dan cik en akan simpan dan akan kumpul sehingga penuh. Seperti dibawah ini


Baki 3 botol sebelum ini boleh dapatkan separuh botol. Dalam 2 atau 3 baki botol minyak hitam nanti boleh dapat free minyak hitam. Sepanjang cik en beli minyak hitam sendiri ini, dah 3 kali la servis tanpa beli minyak hitam baru. Cuma beli filter je. Dalam RM10 kalau tak silap. So jimatlah. Bagi yang lelaki, mungkin dah tahu cara ini. Ini cik en nak kongsi pengalaman pada wanita yang tidak tahu. Bayangkan setiap kali servis, kita tinggalkan baki tapi kita bayar untuk 1 botol. Nanti bengkel boleh kumpul dan guna untuk servis kereta lain. Untung betul bengkel. Hihi.. 

p/s : Simpan juga minyak brek (dot 4), air bateri (kalau bateri jenis air) dan apa dianggap perlu. Cik en akan check setiap sebulan sekali semua ini. Kalau jenis jalan jauh memang akan check sebelum gerak. Topup kalau perlu.

  8 comments:

  1. Betul tu. Rugi kalau tinggalkan balance minyak hitam tu. Bukan pakai habis pun.

    ReplyDelete
  2. Good sharing. Mmg kena ambil. Rugi kan kalau x ambil. Sikit2 lama penuh jugak 1 tong.

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak simpan, kalo setiap kali servis kosong je botol tu 😅😅

    ReplyDelete
  4. huhu.. tak pernah terfikir nak buat macam ni.. bagus idea ni

    ReplyDelete
  5. kalo xdan nak tinggal kereta utk diservice mmg tukar minyak itam jela dlu..
    tapi xleh tunda2 service gak.. sian kete nanti..

    ReplyDelete
  6. Nanti kalau nak cari tayar pula, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    ReplyDelete
  7. Btol tu kak...dulu masa lokman praktikal kt bengkel, slalu tengok bnda mcm ne utama wanita, minyak enjin dan brek slalu xambik balik...haha...pringatan yg baik

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!