www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-04-04

Kenapa Cik EN Tidak Setuju Artikel 7 Sebab Kenapa Anda Perlu Balik Kerja On Time!


Mungkin ada yang telah baca kenyataan di atas ini dan kongsi di Facebook tapi cik en ada pendapat yang tersendiri untuk tidak menyokong artikel ini 100%.  Mungkin ada yang mempunyai pendapat yang tersendiri tapi better baca entri ini sampai habis sebelum kecam cik en ye..

  1. Kerja tidak pernah habis! - Iya, di akui kerja tidak pernah habis tapi jika kita tidak habiskan kerja yang sepatutnya mengikut masa yang yang ditetap sememangnya kerja akan bertimbun timbun dan masa bekerja akan lebih banyak. Jadi habiskan kerja mengikut dateline yang ditetapkan. 
  2. Keluarga lebih penting daripada kerja! - Yang ini pun cik en setuju tapi kita kena ingat, gaji kita RM1000 jadi buat kerja dengan nilai itu, jika lebih Allah akan berikan imbal balas dengan anak anak dan isteri yang dengar kata atau soleh solehah. Jika kita kerja gaji RM1000 nilai kerja hanya RM500, Allah imbal balas juga tapi mungkin kedegilan anak anak atau keluarga yang tidak harmoni. So buat kerja mengikut nilai gaji atau lebih ye..
  3. Kalau korang susah bukan bos akan tolong pun kan? - Kalau bos korang itu, yang beri gaji pada korang, rasanya bos tak tolong ke? Ada yang minta advance, ada yang minta naik gaji, ada yang minta belanja dan ada bos yang sanggup datang malam malam ke rumah kalau ada kecemasan. Kecuali kalau hubungan korang dengan bos dingin, suka melawan atau pun bos korang berlagak dan sombong. Kalau korang pekerja yang baik, kerja tip top, bos mana yang tak akan jaga korang kan? Lain lah kerajaan, mungkin akan ada tapi kelebihan kerja kerajaan, ada persatuan pekerja yang boleh korang mengadu.
  4. Manusia hidup bukan untuk bekerja, tapi bekerja untuk hidup - yang ini memang tak boleh disangkal. Tanpa kerja korang pun tidak boleh nak hidup sebab tak dapat gaji. Bila tiada gaji tiada duit, bila tiada duit nak makan apa kan?
  5. Manusia yang jenis suka duduk pejabat, makanya anda ini forever alone - Siapa kata? Kalau ada keseronokan bekerja tempat kerja itu dah mula ada komuniti tersendiri. Pejabat sekarang boleh buat makan makan, boleh solat berjemaah bersama dengan adanya surau dan di tempat cik en, siap ada geng karaoke lagi. So forever alone ke?
  6. Korang adalah seorang manusia dan bukan sebuah mesin - Memang la, manusia bukan mesin dan mesin bukan manusia. Mesin dikawal oleh manusia. So... rancanglah masa korang. Masa bekerja tumpukan sepenuhnya. So jadi bijak untuk buat pengurusan masa.
  7. Pesanan terakhir, kalau bos korang minta untuk bekerja lebih masa, berikan artikel ini kepadanya! - Persoalannya, berani ke korang bagi artikel ini pada bos korang? Berani ke hendak diberhentikan kerja? Berani ke menerima risiko risiko yang lain? Kalau diberhentikan, macamana anak isteri? nak suap apa pada anak kecil? susu? nak beli susu perlu ada duit, mana nak dapatkan duit? kena berkerja. Bukan mudah hendak mencari kerja sekarang ini.
Kita sendiri tengok diri sendiri. Jika kita sendiri masuk kerja pukul 10.00 pagi sedangkan 8.00 pagi mula bekerja, datang kerja hanya melepak tanpa buat tugas hakiki, abaikan tanggungjawab kepada anak buah atau orang atasan ataupun kita sendiri tidak jalankan tugas kita dengan betul dan balik kerja lebih awal, rasanya 100% artikel diatas ini tidak sesuai untuk korang. 

Kerja itu adalah satu keperluan untuk kita dapatkan sumber kewangan untuk kehidupan kita hari hari. Hasil rezeki untuk anak isteri kita di rumah perlulah dari sumber dan hasil yang halal. Jika kita sendiri tidak dapat beri komitmen pada kerja, bagaimana hasil yang kita dapat itu. Mungkin bukan tugas kita untuk menilai kerana Allah lebih mengetahui tapi kita tanya pada diri kita sendiri, ikhlaskah aku bekerja, adakah aku jalankan tanggjawab aku sepenuh pada kerja, dimana janji ingin berkhidmat sebaik mungkin masa ditemuduga dulu dan lain lain. Istiqomah itu penting. 

Tapi janganlah sampai abaikan keluarga kerana bekerja. Jika kita bekerja dengan ikhlas dan penuh komitmen, sesekali bercutilah dan spend time with family . Akan rasa kebahagian dan kepuasan tersendiri.  Bukannya hanya merungut itu ini. Jika ada bos yang berlagak dan menindas kita, kita kena yakin Allah itu ada. Allah tidak pernah tidak adil dengan kita. So renung renungkan dan selamat beramal.

p/s : entry diatas hanya contoh untuk cik en bercerita mengenai tanggungjawab bekerja. Jadi jangan pula jadikan ia bahan kecaman untuk cik en ye... 

11 comments:

mizmalyn said... [Reply]

saya pun setuju dengan awak. ^^

ubai ismail said... [Reply]

setuju, jangan abaikan keluarga kerana kerjaya :)

PeRdU cINta said... [Reply]

PC pun rasa betul...dan yakinlah Allah ada..yakin itu..

Maria Firdz said... [Reply]

Kalau point no 7 tu. Diberi pada bos.. Hmm.. Berhenti tu payah la sbb kerja kerajaan.. Tapi kami sbg cikgu walaupun kerja masuk pgi keluar tgh hari.. Balik rumah sambung kerja lagi... Buat soalan, tanda buku.. Buat kerja pengkeranian... Normallah tu cikgu.. Sentiasa kerja lebih masa sebenarnya... Tapi malas nak kata byk nnt org kata cikgu tahu merungut pula...

Permatabiru said... [Reply]

cik en..masa mula2 baca macam orang malas pun ada untuk 7 sebab nak balik kerja awal..x masuk akal pun ada..hehe actually ada lagi sebab yang lebih releven tuk pulang kerja awal..

Afidah Azmi said... [Reply]

setuju dgn 7 perkara di atas..Fida masa mula2 kerja dulu rajin la jugak OT..tapi disebakan company yg kedekut ni..so cukup jam 6 terus blah..kalau cuti lagi best...siap off tel lagi..malas layan

timm bill said... [Reply]

haha! timm tgh stress nk tuko kja..wuwu..

Syahindah Ms said... [Reply]

Indah sokong pendapat cik en (Y)

husna zahidi said... [Reply]

tak nafi kedua-duanya betul sama ada balik lewat atau balik awal.. tp kena tgk situasi jugak kot cik en.. bnyak perbezaan pkerjaan seseorg dgn yg lain..so mesti memasing ada pendapat tersendiri kan..:)

Alongxp said... [Reply]

terbaek entri ni... patut ditujukan kepada mereka2 yang berfikiran sempit. Cumanya... bab rezeki tu satu benda yg subjektif.. ok tu je hehehehe

Siti Yang Menaip said... [Reply]

aa ahla.. rasa cem krik2 sket baca point2 dia.. ehehe..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads