www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-04-05

Cara Cari Top Referral Untuk Giveaway Tanpa Ada Unsur Penipuan


Cara Cari Top Referral Untuk Giveaway Tanpa Ada Unsur Penipuan | Tutorial ini untuk sesiapa yang menganjurkan Giveaway, contest atau segmen yang menawarkan hadiah utama untuk top referral. Top Referral ini merupakan blog yang banyak mebawa backlink kepada blog sendiri. Mungkin ada yang lebih lengkap tapi cik en ajar ini adalah link yang masuk ke dalam blog traffic kita dan bukan terus ke entry giveaway tersebut. Kalau melalui web nuffnang tidaklah dapat selengkapnya seperti menggunakan google analytic. Dan boleh mengesan unsur unsur penipuan seperti klik link dari blog sendiri untuk naikkan sessions. Tapi blog wajib masukkan coding Google Analytic ye. (jika tiada boleh google tutorial ye, cik en masih belum buat lagi tutorial itu)

Jika semuanya sudah lengkap bolehlah ikuti langkah di bawah ini
  • Pergi ke dashboard Google Analytic
  • Setkan Date Range (mengikut tarikh bermula giveaway hingga tamat giveaway)

  • Tekan apply dan klik Acquisition - All Traffic - Referrals 


  • Bila selesai klik akan keluar satu data. Rujuk gambar di atas, sessions (kotak ungu) adalah backlink yang masuk ke blog kita dan untuk mengelakkan penipuan seperti klik link dari blog sendiri boleh rujuk new users (kotak biru) 
  • Contohnya jika sessions 13 tapi tengok kepada new users ada 1 sahaja jadi hanya ada satu blog baru sahaja yang gunakan link di blog tersebut untuk masuk ke blog kita.
  • Rasanya lebih adil ambik pemenang melalui 9 sesions dan 9 new users kan? 
Ini adalah hasil godek godek cik en tapi cik en tidak pasti adakah ada lagi yang lebih mudah. Jadi untuk Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 cik en menggunakan kaedah ini untuk mencari pemenang utama yang bakal mendapat RM100.00 tunai. Giveaway ini berlangsung selama 2 minggu bermula 1 April 2016 hingga 14 April 2016. 

9 comments:

Hanis Syazana ( Hansya Amie ) said... [Reply]

Wahh, rupa rupanya ada cara untuk cari top referral dgn betul .
#barutahu :)

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

kena fhmkn blk ni..

husna zahidi said... [Reply]

so far cara ni jelaa yg husna tawu lebih tepat.. hehehe..

adianiez AIDA said... [Reply]

aida lom sempat join lagi ga bu.
sibuk la qada' blogwalking ni hah :)

ubai ismail said... [Reply]

baru tau boleh buat mcm nii.. thanks cik en :)

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

tq

lyana ishak said... [Reply]

alamakkkk .. apabila Cik En menjadi inspektor blogger ^_^ terima kasih atas perkongsian nie ya Cik En ♥

Siti Yang Menaip said... [Reply]

nanti free time banyak sket kena duduk dendiam hadam Cik En tulis apa ni.. blurr lagi ehehe..

Ahmad Hasif said... [Reply]

Oooo.. Begitu ya.. Hehe.. Bagus adil dan saksama.. :)
Jalan2 sini..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads