www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-04-03

Keadaan Cik EN Tidak Mengizinkan


Keadaan Cik EN Tidak Mengizinkan | Entry ini lebih kepada entry personal kerana cik en bercerita keadaan cik en sekarang ini. Masuk hari ini hampir seminggu lebih cik en kurang sihat. Tak pernah cik en sakit lama sebegini. Kalau kena demam campak sekalipun, paling lama 3 hari sahaja sakit selebihnya cik en sudah mula beransur sihat. 

Bermula dengan demam teruk seterusnya batuk, selsema dan pening kepala. Tengok sahaja ubatan diatas, semuanya di beli di farmasi sebabnya cik en malas hendak menunggu di klinik. Beberapa hari yang lepas, cik en mula sesak nafas, macam macam cara guna antaranya letakkan balm dan minum air suam. Tapi tak berkesan. Dalam masa yang sama batuk tetap ada sampai kan overdose la ambik ubat (tak sengaja sebenarnya). Kemungkinan kahak tak keluar. Dan ada satu hari kahak cik en berdarah. Tapi cik en tak rasa perit atau sakit. 

Jumaat lepas cik en terpaksalah ke klinik sebabnya sakit cik en ini menyebabkan perkerjaan cik en sedikit terganggu. Pemeriksaan seperti jantung dan kandungan oksigen dalam darah di jalankan dan Alhamdullilah ianya normal. Cik en pula lupa beritahu kahak berdarah itu, so cik en hanya dapat ubat batuk dan kahak. Tapi doktor ada pesan, jika keadaan makin teruk, datang semula ke klinik. Nampaknya keadaan cik en masih tidak beransur baik. Masih batuk, masih sakit dada, masih sesak nafas, masih ada rasa demam (terutama malam) dan cepat rasa letih. 

Jadi sesiapa yang ada pm, ada email, ada hubungi cik en dan cik en tidak reply, cik en mohon maaf dan cik en akan reply stau persatu terutama email mengenai hadiah Giveaway Nurfuzie Dot Com dan Mamalink yang masih belum sampai. Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 yang sedang berlangsung adalah kerjasama ahli Blogger Utara dan cik en hanya mampu keluarkan list peserta dan ahli lain akan blowalking dahulu. Insyallah kalau cik en sihat, cik en akan blogwalking semua peserta ye. Doakan cik en cepat baik ye. tak suka sakit lama lama camni, tak leh nak berkaraoke dan gi gym. heheeh..

  15 comments:

  1. get well soon cik en .. kalo rajin better p jumpa doktor taw T_T

    ReplyDelete
  2. banyaknya ubat cik en..
    semoga cepat sihat.. get well soon..

    ReplyDelete
  3. singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Semoga cepat sembuh cik en !

    ReplyDelete
  5. sama la di mode taidak sihat ... demam

    ReplyDelete
  6. musim panas cik en..ramai demam, batuk..anak buah saya mggu lepas, seminggu demam..siang okey, malam je mula demam balik..tapi alhamdulillah minggu ni nampak dah okey sikit..moga cik en cepat sihat semula..boleh ber'gym & layan karaoke..hehe

    ReplyDelete
  7. moga cepat sihat ye...
    aida plak, minggu ni baru sihat 95% setelah 5 minggu tak sihat tau.
    hu hu hu tu yg blogging pun merudum!

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!