www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-05-16

Cara Merawat Kutu Telinga (Ear Mites)


Cara Merawat Kutu Telinga (Ear Mites) | Kutu Telinga atau dipanggil Ear Mites adalah satu parasit yang tidak disedari ada di dalam telinga kucing dan anjing kita. Jangan terkejut, cik en katakan sebabkan masalah kutu telinga ini, kucing atau anjing kesayangan boleh mati. Macamana nak tahu kucing kita ada kutu telinga atau tidak? Baca entri khas mengenai kutu telinga ini sampai habis. Dan cik en akan berikan rawatan yang bersesuaian dengan kes ini. 


Video ini cik en ambil dari youtube dan berlaku pada anjing. Keadaan sama juga berlaku pada kucing. Banyak berlemon lemon kan kutu ini. Dan namapun parasite jadi hidupnya makan makanan yang ada di dalam telinga .

Tanda tanda yang jelas dilihat pada kucing dan anjing adalah

  1. Scratching (mengaru menggunakan kuku didalam atau tepi telinga)
  2. Kepala bergoyang goyang seperti ada sesuatu yang kurang menyenangkan
  3. Bengkak di dalam atau sekeliling telinga
  4. Air meleleh keluar daripada telinga
  5. Nanah keluar daripada telinga
  6. Telinga berbau busuk
  7. Telinga penuh dengan taik telinga (benda melekat kehitam hitaman)
Cara merawat kutu telinga 
  1. Boleh gunakan cara tradisional dengan menggunakan minyak kelapa dara yang ditambah dengan herba anti inflammatory atau dapatkan ubat telinga di pet shop atau klinik vet ( klinik cik en gunakan neodeca ear and eye drop )
  2. Titiskan dalam 2-4 titik di dalam telinga dan urut perlahan lahan dalam seminit
  3. Ambil kapas telinga (yang korek telinga kita tula ) perlahan lahan dan bersihkan kotoran atau nanah yang ada dalam telinga 
  4. Sehari buat  dua atau tiga kali sehari. Buat setiap hari selama seminggu atau telinga kucing bersih sepenuhnya.
  5. Jangan risau kalau semakin lama semakin banyak yang keluar sebabnya dalam proses pembersihan
  6. Jangan risau bersihkan. Ada yang takut terkena gegendang telinga kucing tau sebabnya gegendang telinga kucing tersorok sedikit. Boleh rujuk gambar rajah bawah ini. Tympanic membrane itu adalah gegendang telinga.

Janganlah sampai ada tanda diatas, baru nak rawat. Buatlah sebulan sekali membersihkan telinga kucing atau anjing. Lebih baik mencegah daripada merawat. Ataupun jangan abaikan rutin yang ditetapkan oleh vet. 

3 comments:

Nurul Baidurah said... [Reply]

ouh....begitu rupnya cara merawat kutu kucing..tq sebab share info nya..

Siti Yang Menaip said... [Reply]

nak klik tngk video tapi takot.. hurm.. dlu kalo ada anak2 kucing..
kazen rajin tlg bersihkan tinge.. tp bila da besar tu pandai2 la diorang ehe..

tenku butang said... [Reply]

teringat kat adik kalau baca entri ni..sedihnya.. kami tak check telinga adik masa tu.. rupanya dah penuh ... pengajaran buat teman.. lepas tu kucen2 yang ada teman cuci telinga diorang bersih2 ..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads