www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-04-20

Sabun Taharah Untuk Samak Najis Berat


Sabun Taharah Untuk Samak Najis Berat | Sabun Taharah yang mempunyai 90% tanah liat merupakan satu satunya cara moden yang memudahkan menyamak untuk najis berat (mughallazah). Dengan menggunakan kaedah samak yang biasa, 1 kali air tanah dan 6 kali air biasa. 1 kali menggunakan sabun taharah dan dibilas air biasa sebanyak 6 kali. 

Kenapa cik en keluarkan entri sabun Taharah ini kerana sabun ini wajib dimiliki oleh kesemua veterinar atau pekerja melibatkan bidang veterinar tidak kira dari seorang pekerja bawahan sehingga peringkat doktor veterinar. Veterinar bidang mengenai haiwan termasukklah haiwan yang haram disentuh seperti babi dan anjing. Tiada berkecuali. 

Seperti sedia maklum, cik en seorang pembantu veterinar dan setiap hari akan berhadapan dengan anjing di klinik. Ada anjing yang tidak banyak kerenah tetapi jika yang datang anjing yang bermsalah seperti cirit, air kencing, air liur, pembedahan dan lain lain, memakai sarung tangan kadang kadang tidak dapat mengelak di sentuh oleh bulu, air liur, darah atau sebagainya. Selalunya keadaan anjing yang sakit ini bulunya basah, air liur yang sememangnya basah. 


Program Ladang Khinzir 




Video dibawah adalah dari Ustaz Don mengenai hukum penggunaan Sabun Taharah



Selain itu terdapat banyak lagi kelebihan sabun ini

  1. Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi. 
  2. Kulit kering; dapat melembapkan kulit yang kering 
  3. Kulit berminyak; dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit. 
  4. Memperbaiki sel-sel kulit yang mati 
  5. Menghilangkan bau badan 
  6. Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan. 
  7. Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki. 
  8. Untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah (kaedah samak seperti biasa 1 kali air sabun Taharah, 6 kali air biasa.) 
  9. Sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga. 
  10. Sebagai basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain. 
  11. Menurunkan suhu badan sekiranya demam panas.  
Sabun Taharah ini juga disahkan dan disokong oleh
  1. Majlis Fatwa Kedah
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia 
  3. Pejabat Mufti Negeri Sembilan 
  4. Pejabat Mufti Terengganu 
  5. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 
Harga sabun ini antara RM8.00 sehingga RM10.00. Jadi sesiapa yang masih kurang yakin kerana tersentuh anjing yang berlainan keadaan (basah kering) boleh menyamak menggunakan sabun Taharah atau mencari tanah yang bersih dan suci. 

6 comments:

PeRdU cINta said... [Reply]

Mudah sangat...alhamdulillah solusi sentiasa adakan cik en...

Eeca Shyaa said... [Reply]

mcm seronok je kan jadi veterinar hihihi. bgs ada sabun mcm ni yg memudahkan kita utk bersamak.

Fieza Sani said... [Reply]

Gud info cik en..selalu nampak sabun ni tapi tak pernah beli sebab bidang kerja, tak melibatkan bersentuhan dengan haiwan macam anjing & yang sewaktu dengannya..tengok anjing pun dah debor, acane nak dekat..lagi le takkk..hehe

Azlinda Azman said... [Reply]

Bagus pwrkongsian ini...ngat nak beli 1 juga..senangkan

Nurul Shahira said... [Reply]

Dengan adanya Sabun Taharah ni, lebih memudahkan kita untuk bersamak sekiranya bersentuhan dengan haiwan yang haram disentuh. Good article untuk bagi awareness kepada orang lain =)

Farah Dafri said... [Reply]

masa faa praktikal wktu diploma dlu byk guna sabun ni, sbb slalu buat lab analysis utk produk makanan non halal hehe

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads