www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-04-26

Maksud Penganiayaan Haiwan Mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015

Maksud Penganiayaan Haiwan Mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 | Bermula tahun 2015, Akta 772 Akta Kebajikan Haiwan 2015 telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Kali ini cik en hendak kongsikan satu sub kecil di dalam akta ini iaitu Penganiayaan Terhadap Haiwan.


Kesalahan Penganiayaan 

  1. Dengan kejamnya memukul, menyepak, melebihkan muatan, mendera atau menakutkan mana mana haiwan
  2. Terlebih naik atau terlebih tunggang mana mana haiwan kecuali untuk aktiviti sukan berkuda 
  3. Menyebab, memperolehi atau sebagai penunya membenarkan mana mana haiwan dipergunakan sedemikian
  4. Tidak cuai untuk menyediakan makanan, minuman atau tempat perlindungan yang sempurna untuk haiwan yang dikurung
  5. Sengaja melakukan apa apa perbuatan menyakitkan dan menderitakan haiwan
  6. haiwan yang dikurung, diangkut, diangkat atau apa apa cara dalam keadaan yang menyebabkan haiwan kesakitan atau menderita
  7. Menggunakan haiwan yang tidak sihat untuk bekerja. Contoh kerbau tarik buah
  8. Mencacatkan apa apa anggota haiwan termasuklah potong ekor dan cabut kuku kecuali cara yang ditentukan oleh pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar bertauliah
  9. Melapah, memanggang atau membunuh haiwan yang masih hidup untuk kepercayaan karut yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap haiwan
  10. mengeluarkan mana mana bahagian haiwan yang masih hidup yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan untuk dapatkan kulit, minyak atau produk haiwan
  11. Memasang dinamit, menggunakan kuasa elektrik, racun dimana mana anak sungai atau seumpama dengannya untuk membunuh, menuai atau menangkap haiwan
  12. Merantai haiwan dengan rantai yang pendek dan berat atau emmincangkan kaki haiwan
  13. Mengurung atau menyimpan haiwan di dalam kurungan yang sangat kecil sehingga haiwan tidak boleh bergerak langsung
  14. Menjual, membida atau tawaran pada haiwan yang menderita kesakitan disebabkan kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau penganiayaan
  15. Memiliki tanpa alasan munasabah haiwan yang menderita kesakitan disebabkan kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau penganiayaan
  16. Membiarkan haiwan tinggal di dalam keadaan trauma. kesakitan atau penderitaan 
  17. Melepaskan haiwan yang dijangkiti haiwan berjangkit dan 
  18. Membiarkan haiwan yang sakit, tidak berupaya atau cedera mati dimana mana tempat
  19. Aktiviti melaga atau aktiviti yang mendapatkan wang
  20. Mengadakan pertandingan menembak (seeprti melepaskan burung dan menembak burung tersebut)
  21. Menganjur atau terlibatkan diri dalam acara yang menggunakan haiwan yang tertakluk kepada penganiayaan 
Walaubagaimana pun segala perbuatan penganiayaan diatas dikecualikan apabila
  1. Telah ditentukan oleh Lembaga sebagai attacara pengurusan veterinar 
  2. Haiwan haiwan perosak yang mendatang kemudaratan kepada manusia yang dilakukan oleh pihak berkuasa sahaja
  3. Memberi makan haiwan sebagai makanan haiwan lain menurut tabiat pemakanan semula jadi haiwan tersebut
Maafkan cik en jika bahasanya agak ke "akta" an sikit kerana bahasa undang undang ini tidak boleh diubah banyak banyak takut akan memberi maksud yang berbeza. Jadi untuk itu, cik en screen shot untuk lebih lanjut






Mungkin ada pembaca entry ini orang undang undang dan jika apa yang cik en terangkan dan yang ada didalam akta ini bercanggah sila komen ye.

Tapi cik en sudah simpulkan menggunakan bahasa ringkas apa yang biasa berlaku di persekitaraan kita.


Akta Kebajikan Haiwan 2015 bagi menggantikan Akta Binatang 1957 yang sebelum ini hanya memperuntukan denda tidak lebih RM50,000.00 bagi kesalahan menzalimi haiwan sahaja seperti membunuh atau mendera haiwan.

Akta Kebajikan Haiwan 2015 boleh digunapakai untuk :-

1. Kesalahan membiarkan haiwan peliharaan kelaparan, dahaga dan sakit yang menyebabkan kematian tidak dirawat.
2. Kesalahan mengurung haiwan di tempat kecil, kotor, panas dan segala perlakuan yang difikirkan menzalimi haiwan.
3. Kesalahan mendera, menganiaya, melukakan dan mencederakan haiwan.
4. Membunuh haiwan tanpa sebab yang dibolehkan seperti ibadah dan tujuan pemakanan.

Akta Kebajikan Haiwan 2015 memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000.00 hingga maksimum RM100,000.00 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun pemandulan haiwan tidak dikira sebagai penganiayaan.

Tidak sangka kan, jika kita sendiri berikan rantai leher yang besar atau loceng yang besar sehinggakan ianya buat kucing tidak selesa boleh dikenakan di bawah akta ini. Meninggalkan kucing di dalam gerompok kucing yang selalu bergaduh sehingga mengakibatkan kucing trauma pun, kita boleh dikenakan tindakan.

SUMBER

  9 comments:

  1. tak sempat nak biarkan kelaparan pon, asyik bunyi mintak makan.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. paling pntang tgk manusia y mnganiayaan haiwan..

    ReplyDelete
  3. sampai ke hati nak aniaya binatang? :(

    ReplyDelete
  4. Minta tanya cik, ada standard ukuran bagi kami refer bahawa sangkar tidak mencukupi pangjang, lebar Dan tinggi?

    ReplyDelete
  5. @Kandice Leng
    Boleh refer artikel di bahagian bawah, saya ada bagi link ke Akta kebajikan Haiwan.. Boleh baca sepenuhnya

    ReplyDelete
  6. Kalau kontraktor pembersihan perumahan bg makan racun pd kucing anjing terbiar tapi mmbabitkan peliharaan skli pun kena bilamana haiwan2 ini bekeliaran luar umah??ble report ke ?akta apa ?bkn ke kjam camtu bahkan mbahayakn org awam.

    ReplyDelete
  7. Baru berlaku depan mata kjap ni seko kucing mati kkjangan..pekara ni dri awal tahun lpas lg berlarutan smpi skrg.kucing sy 2eko antara yg mati awal tahun artu.bila sayabjmpa bangla2 ni depa xngaku.sy siasat jmpa mknan2 sprti nasi brcampur lauk dan nughet apa bgai smua.depa ltak area longkang2 tepi rumah org laluan pjln kki..klau cni dibenarkan undang2,kata la seorg ank kecil yg xmngerti Pa tba2 tersntuh mknan ttsebut.kmdian jd citer mati ke apa,sape nk dipersalahkan.so mohon pencerahan pada yg pkar2..ni no wasup sya 0142637458..lokasi kl

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!