www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-05-18

5 Sebab Tukar Pakai Cermin Mata ke Kanta Lekap


5 Sebab Tukar Pakai Cermin Mata ke Kanta Lekap | Untuk pengetahuan semua, cik en adalah penggunakan kanta lekap atau contact lenses semenjak sekolah menengah lagi. Kalau tak salah cik en masa belajar di tingkatan 3. Cik en rasa, cik en la orang yang pertama pada masa tu dikalangan pelajar memakai kanta lekap ini. Cik en terpaksa sebenarnya menggunakan kanta lekap pada awalnya. Tapi sekarang ini sudah terbiasa pakai jadi bila pakai cermin mata rasa kekok sedikit. Cik en sendiri pernah memenangi contest yang menawarkan hadiah kanta lekap ini. Boleh rujuk entri Menang Air Optix Dari Alcon Malaysia

Ok, berbalik pada cik en terpaksa memakai kanta lekap adalah antara 5 Sebab Tukar Pakai Cermin Mata ke Kanta Lekap.
  1. Apabila power cermin mata akan naik setiap 6 bulan dan dalam range yang tinggi. Contohnya awal tahun kerabunan 400 dan pertengahan tahun jadi 500. Jadi skala yang besar ini akan membimbangkan orang rabun. Jadi penggunaan kanta lekap akan mengurangkan kenaikan. Tapi ianya sesuai masa usia remaja dan awal dewasa. Apabila dewasa, kenaikan akan berkurangan atau jadi statik.
  2. Apabila selalu terlupa letak cermin mata. Cik en kerap terjadi. Mula la menjerit suruh orang carikan. Hahaha
  3. Aktiviti lasak. Jika korang seorang yang aktif dan lasak, pemakaian cermin mata akan membantutkan segala pergerakan. Jadi penggunaan kanta lekap buat korang jadi lebih selesa.
  4. Selalu mengalami cermin mata patah, mungkin kerana suka bawa tidur.
  5. Yang last ini, mungkin ada yang mengakui. Untuk nampak cantik dan muda. Cantik sebab tidaklah bulu mata yang dipakai maskara melekap pada cemin mata. Mata tidak akan terlindung dengan cermin jadi buat lebih cantik. Tapi jangan lupa tau, ada juga pelbagai bentuk cermin mata yang cantik tapi kenalah pandai pilih ye..
Mungkin ada sebab lain tapi yang ini saja yang kerap berlaku pada cik en. Kalau ada yang ada sebab lain, bolehlah komen di entri ini ye. 

  2 comments:

  1. Dulu saya pun pengguna contact lens jugak cik en..tapi lepas kahwin, terus tukar guna cermin mata je..en.suami tak bagi..katanya tak cantik mata saya pakai contact lens..alaaa..trick en suami je tu..Sebenornya nak save bajet..hehe..

    ReplyDelete
  2. hehe, cik timm tringin pkai yg kler2..nk nmpk trendy jer..boley gitu..hehe..

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads