www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-05-15

Jangan Mandi Air Terjun Jika Cuaca Sejuk


Jangan Mandi Air Terjun Jika Cuaca Sejuk | Leptospirosis bukan sahaja berlaku kepada manusia tapi pada haiwan juga. Cik en kerap kali hantar sampel serum darah ke makmal untuk buat ujian leptospirosis ini. Kalau di kalangan kita, leptospirosis atau lepto ini dipanggil kencing tikus. Jika diperhatikan ianya bukannya muncul setiap masa hanya berlaku pada waktu waktu tertentu sahaja. Terutama cuaca lembab memang bakteria akan cergas secergasnya. 

Kenapa cik en kata jangan mandi dikawasan air terjun, ini sebabnya bakteria ini hidup dalam air dan tanah dalam masa bermingu minggu dan boleh sampai berbulan bulan tau!. Dan tempat yang paling mudah didapati di kawasan air terjun. Dan sebenarnya kawasan paling senang terkena dalah di kawasan bertakung atau lebih senang cik en katakan di kawasan yang tidak mendapat terus cahaya matahari. Contoh air di sebalik batu batu, dibawah rimbunan pohon atau kawasan takungan. 


Banyak lagi cara lain yang boleh berjangkit. Cuma cik en hanya nasihatkan bagi sesiapa yang ingin mandi di kawasan terjun sekarang ini. Cuaca dah mula sejuk jadi lebih baik ambik langkah berjaga jaga dalam menjaga diri. 


p/s : Jangan lupa alert dengan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Elakkan jadi mangsa kencing tikus yang boleh bawa maut ini. Kena kencing dengan kawan boleh lagi hidup. Hahahah

sumber

7 comments:

AinAthirah Anuar said... [Reply]

Hmm dah lama tak mandi sungai dgn air terjun sejak kes kencing tikus mula2 dulu. Jaga kesihatan semua :) Thankyou cik en Sebab kongsi

PeRdU cINta said... [Reply]

in sha Allah..terima kasih cik en ingatkan...

CikLa Shahril said... [Reply]

Good sharing.. Kena sentiasa berhati hati..

Pha Is said... [Reply]

walaupun boleh lagi hidup, tapi sakitnya tu disini kalau kena kencing dengan kawan.. hahaha

Nurul Baidurah said... [Reply]

bahaya ni..

Mrs. A said... [Reply]

Terima kasih atas perkongsian.
Baru-baru ini ada dapat WhatsApp amaran jangan mandi di Jeram Toi, Ulu Bendul dan Tengkek (semua di N.S) kerana telah berlaku kes Leptospirosis setelah mandi-manda di sana.
Wallahualam.

Siti Yang Menaip said... [Reply]

cuaca sejuk tu guano Cik En ? baru hujan ke mendung2 ke gitu ke ?
alhamdulillah ritu mandi sungai xde apa2.. tp time tu matahari memang canak2 atas kepala..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads