Sitiawan atau Setiawan?

setiawan sitiawan

Sitiawan atau Setiawan? | Sitiawan atau Setiawan adalah sebuah mukim di dalam daerah Manjung Negeri Perak Darul Ridzuan. Kisah ini bermula cik en melihat kes pembunuhan di kawasan Sitiawan disiarkan di Buletin Utama TV3. Ditulis tempat tersebut Setiawan. Sedangkan cik en lebih familiar dengan nama Sitiawan, Setiawan seakan akan Setia Awan yang mana merupakan nama syarikat pemaju di kawasan Sitiawan. Jadi cik en up status di facebook untuk sesiapa memberi pencerahan tersebut. Seorang orang lama iaitu Paklong Chat, pengerusi Komuniti I Love Manjung (KiLM) menerangkan dahulu memang kawasan ini dipanggil Setiawan.

Nama Setiawan adalah dipercayai berasal dari 2 perkataan iaitu "setia" dan "kawan" yang disingkatkan menjadi Setiawan dan bertukar ke Sitiawan. Kisahnya awalnya daripada sekumpula ngajah. Seekor gajah betina telah hilang dan tersangkut di dalam sungai dinding (salah satu nama tempat di Manjung sehingga kini). Seekor gajah jantan cuba menyelamatkan tetapi mati kelemasan. Kemudian kawasan tersebut dipanggil Kampung Gajah Mati, kemudian bertukar ke Setiawan kerana setia kawan antara gajah gajah tersebut dan akhirnya Sitiawan.

Jadi tidak salah Setiawan atau Sitiawan cuma didalam urusa rasmi dan media, sebaiknya gunakan nama yang terkini. Sitiawan. Sitiawanlah tempat cik en bekerja. Walaupun tidak semaju Seri Manjung, tetapi pekan ini mempunyai sejarah dan bangunan lamanya yang tersendiri. 

Sumber
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

9 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. masa muda2 dulu zaman sekolah menengah memang ramai kawan2 sebut sitiawan.."jom pi sitiawan petang ni..'tapi pelik sebab cikgu tulis setiawan..bukan sitiawan..

    OOO..gitu ke sejarah setiawan..ceh!!nama je selalu pi setiawan , sejarahnya pun baru hari tau..heheh

    ReplyDelete
  2. first time dgr sitiawan. sllu dgr setiawan hihi

    ReplyDelete
  3. sy x prnh sampai lg kat sitiawan @ setiawan ni

    ReplyDelete
  4. selalu ke sitiawan dan manjung ni cik EN, cuma kak ana tak tahu beza bandar manjung dengan stiawan sebab macam sekali je bandarnya hihi..:)

    ReplyDelete
  5. Dulu duk kat Manjung masa kecik2.. jadi Sitiawan tu tempat menan lah kira.. hehe.. Dinding pun..

    ReplyDelete
  6. Dia mmg Sitiawan kan? Hahahaha. confius sudah

    ReplyDelete
  7. baru tahu..bagus info ni :D

    ReplyDelete
Previous Post Next Post